Had Pm Dua Penggal Boleh Tingkat Sokongan Kepada Ph



Mungkin tidak banyak benda baik yang boleh dilakukan di tengah-tengah kelemahan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH)
Namun penganalisis politik berpendapat, cadangan menghadkan tempoh jawatan perdana menteri hanya dua penggal dijangka akan meningkatkan sedikit sokongan pengundi bandar dan sub bandar kepada pakatan berkenaan
Penganalisis politik Liew Wui Chern berkata, langkah itu yang merupakan sebahagian daripada manifesto pilihan raya PH, boleh membantu mengembalikan kepercayaan terhadap pakatan pemerintah.
“Banyak yang telah dilakukan PH untuk memikat pengundi namun ini (mengehadkan tempoh jawatan PM) sedikit sebanyak boleh menambah kepercayaan rakyat,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Ia juga akan mengurangkan pembentukan pecahan dalam kerajaan yang setia kepada individu tertentu.
“Sekiranya tempoh penggal perdana menteri dihadkan dua tahun, ia sukar untuk ahli politik membentuk puak kerana ia mengambil masa yang lama untuk menubuhkanya,” katanya.
Malah peluang untuk penjawat awam yang berpihak kepada personaliti tertentu juga dapat dikurangkan.
“Sekiranya seseorang pemimpin memegang jawatan terlalu lama, pemikiran ini akan berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insight, dan menambah ia sama seperti Dr Mahathir Mohamad pada pentadbirannya sebelum ini.
Pensyarah Dr Chin Chong Foh berkata, langkah itu mampu mengekang penyelewengan dan salah guna kuasa.
Tempoh jawatan tanpa had dan tanpa semak dan imbang akan menyebabkan pemimpin memiliki kuasa terlalu besar untuk menyembunyikan penyelewengan dan salah laku, kata pensyarah dari Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) itu.
“Prinsip demokrasi ialah pemimpin boleh diubah,” katanya dan menambah rakyat tidak mahu pemimpin yang korup.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong baru-baru ini membentangkan rang undang-undang perlembagaan persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal.
Bacaan kedua dan perbahasan atas rang undang-undang berkenaan akan dibuat pada persidangan Dewan Rakyat tahun depan.
Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bertujuan memasukkan peruntukan tambahan bahawa calon perdana menteri hendaklah seseorang “yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh dua penggal Parlimen”.
Pindaan ini adalah salah satu janji Pakatan pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Penganalisis bagaimanapun membangkitkan kebimbangan mengenai pindaan ini berhubung bagaimana ia akan dilakukan.
Liew berkata, perubahan pimpinan secara mengejut akan mengganggu pembangunan negara kerana beberapa pelan dan strategi nasional seperti ekonomi dan pendidikan merangkumi lebih dari satu dekad.
“Sekiranya kita mengubah pemimpin setiap 10 tahun, pelaksanaan dasar mungkin terkesan kerana setiap pemimpin mempunyai ideanya sendiri,” katanya.
Chen bagaimanapun berkata, sekiranya perdana menteri tidak menjalankan tugas dengan baik, penggantinya mungkin dapat memperbaikinya.
Tambahnya, sekiranya seseorang pemimpin memegang jawatan terlalu lama, mereka mungkin tidak dapat mengikut trend dan cabaran terkini.
Beliau turut menggesa kerajaan menjelaskan lebih lanjut berhubung bagaimana had tempoh penggal ini dibuat.
“Secara teorinya, pilihan raya boleh diadakan setiap tahun selagi perdana menteri menganggap ia perlu dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Tiada peruntukan spesifik yang mengatakan pilihan raya perlu diadakan setiap lima tahun,” jelasnya.
“Justeru, sekiranya pilihan raya diadakan dua kali dalam tempoh lima tahun, adakah ini bermakna perdana menteri hanya boleh berkhidmat selama lima tahun?” soalnya.
Menurutnya, ia tidak munasabah untuk menetapkan had kepada sepuluh tahun melainkan kerajaan meminda undang-undang untuk menjadikan ia wajib mengadakan pilihan raya selepas lima tahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25783

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pindaan Perlembagaan Had Tempoh Pm Dua Penggal Dibentang Hari Ini

Pindaan Perlembagaan Had Tempoh Pm Dua Penggal Dibentang Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 281 hits
Dewan RakyatKUALA LUMPUR Pindaaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan bagi jawatan perdana menteri selama dua penggal sahaja akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini Pindaan melibatkan Perkara 43 Fasal ...
Qualcomm 3d Sonic Max Boleh Mengimbas Dua Cap Jari Serentak

Qualcomm 3d Sonic Max Boleh Mengimbas Dua Cap Jari Serentak

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 269 hits
Pengenalan peranti dengan rekaan hampir semua skrin menjadi titik tolak pupusnya bahagian dagu serta dahi peranti yang besar Turut mengikut langkah Dodo ialah pengimbas cap jari yang terbina pada butang home Sebaliknya pengimbas cap jari ki...
Sejarah Yang Tak Boleh Diubah

Sejarah Yang Tak Boleh Diubah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 335 hits
Gambar merakam sejarah yg x bole diubah Dari awal penubuhan PAS shgga susuk2 tubuh ini dipenjara dibuang daerah pelbagai lg tekanan yg dikenakan keatas mrk mrk ttp tdk menyembah UMNO melawan parti kjaan yg berkuasa puluhan tahun bukanlah 1 ...
Pemimpin Lemah Tak Boleh Tadbir Negara Haniza

Pemimpin Lemah Tak Boleh Tadbir Negara Haniza

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 360 hits
Oleh Mohd Iskandar IbrahimHANIZA Mohd TalhaKUALA LUMPUR Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha menempelak pemimpin utama parti itu kerana tidak berpegang kepada prinsip dan janji sehingga gagal mengawal etika ahlinya ketika Kongres Nasional ber...
Lagu Negaraku Jalur Gemilang Dan Rukun Negara Tidak Boleh Dipersenda Ditukar Lee Lam Thye

Lagu Negaraku Jalur Gemilang Dan Rukun Negara Tidak Boleh Dipersenda Ditukar Lee Lam Thye

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 413 hits
Lagu Negaraku Jalur Gemilang dan Rukun Negara yang merupakan simbol semangat patriotik dan rasa kecintaan kepada negara tidak boleh dipersendakan atau ditukar dalam apa jua bentuk kata Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee ...
Stop Bayi Tak Boleh Minum Air Masak Jom Ketahui Sebabnya

Stop Bayi Tak Boleh Minum Air Masak Jom Ketahui Sebabnya

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 474 hits
Baby haus tu tak cukup susu bagilah dia minum air masak STOP Jika anda menerima saranan seperti ini jangan lakukannya Jom ketahui mengapa baby tidak boleh meminumnya Bayi meninggal Baru baru ini seorang bayi kehilangan nyawa disebabkan ibun...
Dah Lah Tidur Lewat Asyik Makan Je Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Anak Jatuh Sakit

Dah Lah Tidur Lewat Asyik Makan Je Tabiat Buruk Ini Boleh Buat Anak Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 390 hits
Anak anak yang sering tidur lewat sebenarnya boleh menjejaskan tumbesaran mereka Paling menakutkan mereka berisiko untuk mendapat obesiti kerana tabiat makan tengah malam jika tidur lewat Sebagai ibu ayah kita suka anak selera makan Tetapi ...
Ambil Sarapan Pagi Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak Jangan Malas Untuk Bersarapan

Ambil Sarapan Pagi Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak Jangan Malas Untuk Bersarapan

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 323 hits
Pendidikan merupakan aset yang paling penting kerana ia boleh menjamin masa depan individu Namun banyak faktor yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu berjaya termasuklah pemakanan individu Pernah tak dengar ungkapan yang...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi