Stop Bayi Tak Boleh Minum Air Masak Jom Ketahui Sebabnya


“Baby haus tu, tak cukup susu, bagilah dia minum air masak.” STOP! Jika anda menerima saranan seperti ini jangan lakukannya. Jom ketahui mengapa baby tidak boleh meminumnya.

Bayi meninggal
Baru-baru ini, seorang bayi kehilangan nyawa disebabkan ibunya memberikannya minum air mineral. Apa yang menyedihkan bayi malang tersebut baru sahaja tiga hingga empat jam dilahirkan.
Berita ini merupakan status daripada salah seorang pengguna media sosial Twitter yang berkongsi pengalamannya mengendalikan kes kematian tersebut yang berpunca daripada kecuaian ibunya sendiri.
Obviously, anda tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan bayi di bawah usia enam bulan untuk minum air masak. Perkara seperti ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada bayi yang diberikan air masak.
Sebab tak boleh minum air masak
Sebenarnya, ia bukan sahaja berkenaan dengan air masak. Tetapi apa sahaja air selain daripada susu ibu atau susu formula khas bayi, tidak ada air yang boleh diberikan kepada bayi. Ingin tahu apa kesannya kepada bayi kalau diberikan juga minum air selain daripada susu?
Faktor utamanya adalah kerana susu sama ada susu ibu ataupun susu formula sudah mempunyai kandungan air yang mencukupi untuk keperluan dan kesihatan bayi. Susu ibu sahaja sudah mempunyai 88 peratus air yang sangat mencukupi untuk bayi.
Biasanya, selepas dilahirkan, ibu-ibu akan diminta untuk terus menyusukan bayi buat kali pertama. Susu yang diberikan itu adalah susu jenis kolostrum dan ia sudah cukup untuk menghindari bayi daripada mengalami dehidrasi.
Ini kerana memberikan air kepada bayi di bawah usia enam bulan boleh mengakibatkan kesan bahaya kepada mereka. Keadaan ini dipanggil water intoxication, ia berlaku apabila bayi diberikan air lebih daripada yang diperlukan.
Apa itu water intoxication
Menurut American Academy of Pediatrics, susu ibu dan susu formula sudah memberikan semua penghidratan yang diperlukan bayi. Pemberian air, walaupun tampak seperti tidak berbahaya sebenarnya boleh mengakibatkan kematian kepada bayi akibat water intoxication.
Ia berlaku disebabkan buah pinggang bayi masih belum matang, maka air yang diberikan secara berlebihan menyebabkan badan mereka memasuki keadaan hyponatremia dan masalah ini boleh menjejaskan fungsi otak.
Susu ibu mahupun susu formula mempunyai kadar kandungan air lebih daripada 80 peratus, sedangkan badan manusia hanya mengandungi antara 70 hingga 80 peratus air. Boleh bayangkan tak keadaan bayi kalau dengan peratusan air yang terkandung dalam susu ditambah pula dengan pemberian air?
Dalam kaedah perubatan, keadaan ini akan menyebabkan kepekatan garam sodium (Na) dalam darah bayi menjadi cair (diluted). Apabila sel otak bayi terdedah kepada darah yang cair, ia akan mengembang dan bayi berdepan risiko yang tinggi untuk mengalami sawan (seizures).
Susu ibu sudah mencukupi dan seandainya anda memberikan susu formula, pastikan anda mengikut sukatan air yang ditetapkan. Usah menambah jumlah air, ia boleh menyebabkan nutrisi yang diperlukan bayi menjadi tidak cukup.
Jika bayi masih menangis selepas diberikan susu, ia tidak bermakna bayi itu masih lapar dan perlu diberikan air tambahan. Tetapi bayi anda mungkin menangis disebabkan rasa tidak selesa, berak atau kencing atau keadaan cuaca yang panas/sejuk.
Sumber: Hello Doktor
The post Stop, Bayi Tak Boleh Minum Air Masak! Jom Ketahui Sebabnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/stop-bayi-tak-boleh-minum-air-masak-jom-ketahui-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayangkan Air Gula Pun Dah Loya Boleh Ke Survive Lepas Minum Tanpa Termuntah

Bayangkan Air Gula Pun Dah Loya Boleh Ke Survive Lepas Minum Tanpa Termuntah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 284 hits
Salah satu prosedur yang tidak digemari oleh wanita hamil adalah proses minum air gula Kebanyakannya tidak suka melaluinya kerana khuatir akan termuntah Bahkan sebelum mengambil air gula perlu berpuasa pula Sesetengah ibu mungkin merasakan ...
Doktor Dedah Terlebih Minum Air Putih Boleh Menyebabkan Sawan

Doktor Dedah Terlebih Minum Air Putih Boleh Menyebabkan Sawan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 362 hits
Setiap kali kita mendengar tips untuk kuruskan badan minum air putih dengan banyak antara tips paling penting Pasti ramai tahu bahawa air putih dapat meningkatkan kadar metaolik badan dan membuatkan anda rasa kenyang Malah kita disarankan u...
Boleh Ke Minum Air Sambil Berdiri

Boleh Ke Minum Air Sambil Berdiri

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 936 hits
Tak sangka selama ini minum sambil berdiri yang dikatakan berbahaya untuk tubuh badan adalah mitos semata2x Perkara ini sudah diterapkan sejak kecil lagi sehingga tiada siapa yang menafikan tentang hal ini Ini adalah tujuh akibat MITOS yg T...
Tak Dapat Gugurkan Anak Ibu Bagi Bayi Minum Air Gas Supaya Mati Cepat

Tak Dapat Gugurkan Anak Ibu Bagi Bayi Minum Air Gas Supaya Mati Cepat

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 411 hits
Semakin lama masalah pengabaian anak dan bayi semakin meningkat di seluruh dunia hingga ada beberapa negara mengambil inisiatif untuk membenarkan pengguguran kandungan bagi menyelesaikan masalah ini sementara ada segelintir negara yang meng...
Kena Selalu Minum Air Barli Untuk Turunkan Kolesterol Dan Berat Badan

Kena Selalu Minum Air Barli Untuk Turunkan Kolesterol Dan Berat Badan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 590 hits
Semua orang tahu barli mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan Tapi tak ramai yang tahu barli juga mampu untuk menurunkan kolesterol dan berat badan Menurut seorang pengguna Facebook Hjh Fatmiarti Jamaran beliau telah amalkan meminum air ...
Bahaya Kalau Bacaan Kuning Bayi Tinggi Boleh Menyebabkan Kecacatan Otak Kematian

Bahaya Kalau Bacaan Kuning Bayi Tinggi Boleh Menyebabkan Kecacatan Otak Kematian

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 383 hits
Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian Kuning memang selalu terjadi dikalangan bayi yang baru lahir Kenapa darah bayi perlu diambil lagi selepas 2 minggu jika kuning tidak turun Mungkin ramai ibu bapa yang mengeluh...
Budak Budak Boleh Kena Resdung Jom Ikhtiar Dengan Mmg Rawatlah Sebelum Melarat

Budak Budak Boleh Kena Resdung Jom Ikhtiar Dengan Mmg Rawatlah Sebelum Melarat

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 557 hits
Budak budak boleh kena resdung Jom ikhtiar dengan MMG Rawatlah sebelum melarat Hari tu cikla ada terbaca satu artikel katanya budak budak pun boleh kena resdung Uishh tak sangka pulak kan Ingat kita yang warga mas je boleh kena Pastu kan ci...
Pengalaman Minum Air Gula Kali Pertama Di Klinik Kesihatan

Pengalaman Minum Air Gula Kali Pertama Di Klinik Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 593 hits
Pengalaman Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Entri lain Minum air gula di Klinik Kesihatan sewaktu mengandung kini dah jadi syarat utama buat ibu mengandung Iaitu wanita mengandung dengan usia 25 tahun keatas diwajibkan Alhamdulillah seles...
Penyebab Bayi Gumoh Setelah Minum Asi

Penyebab Bayi Gumoh Setelah Minum Asi

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 251 hits
Gumoh pada bayi bukan merupakan sesuatu yang perlu dikhawatirkan Gumoh merupakan sebuah kondisi yang umum terjadi selang beberapa saat bayi meminum ASI Bagi Ibu muda mungkin kondisi ini akan sedikit menimbulkan kekhawatiran Karena biasanya ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya