Lagu Negaraku Jalur Gemilang Dan Rukun Negara Tidak Boleh Dipersenda Ditukar Lee Lam Thye


Lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Rukun Negara yang merupakan simbol semangat patriotik dan rasa kecintaan kepada negara, tidak boleh dipersendakan atau ditukar dalam apa jua bentuk, kata Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.
“Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama harus hormat lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan lima prinsip Rukun Negara.
“Apa yang saya perhatikan sekarang, kemajuan teknologi maklumat menyebabkan generasi muda mengabaikan kepentingan ketiga-tiga elemen tersebut. Kita jangan leka sehingga rasa cinta pada negara pudar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mengenai penularan video murid sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin, Lee berkata sebarang bentuk perubahan tidak boleh dilakukan ke atas lagu rasmi itu kerana ia telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya seperti lagu-lagu hiburan.
“Lagu negaraku adalah lagu suci. Maka tidak patut ada pihak cuba persendakan atau ubah lambang patriotik ini. Lagu ini mesti dinyanyikan di dalam Bahasa Melayu malah versi aslinya adalah dalam Bahasa Melayu,” katanya yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN).
Sekiranya lagu Negaraku diterjemah di dalam bahasa lain bertujuan memudahkan pelajar memahami maksud, Lee berkata kaedah itu hanya boleh dilakukan untuk tujuan pengajaran sahaja sebaliknya tidak boleh dinyanyikan secara rasmi.
“Kejadian baru-baru ini perlu dijadikan iktibar. Kalau pihak sekolah ingin menerangkan apa maksud lagu Negaraku dalam bahasa ibunda masing-masing, itu hanyalah sekadar untuk fahaman mereka sendiri. Tetapi apabila ada majlis mereka mesti menyanyi dalam Bahasa Melayu,” katanya.
Lee mengulas video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 Sept, 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.
Aktivis sosial itu juga mengingatkan masyarakat negara ini agar tidak terlalu ghairah menggunakan media sosial sebagai medium menyebarkan maklumat sehingga boleh mencetuskan perbalahan antara kaum di negara ini.
Justeru, Lee menasihatkan agar setiap tindakan negatif diperbetulkan dan media sosial digunakan dengan bijak.
— BERNAMA
The post Lagu Negaraku, Jalur Gemilang Dan Rukun Negara Tidak Boleh Dipersenda, Ditukar – Lee Lam Thye appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/08/lagu-negaraku-jalur-gemilang-dan-rukun-negara-tidak-boleh-dipersenda-ditukar-lee-lam-thye/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lee Lam Thye Receives Mcpf Honorary Life Membership

Lee Lam Thye Receives Mcpf Honorary Life Membership

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 193 hits
Lee received the appointment certificate from Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail who is also the foundation chairman Bernama Phoo PUTRAJAYA Social activist Tan Sri Lee Lam Thye was appointed as the first honorary life...
More Needs To Be Done Concerning Malaysian Flag Lee Lam Thye

More Needs To Be Done Concerning Malaysian Flag Lee Lam Thye

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 287 hits
Lee Lam Thye KUALA LUMPUR Trustee of the Malaysia Unity Foundation Tan Sri Lee Lam Thye suggests that more needs to be done in Malaysian educational institutions and in its communities to educate and enhance awareness on the significance of...
Telah Diwartakan Sejak Dahulu Lagu Negaraku Tidak Boleh Diubah Dr Teo Kok Seong

Telah Diwartakan Sejak Dahulu Lagu Negaraku Tidak Boleh Diubah Dr Teo Kok Seong

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 442 hits
Sejak pagi tadi tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan pelajar menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin Rakaman yang berdurasi 1 minit 23 saat itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam kalangan netizen Terkesa...
More Kidney Donors Needed Lee Lam Thye

More Kidney Donors Needed Lee Lam Thye

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 490 hits
The country is in dire need of more organ donors especially kidney donors said National Organ Donation Awareness Action Committee chairperson Lee Lam Thye He said greater awareness on this was necessary because the increasing number of case...
Tular Video Lagu Negaraku Menggunakan Bahasa Asing Undang Kemarahan Netizen

Tular Video Lagu Negaraku Menggunakan Bahasa Asing Undang Kemarahan Netizen

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 501 hits
Lagu Negaraku adalah lagu jati diri seorang rakyat Malaysia Lagu pertama yang dinyanyikan oleh setiap rakyat Malaysia apabila mereka hadir ke sekolah atau majlis majlis rasmi Sebelum ini kita semestinya selalu mendengar Lagu Negaraku dinyan...
Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Untuk Kefahaman Kpm

Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Untuk Kefahaman Kpm

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 689 hits
Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati video nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin adalah bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap maksud tujuan dan adab ketika menyanyikan lagu itu Dalam satu kenyataan Kementerian Pe...
Penganjur Sukan Sea Nyaris Kibarkan Jalur Gemilang Cacat

Penganjur Sukan Sea Nyaris Kibarkan Jalur Gemilang Cacat

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 467 hits
MALAYSIAKINI Insiden mengaibkan hampir berlaku membabitkan Jalur Gemilang hari ini ketika kontinjen negara meraikan kejayaan Malaysia menggapai pingat emas Sukan SEA Manila Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim kejadian berlak...
Terlalu Ketara Selepas Dap Berkuasa Semuanya Nak Dipelbagai Bahasakan Termasuklah Lagu Negaraku

Terlalu Ketara Selepas Dap Berkuasa Semuanya Nak Dipelbagai Bahasakan Termasuklah Lagu Negaraku

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 897 hits
Antara alasan yang paling kerap diberikan ketika ditanya mengapa Lagu Negaraku yang merupakan lagu kebangsaan Malaysia tidak dihormati ada yang menjawab lagu kebangsaan itu adalah lagu saduran daripada lagu Mamula Moon yang popular pada tah...
Lagu Negaraku Versi Mandarin Untuk Bantu Murid Lebih Faham Bukan Acara Rasmi Kpm

Lagu Negaraku Versi Mandarin Untuk Bantu Murid Lebih Faham Bukan Acara Rasmi Kpm

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 715 hits
Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati rakaman klip video murid menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin yang tular di laman media sosial berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Ketua Pengarah Pelajar...
Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Quick Beef Mince Eggplant Recipe

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Doa 10 Oktober 2025

Resipi Pajeon A K A Pancake Daun Bawang Korea Yang Viral Dari K Drama

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Viperpro 3 December Viperpro Top 30 By Elizabeth

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

Kerajaan Umum Pelaburan Besar Untuk Perkasa Ekosistem Ai Tempatan