Guru Tampar Murid Selepas Tuduh Surat Dicuri Rakan



KLANG: Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan seorang murid darjah satu ditampar guru wanita di sebuah sekolah di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang wanita berusia 42 tahun bahawa anak lelakinya memberitahu ditampar oleh seorang guru.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada Isnin lalu, kira-kira jam 5.50 petang ketika murid berusia 7 tahun itu bersama rakan sekelasnya berada di dewan sekolah selepas selesai acara sukan.

“Seorang guru wanita kemudian bertanya kepada semua murid berkenaan surat pemberitahuan hari sukan yang sudah diberikan sebelum mangsa memberitahu suratnya hilang dan dipercayai dicuri oleh rakannya.

“Bagaimanapun, sewaktu siasatan dilakukan, didapati surat berkenaan ada di dalam beg mangsa dan guru tersebut menegur mangsa supaya tidak menuduh orang lain tanpa bukti kukuh lalu menampar pipi kanak-kanak itu.

“Akibat ditampar, kanak-kanak itu mengalami sedikit bengkak dan tanda kemerahan di pipi kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, polis akan merakam percakapan guru yang terlibat dan saksi-saksi yang boleh membantu siasatan.

Jelasnya, pegawai penyiasat akan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Polis juga mengesan satu surat pemeriksaan doktor dan gambar kecederaan mangsa yang tular di media sosial, justeru polis menasihatkan orang awam tidak menularkan surat itu di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/09/guru-tampar-murid-selepas-tuduh-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Disyaki Lakukan Kesalahan Seksual Terhadap Murid

Guru Disyaki Lakukan Kesalahan Seksual Terhadap Murid

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 244 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myKuala Lumpur Seorang guru disyaki mengumpan anak murid lelakinya dengan membawa bermalam di hotel sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kanak kanak terbabit Difahamkan mangsa berusia 12 ta...
Koleksi Pantun Perpisahan Guru Rakan Sekerja Kenalan

Koleksi Pantun Perpisahan Guru Rakan Sekerja Kenalan

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 349 hits
Dapatkan koleksi pantun perpisahan yang bermakna buat sahabat rakan sekerja guru dan kenalan anda disini Pantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat pedoman teguran kata kata semangat dan ...
Mantap Betul Kit Siang Sucikan Umno Selepas Jadi Rakan Dap Kj

Mantap Betul Kit Siang Sucikan Umno Selepas Jadi Rakan Dap Kj

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 322 hits
agendaily com18 09 2023Khairy Jamaluddin dipecat UMNO ekoran pertembungan dengan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini disokong DAP Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi sindiran pedas terhadap Tan Sri Lim Kit Siang yang seolah ola...
Murid Jejak Sekolah Elit Kepuasan Dan Impian Guru Pedalaman

Murid Jejak Sekolah Elit Kepuasan Dan Impian Guru Pedalaman

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 352 hits
Muhammad Izzat Afif Hasim bersama muridnya di Sekolah Kebangsaan Long Miri Baram Sarawak PETALING JAYA Kepuasan sebenar guru yang bertugas di pedalaman adalah apabila muridnya berjaya memasuki sekolah elit dan mendapat pendidikan lebih baik...
Akhlak Baik Guru Faktor Bentuk Sahsiah Murid

Akhlak Baik Guru Faktor Bentuk Sahsiah Murid

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 498 hits
Kebelakangan ini hampir saban hari kita mendengar dan membaca mengenai masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah juga pelajar institut pengajian tinggi Banyak sebab dikaitkan sebagai punca namun perkara sebegitu jika tidak dita...
Guru Perlu Patuhi Elemen 2 Saksi Sebelum Hukum Murid Fadhlina

Guru Perlu Patuhi Elemen 2 Saksi Sebelum Hukum Murid Fadhlina

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 352 hits
Nibong Tebal Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa elemen perlu mempunyai dua saksi sebelum guru menghukum murid yang melakukan kesalahan disiplin sememangnya sudah lama dilaksanakan mengikut garis panduan ditetapkan Menterinya Fadhlina ...
Ramai Disumpahi Orang Tua Murid Kepsek Sdn 1 Cibeureum Dicopot Usai Pecat Guru Honorer

Ramai Disumpahi Orang Tua Murid Kepsek Sdn 1 Cibeureum Dicopot Usai Pecat Guru Honorer

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 255 hits
Wali Kota Bogor Bima Arya mencopot Kepsek SDN 1 Cibeureum usai heboh pemecatan guru honorer
Kasus Murid Bacok Guru Di Demak Kpai Minta Penanganan Serius

Kasus Murid Bacok Guru Di Demak Kpai Minta Penanganan Serius

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 264 hits
Langkah yang dilakukan yakni penanganan yang mengedepankan keadilan restoratif
Murid Bacok Guru Di Demak Pelaku Diciduk Saat Ngumpet Di Rumah Kosong

Murid Bacok Guru Di Demak Pelaku Diciduk Saat Ngumpet Di Rumah Kosong

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 199 hits
Kronologi berawal pada Senin sekitar pukul 07 00 Wib saat para guru sedang menyiapkan perlengkapan untuk Ulangan Tengah Semester murid
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Siti Kasim Berates Holier Than Thou Critic Of Syed Saddiq S Tight Sporting Gear His Affectionate Bass Ship

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker

From Sweden To The Uk Snusboys Brings Authentic Snus To British Consumers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Nasi Goreng Telur Kosong

Zurinah Hassan In Translation

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim

Ultra Conservatives Lambast Dap Mp Syerleena For Sitting In A Prayer Session At Thai Buddhist Temple