Akhlak Baik Guru Faktor Bentuk Sahsiah Murid




Kebelakangan ini hampir saban hari kita mendengar dan membaca mengenai masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah juga pelajar institut pengajian tinggi

Banyak sebab dikaitkan sebagai punca, namun perkara sebegitu jika tidak ditangani dengan baik akan menjadi pembunuh senyap kepada pembentu kan karakter individu. Setiap anak seharusnya tumbuh sebagai insan kamil yang berketrampilan dan berakhlak mulia. Justeru, sebagai ibu bapa, guru, rakan dan ahli masyarakat kita perlu mengembleng tenaga membantu merealisasikan hasrat ini

Satu hal yang nyata, setiap manusia itu secara fitrahnya memerlukan sentuhan kasih sayang dan perhatian ahli keluarga, guru dan rakan taulan. Ia adalah bekal terbaik untuk mereka meneruskan hidup yang penuh cabaran

Jadi, sebagai ibu bapa atau guru, berikan nasihat yang baik, galakan dan perangsang untuk mereka menjadi kuat. Bagi ibu bapa, sentuhan atau pelukan berlandaskan syariat adalah hal yang terbaik. Ia akan menjadi kekuatan kepada anak membesar dan berjaya

Bagi guru atau pendidik, di bahu anda ada tanggungjawab yang besar. Anda seharusnya memainkan peranan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam mendidik anak bangsa yang menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani

Justeru, ia adalah amanah besar, maka haruslah dipandang serius oleh semua yang bergelar pendidik. Mereka juga harus bersifat terbuka dalam menerima kepelbagaian latar belakang pelajar dari segi agama, status sosial dan hubungan kekeluargaan

Malah, mereka dituntut bersifat adil dan tidak berat sebelah dalam memberikan pendidikan kepada pelajar, terutama dalam menonjolkan sifat kasih sayang kepada murid

Kaedah ini bertepatan dengan pandangan ulama besar zaman silam, Ibnu Hajar al-Haitami yang menekankan teras utama pendidikan ialah 'al-i'tiram wa al-syafaqah' bermaksud saling menghormatiberkasih sayang. Melalui teras ini, hubungan sihat antara guru dan pelajar dapat diwujudkan lebih-lebih lagi secara fitrahnya akhlak baik yang dipamerkan oleh seseorang guru boleh menjadi faktor tarikan pelajar untuk bersungguh-sungguh mendalami ilmu pengetahuan. Secara tidak langsung, perasaan hormat dan terinspirasi dengan akhlak baik pendidik boleh diwujudkan dalam diri seseorang murid tanpa paksaan

Sebenarnya hal ini bukan asing dalam sejarah Islam. Misalnya, kita biasa membaca mengenai akhlak baik guru zaman silam yang menjadi tarikan anak murid untuk menuntut ilmu. Contohnya, akhlak yang ditunjukkan ulama Turkiye, Bediuzzaman Said Nursi dalam menyebarkan ilmu kepada orang ramai

Dalam banyak penceritaan mengenai beliau, dikatakan ulama itu menyampaikan ajarannya dengan gaya bahasa menenangkan, lenggok bahasa tubuh yang memberikan perhatian sepenuhnya dalam sesi soal jawab selain memberikan maklum balas bernas sesuai dengan khalayak

Malah, diceritakan mengenai kemampuan beliau mengubah sisi gelap penjara kepada sebuah taman ilmu dikenali sebagai Sekolah Yusuf, yang berperanan membimbing banduan ke arah jalan kebenaran
Pendekatan pendidikan melalui sifat kasih sayang yang ikhlas ditunjukkan ulama silam itu terbukti boleh menjadi tarikan utama untuk mengikuti pembelajaran

Secara tuntasnya, elemen sentuhan kasih sayang tidak boleh dipandang enteng dalam memastikan pendidikan yang berkesan dapat dilaksanakan pada peringkat sekolah, mahupun peringkat institusi pengajian tinggi

Sebagai seorang pendidik, kita harus peka dan kreatif dalam mempamerkan sifat kasih sayang supaya ia boleh disalurkan dengan cara yang profesional dan penuh integriti. Hal ini membantu dalam meninggalkan kesan yang positif bagi pembentukan sahsiah seseorang pelajar

Siti Jamilah Mohd SukriKolej Antarabangsa YPC

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/09/akhlak-baik-guru-faktor-bentuk-sahsiah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Garis Panduan Nilai Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru Murid

Garis Panduan Nilai Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru Murid

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 449 hits
Penyediaan Garis Panduan Nilai dan Etika Media Sosial bagi guru dan murid bertujuna mengelakkan penyalahgunaan media seosial yang membawa kepada pelbagai keburukan terutamnya dalam penyebaran fitnah dan perkongsian maklumat yang kurang tepa...
Guru Jadikan Murid Sebagai Content Berdepan Tindakan Fadhlina Sidek

Guru Jadikan Murid Sebagai Content Berdepan Tindakan Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 186 hits
SHAH ALAM Guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Menterinya Fadhlina Sidek berkata kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran...
Guru Tampar Murid Selepas Tuduh Surat Dicuri Rakan

Guru Tampar Murid Selepas Tuduh Surat Dicuri Rakan

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 372 hits
KLANG Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan seorang murid darjah satu ditampar guru wanita di sebuah sekolah di sini Isnin lalu Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata kes itu disiasat mengikut S...
Ramai Disumpahi Orang Tua Murid Kepsek Sdn 1 Cibeureum Dicopot Usai Pecat Guru Honorer

Ramai Disumpahi Orang Tua Murid Kepsek Sdn 1 Cibeureum Dicopot Usai Pecat Guru Honorer

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 199 hits
Wali Kota Bogor Bima Arya mencopot Kepsek SDN 1 Cibeureum usai heboh pemecatan guru honorer
Guru Disyaki Lakukan Kesalahan Seksual Terhadap Murid

Guru Disyaki Lakukan Kesalahan Seksual Terhadap Murid

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 199 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myKuala Lumpur Seorang guru disyaki mengumpan anak murid lelakinya dengan membawa bermalam di hotel sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kanak kanak terbabit Difahamkan mangsa berusia 12 ta...
Guru Perlu Patuhi Elemen 2 Saksi Sebelum Hukum Murid Fadhlina

Guru Perlu Patuhi Elemen 2 Saksi Sebelum Hukum Murid Fadhlina

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 291 hits
Nibong Tebal Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa elemen perlu mempunyai dua saksi sebelum guru menghukum murid yang melakukan kesalahan disiplin sememangnya sudah lama dilaksanakan mengikut garis panduan ditetapkan Menterinya Fadhlina ...
Murid Bacok Guru Di Demak Pelaku Diciduk Saat Ngumpet Di Rumah Kosong

Murid Bacok Guru Di Demak Pelaku Diciduk Saat Ngumpet Di Rumah Kosong

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 159 hits
Kronologi berawal pada Senin sekitar pukul 07 00 Wib saat para guru sedang menyiapkan perlengkapan untuk Ulangan Tengah Semester murid
Murid Jejak Sekolah Elit Kepuasan Dan Impian Guru Pedalaman

Murid Jejak Sekolah Elit Kepuasan Dan Impian Guru Pedalaman

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 236 hits
Muhammad Izzat Afif Hasim bersama muridnya di Sekolah Kebangsaan Long Miri Baram Sarawak PETALING JAYA Kepuasan sebenar guru yang bertugas di pedalaman adalah apabila muridnya berjaya memasuki sekolah elit dan mendapat pendidikan lebih baik...
Pakaian Seragam Sekolah Bentuk Jati Diri Murid

Pakaian Seragam Sekolah Bentuk Jati Diri Murid

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 460 hits
Pemakaian seragam sekolah sudah sekian lama dilaksanakan semenjak kita mencapai kemerdekaan Sejak 1970 pula Kementerian Pendidikan Malaysia memulakan langkah yang lebih tersusun dalam mewajibkan semua murid sekolah rendah dan menengah untuk...
Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Empowering Digital Teams With Sap Business Training In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Proposed 5 Us Tax On Foreign Remittances Impacts And Challenges

Ketakutan

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025

Drama Hospital Loveline