Koleksi Pantun Perpisahan Guru Rakan Sekerja Kenalan


Dapatkan koleksi pantun perpisahan yang bermakna buat sahabat, rakan sekerja, guru dan kenalan anda disini.
Pantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat, pedoman, teguran, kata-kata semangat dan sebagainya.
Menurut Za’ba, perkataan ‘pantun’ dipercayai datang hasil terbitan ‘sepantun’ yakni bermaksud ‘seperti’, ‘seumpama’ atau ‘macam’.
Defini Pantun Perpisahan Pertama sekali sudah tentulah ia mesti sebuah pantun.
Secara ringkas ia mestilah karangan berangkap, terdiri dari jumlah baris yang genap. Separuh daripadanya pembayang dan separuh kemudian maksud.
Apa yang membezakannya dengan jenis-jenis pantun lain adalah tema yang dibawakan dalam pantun perpisahan – dalam hal ini perpisahan antara individu/kumpulan dengan individu/kumpulan yang lain.
Artikel berkaiitan: 30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu
Perpisahan dengan guru Berikut merupakan koleksi pantun perpisahan dengan guru yang berpindah sekolah atau bersara:
Nona manis nama timangan,
Kecil molek senyuman menawan,
Jasa baktimu sentiasa dikenang,
Budi baikmu kekal diingatan
Bunga dedap di atas para,
Anak di susun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf di pinta.
Bunga mawar ada di tepi sawah,
Sungguh elok di samping batu,
Apabila nanti kita berpisah,
Janganlah pernah kamu lupakan aku.
Hilangmu tiada pengganti,
hanya tinggal kenangan abadi,
terima kasih jasa di beri,
akan kami semai di hati.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.
Promosi: Hadiah / Cenderahati menarik untuk penghargaan / majlis perpisahan
Perpisahan dengan rakan sekerja Berikut merupakan koleksi pantun perpisahan dengan rakan sekerja yang berpindah tempat kerja yang baru:
Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.
Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
budi tuan kami tak lupa.
Menyusun pantun memakai rima,
Rima dibuat menjadi kisah,
Bertahun-tahun kerja bersama,
Tibalah masa untuk berpisah.
Berasah parang bersepuh lama,
menjadi senjata pahlawan handal,
Susah senang ditempuh bersama,
Menjadi jasa buat yang tinggal.
Santap sarapan di atas meja,
Santapan bersama dengan sahabat,
Bertahun kita bersama kerja,
Hari ini berpisah tempat.
Perpisahan dengan rakan sekolah Berikut merupakan koleksi pantun perpisahan dengan rakan-rakan di sekolah yang berpindah sekolah untuk melanjutkan pengajian di tempat baru:
Baju seragam terlihat gagah,
Pulang sekolah membawa buku,
Takdir berpisah tak dapat dicegah,
Selamat tinggal rakan terbaikku.
Wangi aroma dari kayu gaharu,
Tempat bermain bagi anak rotan,
Apabila berjumpa teman baru,
Teman lama janganlah dilupakan.
Main bola atas padang,
Sambil main makan celagi,
Kalau ada umur panjang,
Kita akan berjumpa lagi.
Tanjung sauh di pulau bintan,
Tempat berlabuh orang penyengat,
Berpisah jauh bercerai badan,
Sahabat handai tetap kuingat.
Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
Perpisahan umum Berikut merupakan koleksi pantun perpisahan umum yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan atau peristiwa:
Gadis manis membawa belati,
Belati itu dibawa bersama dengan peti,
Janganlah suka bersedih hati,
Walau perpisahan harus menghampiri.
Putih-putih si bunga melati,
Melati disimpan di dalam lemari,
Janganlah dikau bersedih hati,
Meski perpisahan datang menghampiri.
Mudik ke hilir berperahu layang,
Singgah sebentar di Indera Giri,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandailah menjaga diri.
Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi.
Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur diujung dahan,
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi,
Puji syukur dan terimakasih kami ucapkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pantun-perpisahan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pantun-perpisahan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Pantun Cinta Pickup Line Untuk Orang Tersayang

Koleksi Pantun Cinta Pickup Line Untuk Orang Tersayang

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 231 hits
Terdapat banyak cara untuk mengungkapkan perasaan cinta dan sayang salah satunya adalah melalui pantun Pantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat pedoman teguran kata kata semangat dan se...
Guru Tampar Murid Selepas Tuduh Surat Dicuri Rakan

Guru Tampar Murid Selepas Tuduh Surat Dicuri Rakan

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 201 hits
KLANG Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan seorang murid darjah satu ditampar guru wanita di sebuah sekolah di sini Isnin lalu Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata kes itu disiasat mengikut S...
Koleksi Ucapan Pantun 4 Kerat Sempena Hari Malaysia 2023

Koleksi Ucapan Pantun 4 Kerat Sempena Hari Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 240 hits
Selamat Hari Malaysia 2023 negaraku Malaysia Tahun ini kita meraikan Hari Malaysia yang ke 60 yang disambut sejak tahun 1963 Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2023 akan diadakan di Stadium Perpaduan Kuching Sarawak bertemakan Mala...
Ramai Disumpahi Orang Tua Murid Kepsek Sdn 1 Cibeureum Dicopot Usai Pecat Guru Honorer

Ramai Disumpahi Orang Tua Murid Kepsek Sdn 1 Cibeureum Dicopot Usai Pecat Guru Honorer

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 124 hits
Wali Kota Bogor Bima Arya mencopot Kepsek SDN 1 Cibeureum usai heboh pemecatan guru honorer
Rupa Rupanya Nafsah Manado Adalah Guru Sekolah

Rupa Rupanya Nafsah Manado Adalah Guru Sekolah

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 163 hits
Beliau mengajar di SK Padang Durian Pendang dan beliau tinggal di KG Perupuk Kubor Panjang Pendang Kedah Hasil dari siasatan dalaman pejabat PPD Pendang mendedahkan bahawa ada pegawai PPD dan JPN yang pro PN cuba melindungi Nafsah Hingga sa...
Kacau Guru Smp Di Pangandaran Gila Judi Slot Sampai Nekat Jual 26 Komputer Sekolah

Kacau Guru Smp Di Pangandaran Gila Judi Slot Sampai Nekat Jual 26 Komputer Sekolah

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 93 hits
Guru tersebut menjual sedikitnya 26 unit komputer dan beberapa barang elektronik lainnya milik sekolah
Guru Disyaki Lakukan Kesalahan Seksual Terhadap Murid

Guru Disyaki Lakukan Kesalahan Seksual Terhadap Murid

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 135 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myKuala Lumpur Seorang guru disyaki mengumpan anak murid lelakinya dengan membawa bermalam di hotel sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kanak kanak terbabit Difahamkan mangsa berusia 12 ta...
As Menuju Bangkrap Lihat Komen Rakyat Dalam Blog Ini

Netizen Tertanya Tanya Apa Kelulusan Calon Pn

Mengenal Apa Itu Operasi Lasik Dan Biayanya

Bidoglio Mahu Jdt Beraksi Lebih Ganas

12 Power Bank Terbaik Paling Nipis Tahan Lama 2024

Birthday Party Aryana Arash

Kdn Utamakan 2 Kategori Permohonan Kewarganegaraan Kata Menteri

Seorang Wali Nikah Menumbuk Pengantin Lelaki Selepas Majlis Akad Nikah



5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan

Biodata Ezra Kairo Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK Oh My Kadhale

10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose

Info Dan Sinopsis Hierarchy Netflix TV Series Kdrama 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3


Efficiency And Transparency The Hallmarks Of Property Management In Nj

Pemuda Ini Hilang Selepas Pergi Hiking Di Bukit Dinding

Dua Rakan Karib Maut Motosikal Dinaiki Terbabas

Cara Basuh Bantal Busuk Anak Dengan Betul Supaya Tidak Rosak

Adakah Hanya Pembangkang Peduli Tentang Etika Pilihan Raya

The Use And Abuse Of Taxes