Guru Menempuh Cabaran Getir Pandemik Covid 19



Norma baharu dalam suasana pandemik Covid 19 memaksa para guru menjalani rutin kerjaya dalam suasana yang rumit dan sama sekali tidak pernah dibayangkan sebelumnya.
Untuk itu, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dalam perutusan sempena Hari Guru pada hari ini mengharapkan para guru akan lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mendidik anak murid yang tidak lagi dilakukan secara konvensional.
“Di kala pandemik ini, cabaran menjadi seorang guru semakin getir. Norma baharu memaksa para guru menjadi lebih kreatif, bertindak pro-aktif dan mengusahakan segala pendekatan di luar kerangka keselesaan dan konvensional demi memandaikan anak-anak bangsa.
“Hakikatnya, para guru adalah tonggak pendidikan negara dan merekalah harapan kita untuk mendidik anak bangsa sekaligus mencorakkan masa depan negara. Jika mereka hidup dengan tekanan dan bebanan, hasil kemenjadian murid yang kita mahukan pasti tidak akan dapat dicapai.
“Maka kembalikanlah kegembiraan dan kasih sayang dalam kalangan para guru yang pernah mereka kecapi dahulu walaupun singkat, kerana kegembiraan mereka adalah sinar kejayaan negara dan generasi mendatang,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa Pendidikan itu juga tidak lupa pesanan Almarhum Prof Diraja Ungku Aziz:
“Kita harus kembali ke akal fikir, merujuk kepada kebijaksanaan dan mencari segala kepandaian untuk berhadapan dengan cabaran. Kita harus menyusur akar bangsa, mencari ke dalam semak dan belukar rahsia kejayaan dan kekuatan anak bangsa dalam menghadapi cabaran zaman.”
Justeru, kata mereka, guru adalah penyusur, peneroka dan pembina asas kejayaan bangsa.
Mereka juga mengungkapkan makna perkataan guru yang sebenarnya dan mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat yang diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu “Gu bermaksud kegelapan dan Ru bermaksud menyelamatkan seseorang daripada kegelapan.”
“Secara semantiknya, perkataan guru merujuk kepada insan yang mencerahkan, yang memberi cahaya, ilmu, petunjuk, teladan dan hikmah, malah seorang guru jugalah yang menabur makna dalam kehidupan murid-muridnya.
“Seorang penyair Arab, Asy-Syauqi pernah menuturkan suatu syair yang sangat indah tentang guru. Kata Al- Syauqi: “Bangunlah dan sambutlah seorang guru, lalu berikanlah penghormatan terhadapnya. Percayalah, hampir-hampir sahaja seorang guru itu menjadi seorang Rasul.”
“Sesungguhnya, guru adalah nadi penggerak utama yang sentiasa berkorban tenaga dan masa hanya kerana mahu memastikan setiap daripada kita tidak mendewasa dalam kejahilan,” kata mereka lagi.
Jawatankuasa Pendidikan PH dengan rendah hati mengucapkan Selamat Haru Guru kepada para guru yang sedang bertugas dengan penuh pengorbanan dan dedikasi.
“Kami mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua warga pendidik walau di mana anda berada. Kalian adalah insan istimewa kerana telah menyuburkan jiwa-jiwa yang merdeka.
“Guru bukan sahaja mendidik, malah menumbuhkan jati diri anak didik hingga mampu mendepani kehidupan dengan dengan berani. Guru Penyubur Jiwa Merdeka,” kata mereka lagi.
Juga diungkapkan puisi indah yang merakam jasa guru dari Sasterawan Negara, Usman Awang:
“Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat”
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP) dan Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32148

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandemik Covid 19 Guru Masyarakat Harus Usaha Atasi Tekanan Sekeliling

Pandemik Covid 19 Guru Masyarakat Harus Usaha Atasi Tekanan Sekeliling

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 289 hits
Pandemik Covid 19 memberi tekanan yang tersendiri bukan sahaja kepada barisan hadapan tetapi juga para guru Sempena Hari Guru yang disambut hari ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mahu masyaralat membantu para guru dalam m...
Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 355 hits
SINGAPURA Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memuji daya bingkas dan perpaduan masyarakat Melayu Islam untuk sama sama membendung pandemik COVID 19 dengan penduduk Singapura lainnya di tengah tengah Ramada...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 467 hits
Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman Dah baca kisah inspirasi dua orang guru iaitu dan yang aku kongsikan sebelum ini yang telah dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds...
Covid 19 Terbukti Pelajaran Sukar Buat Guru

Covid 19 Terbukti Pelajaran Sukar Buat Guru

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 342 hits
May 16 2021 Kanak kanak di pusat jagaan kini terbiasa dengan amalan penjarakan fizikal di dalam kelas PETALING JAYA Dari taman asuhan kanak kanak ke universiti keperluan mengawal kesan Covid 19 ke atas perkembangan pelajar kekal sebagai keb...
Pengajaran Kisah Nabi Musa Dan Sop Covid 19

Pengajaran Kisah Nabi Musa Dan Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 375 hits
Melalui media maya rakyat dilaporkan bangkit mempersoalkan dan marah dengan keputusan kerajaan berkaitan SOP mendepani isu Covid 19 yang semakin parah di negara kita Apabila disebut SOP Covid 18 individu yang dikaitkan dengannya adalah Datu...
Solat Aidilfitri Di Tanah Lapang Kurangkan Risiko Jangkitan Covid 19

Solat Aidilfitri Di Tanah Lapang Kurangkan Risiko Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 254 hits
Oleh Media Mulia Dr Mohd Asri Zainul Abidin PETALING JAYA Solat Aidilfitri di tanah lapang bukan sahaja merupakan satu sunnah bagi Nabi Muhammad s a w bahkan ia juga mengurangkan risiko jangkitan Covid 19 jika dibandingkan tempat tertutup M...
Data Wna Di Indonesia Positif Covid 19 Per 11 Mei 2021

Data Wna Di Indonesia Positif Covid 19 Per 11 Mei 2021

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 339 hits
Hari ini Selasa 1 898 WNA positif terjangkit virus SARS CoV 2 itu
Kerajaan Sedia Guna Vaksin Covid 19 Sinovac

Kerajaan Sedia Guna Vaksin Covid 19 Sinovac

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 541 hits
Negara sedia menggunakan lebih 500 000 dos vaksin Covid 19 keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China yang dibotolkan oleh Pharmaniaga LifeSciences Sdn Bhd Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata Pharmaniaga dijangka ...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media