Covid 19 Terbukti Pelajaran Sukar Buat Guru


 
Jason Thomas -May 16, 2021 Kanak-kanak di pusat jagaan kini terbiasa dengan amalan penjarakan fizikal di dalam kelas. (Gambar Tadika New Sun Moon)PETALING JAYA: Dari taman asuhan kanak-kanak ke universiti, keperluan mengawal kesan Covid-19 ke atas perkembangan pelajar kekal sebagai kebimbangan utama guru.
Januari lalu, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) melaporkan purata 2/3 daripada tahun akademik lupus di seluruh dunia berikutan penutupan sekolah akibat Covid-19.
Bercakap kepada FMT sempena sambutan Hari Guru hari ini, pendidik menceritakan pengalaman mereka semasa pandemik dan bagaimana mereka terpaksa membuat pengubahsuaian dengan norma baharu.Pengetua taman asuhan kanak-kanak New Sun Moon di Bangsar, Aidelle Pang berkata, pandemik menghalang pelajar daripada mempelajari “kemahiran asas kehidupan” kerana mereka tidak dapat berhubung atau berinteraksi penuh dengan rakan lain.
Menyifatkan pandemik itu sebagai “krisis pendidikan”, katanya, ramai kanak-kanak mendapati pelajaran mereka terganggu, selain kehilangan peluang untuk mengikuti kelas bersemuka di dalam bilik darjah.
Pang mengingatkan dalam jangka panjang, ini akan menyaksikan pelajar kehilangan interaksi sosial yang sangat diperlukan dalam pembesaran mereka.
“Satu-satunya cabaran yang kita hadapi ialah mengurangkan sebanyak mungkin kesan negatif pandemik yang tidak dijangka ini ke atas pembelajaran dan persekolahan mereka.
“Paling penting, kita harus mengambil pengajaran daripada pengalaman ini supaya anak-anak dapat meraih semula semua yang terlepas daripada mereka.”
Guru di SK Convent Ipoh, Agatha Wong (tengah) menunjukkan Anugerah Guru Cemerlang yang diterimanya pada 2019. (Gambar Agatha Wong)Bagi pensyarah kanan ekonomi di Universiti Malaya, Goh Lim Thye, pendekatan lebih terbuka dan inovatif sangat perlu dalam penyediaan kandungan pelajaran untuk menarik perhatian pelajar dan menilai sama ada mereka mencapai matlamat pelajaran yang dikehendaki bagi setiap subjek.
“Fleksibiliti, inovasi, keterbukaan dan prinsip rahmah merupakan kunci bagi mengatasi halangan yang disebabkan pandemik.
ADVERTISING“Saya rindu untuk berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas serta membantu mereka yang menghadapi masalah dalam memahami kandungan topik hanya dengan melihat ekspresi mereka.”
Goh berkata, beliau tidak pernah meminta pelajar memasang kamera semasa kelas dalam talian kerana sebahagiannya menggunakan pelan mudah alih dengan data yang terhad.
Dalam pada itu, Agatha Wong, guru Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6 di SK Convent Ipoh berkata, cabaran terbesar yang dihadapinya sepanjang tahun lepas ialah memastikan pelajar mempamerkan pencapaian terbaik mereka.
Katanya, “cabaran terbesar” semasa tempoh pasca pandemik masih merupakan pengajaran atas talian melalui aplikasi Google Meet dan Google Classroom, iaitu platform yang mungkin tidak dikuasai semua pelajar.
“Sukar untuk memastikan semua mendapat pengetahuan yang disampaikan, sekali gus mendorong mereka melakukan usaha terbaik.
“Saya berusaha sebaik mungkin dalam memotivasi pelajar dengan berkomunikasi dengan mereka. Saya cuba memberi inspirasi dengan mengemukakan pelajaran dan teladan hidup sebenar.
“Saya berharap untuk membentuk minda muda mereka dan memberi pelajaran berguna yang boleh dimanfaatkan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/covid-19-terbukti-pelajaran-sukar-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Menempuh Cabaran Getir Pandemik Covid 19

Guru Menempuh Cabaran Getir Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 361 hits
Norma baharu dalam suasana pandemik Covid 19 memaksa para guru menjalani rutin kerjaya dalam suasana yang rumit dan sama sekali tidak pernah dibayangkan sebelumnya Untuk itu Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan dalam perutusan sempena Ha...
Rumusan Inovatif Detergen Top Terbukti Menyingkirkan 99 9 Virus Termasuk Virus Covid 19

Rumusan Inovatif Detergen Top Terbukti Menyingkirkan 99 9 Virus Termasuk Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 338 hits
Rumusan Inovatif Detergen TOP Terbukti Menyingkirkan 99 9 Virus Termasuk Virus COVID 19 Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99 9 Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pand...
Pandemik Covid 19 Guru Masyarakat Harus Usaha Atasi Tekanan Sekeliling

Pandemik Covid 19 Guru Masyarakat Harus Usaha Atasi Tekanan Sekeliling

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 270 hits
Pandemik Covid 19 memberi tekanan yang tersendiri bukan sahaja kepada barisan hadapan tetapi juga para guru Sempena Hari Guru yang disambut hari ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mahu masyaralat membantu para guru dalam m...
Two Covid 19 Clusters Declared In Tebedu Sebauh

Two Covid 19 Clusters Declared In Tebedu Sebauh

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 350 hits
Bernama file photo shows an active case detection exercise KUCHING Two new Covid 19 clusters dubbed the Tebedu Mawang Cluster in Tebedu and Jejalong Cluster in Sebauh were declared today said the State Disaster Management Committee Th
Over 1m Have Received At Least One Covid 19 Vaccine Dose

Over 1m Have Received At Least One Covid 19 Vaccine Dose

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 272 hits
Over one million people in the country have received at least one dose of a Covid 19 vaccine by the end of Thursday according to daily updates from the Special Committee for Ensuring Access to Covid 19 Vaccine Supply The milestone came 72 d...
Covid 19 3 Longhouses In Kanowit Selangau Placed Under Emco From May 10 23

Covid 19 3 Longhouses In Kanowit Selangau Placed Under Emco From May 10 23

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 259 hits
Bernama file photo KUCHING The State Disaster Management Committee has placed three longhouses under Enhanced Movement Control Order from May 10 to 23 to curb the spread of Covid 19 8220 These are Rh Boniface Manggie Ulu Ranan
What You Need To Do Know If You Visited A Potential Covid 19 Hotspot In Malaysia S Hide List

What You Need To Do Know If You Visited A Potential Covid 19 Hotspot In Malaysia S Hide List

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 396 hits
A woman wearing a face mask shops for groceries at a supermarket in Kuala Lumpur January 9 2021 Photo by Malay Mail KUALA LUMPUR The Malaysian government today released its first ever list of locations nationwide that an artificial intellig...
Covid 19 26 Red Zones Remain In S Wak

Covid 19 26 Red Zones Remain In S Wak

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 478 hits
Bernama file photo for illustration purposes shows a front liner wearing a face shield KUCHING A total of 26 Covid 19 red zones remain in Sarawak with a total of 7 096 locally transmitted cases in the past 14 days said the State Disaster Ma...
Govt Lists Hundreds Of Covid 19 Hotspots Pre Emptive Action Needed

Govt Lists Hundreds Of Covid 19 Hotspots Pre Emptive Action Needed

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 271 hits
The government has released a daily list of potential Covid 19 hotspots nationwide as part of efforts to assist pre emptive measures by travellers visitors and premises owners Science Technology and Innovations Minister Khairy Jamaluddin sa...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil