Pandemik Covid 19 Guru Masyarakat Harus Usaha Atasi Tekanan Sekeliling


 





Pandemik Covid 19 memberi tekanan yang tersendiri bukan sahaja kepada barisan hadapan tetapi juga para guru.

Sempena Hari Guru yang disambut hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mahu masyaralat membantu para guru dalam menghadapi cabaran semasa dan mengekalkan ketenangan serta ketenteraman dalam runag lingkup kerjaya mereka.
"Ketenangan yang semakin berkurang membawa kepada tekanan yang meningkat dalam pelbagai aspek kehidupan kita. Perkara ini bukanlah suatu yang asing malah ia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat kita saat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Amirudin, dalam suasana yang tidak menentu ketika ini para guru tetap terpaksa meneruskan usaha mendidik anak bangsa.
Katanya, tanpa didikan para guru, sebaik mana pun potensi seorang kanak-kanak tidak mungkin bakatnya dapat digilap dan menjana pembangunan masa hadapan negara.
Oleh itu, kata Amirudin, kebajikan para guru dan ketidaktentuan sistem pendidikan harus menjadi tumpuan utama kerajaan dan masyarakat.
"Tekanan yang dilalui para guru kita tidak boleh diabaikan dan wajib diperbaiki bersama-sama tanpa mempolitikkan sistem dan hala tuju pendidikan negara.
"Guru-guru turut menghadapi situasi yang sama seperti masyarakat lain; cabaran masyarakat berusia ataupun 'ageing society' dengan menjaga ibu bapa serta anak-anak, serta turut mengalami tekanan emosi dan kewangan.
"Faktor-faktor ini sudah pasti menyumbang kepada keresahan dalam kalangan tenaga pengajar sehingga boleh menyebabkan perkara-perkara yang memberi impak kepada pelajar seperti yang kita lihat dalam kes berkait Ain Husniza Saiful Nizam yang viral di Tik Tok.
"Jika guru-guru diabaikan, adakah wajar untuk kita mengharapkan keperluan, keselamatan dan kebajikan pelajar kita turut dipelihara?" tanyanya.
Tegas Amirudin, para guru merupakan aset yang paling bernilai dalam memajukan negara dengan menghasilkan generasi muda yang berakhlak, berketrampilan dan berwawasan.
Katanya, pada waktu negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan, tanggungjawab pemimpin negara adalah mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat dan perkhidmatan awam.
"Usaha sebegini akan dapat memberi nafas baharu supaya kerjaya seorang guru mencapai apa yang diungkapkan oleh Abraham Lincoln sebagai 'the better angels of our nature’.
"Kata-kata Lincoln dalam usaha mendamaikan kerenggangan di Amerika Syarikat harus menjadi dorongan kita dalam usaha memulihkan situasi negara kita termasuk masa hadapan sistem pendidikan, negara bagi manfaat para guru dan pelajar kita," katanya lagi.
Justeru, beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada petugas barisan hadapan pendidikan negara.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/pandemik-covid-19-guru-masyarakat-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Menempuh Cabaran Getir Pandemik Covid 19

Guru Menempuh Cabaran Getir Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 359 hits
Norma baharu dalam suasana pandemik Covid 19 memaksa para guru menjalani rutin kerjaya dalam suasana yang rumit dan sama sekali tidak pernah dibayangkan sebelumnya Untuk itu Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan dalam perutusan sempena Ha...
Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

Masagos Zulkifli Puji Daya Bingkas Perpaduan Masyarakat Melayu Islam Bendung Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 300 hits
SINGAPURA Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memuji daya bingkas dan perpaduan masyarakat Melayu Islam untuk sama sama membendung pandemik COVID 19 dengan penduduk Singapura lainnya di tengah tengah Ramada...
Sultan Johor Titah Umat Islam Dirikan Solat Hajat Atasi Covid 19

Sultan Johor Titah Umat Islam Dirikan Solat Hajat Atasi Covid 19

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 311 hits
Adakan solat hajat sama ada di masjid surau atau rumah masing masing Sultan Ibrahim Sultan IskandarJOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan semua umat Islam di negeri ini untuk sama sama bermunajat dengan mendirika...
Covid 19 Terbukti Pelajaran Sukar Buat Guru

Covid 19 Terbukti Pelajaran Sukar Buat Guru

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 302 hits
May 16 2021 Kanak kanak di pusat jagaan kini terbiasa dengan amalan penjarakan fizikal di dalam kelas PETALING JAYA Dari taman asuhan kanak kanak ke universiti keperluan mengawal kesan Covid 19 ke atas perkembangan pelajar kekal sebagai keb...
Satgas Minta Perguruan Tinggi Turut Edukasi Masyarakat Cegah Covid 19

Satgas Minta Perguruan Tinggi Turut Edukasi Masyarakat Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 282 hits
Perguruan tinggi merupakan lembaga pendidikan yang bisa mempengaruhi masyarakat Ada sejumlah hal yang bisa disampaikan perguruan tinggi kepada masyarakat di antaranya menekan mobilitas masyarakat
19 Kes Dalam Masyarakat Antara 31 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura

19 Kes Dalam Masyarakat Antara 31 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 265 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Singapura melaporkan 19 kes masyarakat dalam kalangan 31 kes baru COVID 19 pada Sabtu Daripada jumlah kes dalam masyarakat itu 17 terkait dengan kes kes sebelum ini manakala dua kes tiada kaitan dengan man
Kes Covid 19 Kita Sudah Atasi India Dan Amerika

Kes Covid 19 Kita Sudah Atasi India Dan Amerika

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 239 hits
MALAYSIA DATELINEKes baharu Covid 19 di Malaysia kini sudah mengatasi India dan Amerika Syarikat jika dibandingkan kes baharu bagi setiap sejuta penduduk Bahkan jumlah pesakit di Unit Rawatan Rapi juga sangat tinggi berbanding ketika darura...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias