Pengajaran Kisah Nabi Musa Dan Sop Covid 19



Melalui media maya, rakyat dilaporkan bangkit mempersoalkan dan marah dengan keputusan kerajaan berkaitan SOP mendepani isu Covid-19 yang semakin parah di negara kita.
Apabila disebut SOP Covid-18, individu yang dikaitkan dengannya adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Keselamatan sehingga beliau digelarkan Menteri SOP.
Memandangkan banyak SOP yang dikuatkuasakan dianggap menyusahkan rakyat, maka Ismail Sabri menjadi sasaran kemarahan rakyat. Beliau menjadi bahan cacian dan makian waga maya. Banyak warga maya meluahkan kemarahan kepada beliau apabila pengumuman beliau tidak menepati kehendak dan kemahuan peribadi sesetengah pihak.
Hakikat sebenarnya, apa yang diputuskan kerajaan adalah demi untuk kebaikan rakyat. Perkara ini ditegaskan berkali-kali oleh Ismail Sabri. Namun, banyak warga maya sengaja buat-buat tidak fahaman apabila terpedaya dengan dakyah disebarkan sesetengah pihak berkepentingan.
Sempena akhir Ramadan ini, mari kita fikir sejenak tentang firman Allah SWT dengan situasi yang dihadapi sekarang ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Segala yang terjadi kepada kita dalam kehidupan ini adalah ketentuan yang telah ditakdirkan cukup baik untuk setiap hamba-Nya. Allah SWT yang Maha Bijaksana lebih mengetahui sesuatu yang terbaik dan sesuai untuk setiap manusia.
Namun, sebagai insan yang banyak kekurangan, kita sering mempersoal sesuatu perkara yang tidak kita sukai.
Mari kita ambil pengajaran daripada peristiwa Nabi Musa yang telah mula hilang sabar apabila menyaksikan tindakan Nabi Khidir dalam tiga peristiwa yang dianggap oleh Nabi Musa sebagai tidak wajar dilakukan.
Sebagaimana dinukilkan dalam surah al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga peristiwa yang berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Khidir. Peristiwa pertama adalah ketika mereka menaiki sebuah perahu, tetapi Nabi Khidir telah membocorkan perahu berkenaan.
Tindakan itu mendatangkan pertanyaan kepada Nabi Musa. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Lalu berjalanlah keduanya (Nabi Khidir dan Nabi Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia (Nabi Khidir) membocorkannya." (Surah al-Kahfi, ayat 71)
Peristiwa kedua pula menyaksikan tindakan Nabi Khidir yang membunuh seorang anak kecil dan perbuatan itu menimbulkan tanda tanya serta perasaan kurang sabar kerana dari sudut pandangan mata kasar, perbuatan membunuh kanak-kanak itu tidak wajar.
Disebutkan dalam ayat suci al-Quran yang bermaksud: "Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya." (Surah al-Kahfi, ayat 74)
Peristiwa ketiga juga menimbulkan pertanyaan bagi Nabi Musa apabila Nabi Khidir menegakkan dinding yang hampir roboh. Peristiwa itu dinukilkan dalam ayat suci al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang di situ, lalu orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika Engkau mahu, tentulah Engkau berhak mengambil upah mengenainya." (Surah al-Kahfi, ayat 77)
Secara ringkas, falsafah dan pengajaran di sebalik tiga peristiwa itu ialah perahu dibocorkan kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua-dua ibu bapanya. Dibina semula dinding kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka supaya nanti apabila anak itu dewasa kelak, mereka akan mendapatkannya.
Melalui ketiga-tiga peristiwa di atas kita akan dapati begitu besar hikmah yang tersembunyi atas apa juga ketentuan Allah SWT kepada kita, walaupun saat kita diuji atau diberi sesuatu musibah, fitrahnya kita sebagai manusia biasa pasti merasakan ia sesuatu yang menyakitkan.
Ibadat puasa yang kita lakukan selama sebulan sepanjang Ramadan yang penuh keberkatan dan rahmat dapat mendidik kita menjadi insan yang lebih bersabar dan takwa.
Jangan hanya kerana kita tidak mendapat apa yang kita inginkan atau diuji dengan sedikit kesukaran, lalu kita menjadi hamba yang tidak syukur. Terlalu banyak yang telah kerajaan sediakan untuk kesejahteraan rakyat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Surah ar-Rahman, ayat 16)
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2021/05/des.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berdosa Jenayah Syarak Ingkar Sop Covid 19 Mufti

Berdosa Jenayah Syarak Ingkar Sop Covid 19 Mufti

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 279 hits
Oleh SAFINA RAMLI Wan Salim Wan Mohd Noor GEORGETOWN Umat Islam yang ingkar dengan prosedur operasi standard bagi mencegah penularan wabak Covid 19 seperti cuba merentas negeri telah melakukan satu jenayah syarak dan perbuatan itu adalah be...
Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi Sop Situasi Covid 19 Di Negeri Ini Belum Reda

Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi Sop Situasi Covid 19 Di Negeri Ini Belum Reda

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 289 hits
KUANTAN Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang melaporkan situasi terkini wabak pandemik COVID 19 di negeri ini masih belum reda terutamanya di daerah Kuantan Demikian kenyataan rasmi yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri ...
Kisah Dokter Muda Di India Bekerja 27 Jam Rawat Pasien Covid 19

Kisah Dokter Muda Di India Bekerja 27 Jam Rawat Pasien Covid 19

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 245 hits
Kisah Dokter Muda di India Bekerja 27 Jam Rawat Pasien Covid 19 Rohan Aggarwal merupakan seorang dokter berusia 26 tahun yang berjuang merawat puluhan pasien Covid 19 di Rumah Sakit Holy Family di New Delhi Di tengah lonjakan Covid 19 Aggar...
Hukuman Lebih Berat Vvip Dan Selebriti Langgar Sop Covid 19

Hukuman Lebih Berat Vvip Dan Selebriti Langgar Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 287 hits
Sejak akhir akhir ini kes membabitkan Instafamous atau selebriti yang melanggar prosedur operasi standard dalam mengekang wabak COVID 19 menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat yang kebanyakannya mahu hukuman setimpal dikenakan kepad...
Cops Probe Dr M S Breach Of Covid 19 Sop In Langkawi

Cops Probe Dr M S Breach Of Covid 19 Sop In Langkawi

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 248 hits
Dr Mahathir Mohamad failed to scan the MySejahtera QR Code and record his body temperature when entering a surau in his constituency last Satuday PETALING JAYA Police are investigating former prime minister Dr Mahathir Mohamad over allegati...
Kes Covid 19 India Sekali Lagi Catat Rekod Dunia

Kes Covid 19 India Sekali Lagi Catat Rekod Dunia

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 239 hits
NEW DELHI India mencatat satu lagi rekod global hari ini apabila mencatatkan lebih 414 000 jangkitan COVID 19 dalam tempoh 24 jam lapor Agensi Anadolu Ia menandakan hari kedua berturut turut negara itu mendaftarkan lebih 400 000 kes selepas...
Covid 19 Pkpd Di Tiga Kampung Pasir Masir Kelantan

Covid 19 Pkpd Di Tiga Kampung Pasir Masir Kelantan

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 327 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dilaksana di tiga perkampungan di mukim Bunut Susu di Pasir Mas Kelantan bermula Ahad sehingga 22 Mei Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga kampung itu adalah Kampung Paya U...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage