Guru Masuk Kampung Orang Asli Hantar Modul Pdpr


Oleh Abnor Hamizam Abd Manap  Guru SK Putra menghantar modul PdPR kepada murid Orang Asli yang tidak dapat belajar secara dalam talian. - NSTP/ Abnor Hamizam JELEBU: Sekumpulan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Simpang Durian, di sini, sanggup meredah perjalanan sejauh 80 kilometer bagi menyerahkan modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada murid Orang Asli bagi memastikan mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan baik.
Langkah itu berikutan murid Orang Asli terbabit tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian seperti rakan lain kerana kekangan kemudahan telekomunikasi.
Guru Besar SK Putra, Syed Zulkafli Syed Abdul Karim, berkata pihaknya mengambil masa dua hari bagi menyerahkan semua modul berkenaan kepada 152 murid.
Katanya, ini berikutan 95 peratus murid sekolah itu adalah anak Orang Asli yang datang dari pelbagai kampung di Negeri Sembilan dan Pahang.
"Apa yang kita lakukan ini sebagai tanggungjawab sosial guru kerana menyedari kesukaran mereka terbabit belajar secara dalam talian.
"Kita bukan saja menyerahkan modul, tetapi turut mengambil kesempatan mengajar mereka dalam lawatan yang disertai 10 guru itu," katanya.
SK Putra antara empat sekolah Orang Asli yang ada di Negeri Sembilan, selain SK Sungai Sampo, Jempol ; SK Senibai, Johol, Kuala Pilah dan SKTekir, Labu, Seremban.
Sementara itu, murid Tahun Lima sekolah berkenaan, Azuannizan Along, 11, berkata dia terharu dengan pengorbanan guru yang sanggup datang ke rumahnya menghantar modul PdPR bagi memastikan mereka dapat mengulangkaji pelajaran.
"Kampung kami tiada liputan internet, sekali gus menyukarkan saya belajar secara dalam talian seperti murid yang ada kemudahan itu.
"Saya pernah meminta bapa pergi ke sekolah mengambil modul PdPR, namun dilarang pengurusan sekolah yang memaklumkan modul itu akan dihantar sendiri oleh guru," katanya yang tinggal di Kampung Orang Asli Hulu Semei, dekat Manchis, Bentong, Pahang.
Bagi Jeni Pairin, 12, dari Kampung Orang Asli Batu Ibong, Jelebu, kampungnya juga tiada kemudahan internet bagi membolehkannya belajar secara dalam talian.
Katanya, dia gembira kerana guru sekolahnya datang ke rumah yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sekolah.
"Cikgu juga memberi kad sim, namun hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar serta menjawab sistem pesanan ringkas (SMS) saja.
"Biarpun belajar menggunakan modul disediakan, ia lebih baik berbanding jika terus tidak belajar," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/guru-masuk-kampung-orang-asli-hantar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkorban Bimbing Murid Orang Asli Pdpr Di 13 Kampung

Berkorban Bimbing Murid Orang Asli Pdpr Di 13 Kampung

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 370 hits
Oleh Guru Ahmad Farnizan Mohamad mengajar murid Orang Asli bagi proses PdPR di Kampung Tasik Mentiga Pekan Foto NSTP Mohd Rafi Mamat PEKAN Menjelajah ke 13 Kampung Orang Asli di pedalaman dengan perjalanan paling jauh 15 kilometer setiap mi...
Diskusi Pdpr Di Kaca Tv Pengacara Dakwa Kementerian Pendidikan Enggan Hantar Wakil

Diskusi Pdpr Di Kaca Tv Pengacara Dakwa Kementerian Pendidikan Enggan Hantar Wakil

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 269 hits
PETALING JAYA 3 Feb Pengacara televisyen Syafinaz Yunus meluahkan rasa kecewa apabila rancangan bual bicara dikendalikannya tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak berwajib Membincangkan mengenai topik Kaedah Pengajaran dan Pembe...
Pibgn Guru Harus Diberi Peluang Sesuaikan Diri Dengan Pdpr

Pibgn Guru Harus Diberi Peluang Sesuaikan Diri Dengan Pdpr

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 242 hits
Baru hampir seminggu sesi persekolahan bermula wujud rasa ketidakpuasan hati sesetengah ibu bapa dengan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Ada mendakwa guru tidak cukup bersedia mengajar melalui pendekatan PdPR hingga men...
Kerani Sekolah Redah Hujan Banjir Hantar Bahan Pdpr Pada Murid Tiada Internet

Kerani Sekolah Redah Hujan Banjir Hantar Bahan Pdpr Pada Murid Tiada Internet

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 343 hits
Menyedari akan kepentingan setiap pelajar memperoleh bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah seorang kerani sekolah di Kota Belud Shafiq Shazwan Juhen sanggup meredah hujan dan banjir untuk menghantar bahan berkenaan ke rumah pelajar Usa...
Pkpd 494 Penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Akan Disaring

Pkpd 494 Penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Akan Disaring

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 268 hits
Oleh ASLIZA MUSA Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail bertanya khabar kepada Abas Bah Kecil penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang Tapah yang dikenakan PKPD di kawasan tersebut hari ini Foto ZULFACHRI ZU...
Pdpr Rumah Murid Vs Pdpr Rumah Guru

Pdpr Rumah Murid Vs Pdpr Rumah Guru

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 1039 hits
Apa itu PdPr Mungkin ada yang belum faham maksud pdpr kan Ia bermaksud pengajaran dan pembelajaran dari rumah Ia adalah singkatan dari Pdp dan Pdpc Apa maksud Pdp dan Pdpc pula Ini antara kekangan dan ragam Pdpr Antara murid dan guru Guru n...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest