Kerani Sekolah Redah Hujan Banjir Hantar Bahan Pdpr Pada Murid Tiada Internet


Noorazlina Jindeh

Menyedari akan kepentingan setiap pelajar memperoleh bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seorang kerani sekolah di Kota Belud, Shafiq Shazwan Juhen sanggup meredah hujan dan banjir untuk menghantar bahan berkenaan ke rumah pelajar.
Usaha dilakukan Shafiq Shazwan, 23, kerani Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan II Kota Belud itu penting kerana talian internet di tempat tinggal pelajar di Kampung Pituru di situ yang menurutnya bagaikan 'hidup segan mati tidak mahu', menyukarkan untuk mengikuti PdPR secara dalam talian.
Shafiq berkata sebagai anak jati kampung itu dan bekas pelajar sekolah tersebut, dia amat memahami apa yang dihadapi pelajar terbabit, justeru nekad menawarkan diri secara sukarela bagi membantu guru menyampaikan bahan PdPR buat pelajar mereka.
"Talian internet di kampung itu memang sangat perlahan apatah lagi ketika cuaca hujan, memang sukar untuk mengikut PdPR secara dalam talian… ada juga pelajar akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jadi saya tidak mahu pelajar tercicir," katanya kepada Bernama.
Menceritakan pengalaman memulakan usaha itu, dia yang baru setahun menjadi kerani sekolah itu berkata pada 7 Dis lepas selepas selesai bekerja pada 5 petang, dia dengan rela hati membawa bahan PdPR tersebut untuk diserahkan kepada lebih 20 pelajar sekolah berkenaan yang tinggal di Kampung Pituru.
"Masa itu saya masih berulang alik dari kampung ke sekolah dan kebetulan guru sekolah perlu menyerahkan bahan itu kepada pelajar di Kampung Pituru dan saya dengan rela hati membawa bahan berkenaan.
"Bagi mengelak bahan itu basah, saya balut dengan plastik sebab masa itu saya minta kawan tolong hantar ke kampung dan dalam keretanya pula tiada payung, saya tiada pilihan melainkan meredah hujan dan banjir," katanya.
Banjir di Kota Belud pada Jun 2020Shafiq Shazwan yang kini tinggal di perumahan guru sekolah itu berkata dia berdepan pelbagai cabaran antaranya membawa bahan itu seberat dua kilogram sambil meredah banjir sejauh dua kilometer demi menyampaikan bahan PdPR kepada pelajar yang memerlukan.
Dia berkata perjalanan dari kampung itu ke sekolah berkenaan sejauh kira-kira 20 kilometer dan jika berlaku banjir penduduk di kampung itu pasti akan terputus hubungan kerana hanya ada satu jalan utama sahaja yang menjadi penghubung untuk ke Pekan Kota Belud.
Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan Jainol Sair berkata penyampaian bahan PdPR itu merupakan pendekatan secara luar talian bagi membantu pelajar yang tidak mempunyai akses kepada internet supaya dapat mengikuti pembelajaran mereka.
Jainol berkata ia selaras dengan budaya peduli yang diamalkan di sekolah berkenaan iaitu menerapkan agar setiap warga sekolah termasuk komuniti sentiasa mengambil berat tentang peranan masing-masing untuk membantu kumpulan sasar.
Jainol berkata pihak sekolah akan menghantar bahan-bahan PdPR ke kampung-kampung dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) atau pengawal sekolah kepada ibu bapa untuk diserahkan kepada anak masing-masing.
"Dalam keadaan pandemik ketika ini, pihak sekolah menggunakan pendekatan budaya peduli ini untuk bersama-sama menyampaikan maklumat khususnya dalam mendidik anak-anak kerana itulah yang kita harapkan," katanya.-Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/kerani-sekolah-redah-hujan-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengarah Murid Tanpa Akses Internet Tidak Akan Ketinggalan Jalani Pdpr Di Sabah

Pengarah Murid Tanpa Akses Internet Tidak Akan Ketinggalan Jalani Pdpr Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 297 hits
Sekolah di Sabah akan menggunakan semua kaedah bagi memastikan program pembelajaran dan pengajaran dari rumah dapat dilaksanakan walaupun tanpa akses internet KOTA KINABALU Pengarah Pendidikan Sabah Mistirine Radin berkata semua sekolah di ...
Pdpr Susahnya Internet Slow Belajar Pun Tak Fokus

Pdpr Susahnya Internet Slow Belajar Pun Tak Fokus

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 398 hits
Azmizan Atek bersama dua kanak kanak orang asli mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah menggunakan telefon bimbit ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Pangsun Hulu Langat Selangor Foto SYAFIQ AMBAK2021 HULU LANGAT Pelak...
Pdpr Rumah Murid Vs Pdpr Rumah Guru

Pdpr Rumah Murid Vs Pdpr Rumah Guru

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 951 hits
Apa itu PdPr Mungkin ada yang belum faham maksud pdpr kan Ia bermaksud pengajaran dan pembelajaran dari rumah Ia adalah singkatan dari Pdp dan Pdpc Apa maksud Pdp dan Pdpc pula Ini antara kekangan dan ragam Pdpr Antara murid dan guru Guru n...
Polis Ranau Bina Khemah Atas Bukit Mudahkan Murid Dapatkan Internet

Polis Ranau Bina Khemah Atas Bukit Mudahkan Murid Dapatkan Internet

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 213 hits
Pelajar pelajar Kampung Gana di Ranau menggunakan meja dan khemah yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memudahkan mereka mengikuti Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah yang dilaksanakan ekoran pandemik Covid 19 Gambar Bern...
Perketat Sop Untuk Sekolah Laksanakan Pdpr Serentak

Perketat Sop Untuk Sekolah Laksanakan Pdpr Serentak

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 193 hits
Pada 24 Januari 2021oleh PENTADBIROleh B SuffianKementerian Pendidikan digesa mengetatkan prosedur operasi standard untuk semua sekolah supaya risiko kesihatan boleh dikawal ketika penularan pandemik Covid 19 kini Ke arah itu Ahli Parlimen ...
Menteri Kpm Perlu Beri Tumpuan Perkasakan Kaedah Pdpr Berbanding Buka Sekolah

Menteri Kpm Perlu Beri Tumpuan Perkasakan Kaedah Pdpr Berbanding Buka Sekolah

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 260 hits
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memberi tumpuan terhadap pemerkasaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah berbanding membuka semula sekolah buat masa ini Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Akmal Nasir tindakan tersebut perlu d...
Berkorban Bimbing Murid Orang Asli Pdpr Di 13 Kampung

Berkorban Bimbing Murid Orang Asli Pdpr Di 13 Kampung

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 344 hits
Oleh Guru Ahmad Farnizan Mohamad mengajar murid Orang Asli bagi proses PdPR di Kampung Tasik Mentiga Pekan Foto NSTP Mohd Rafi Mamat PEKAN Menjelajah ke 13 Kampung Orang Asli di pedalaman dengan perjalanan paling jauh 15 kilometer setiap mi...
Diskusi Pdpr Di Kaca Tv Pengacara Dakwa Kementerian Pendidikan Enggan Hantar Wakil

Diskusi Pdpr Di Kaca Tv Pengacara Dakwa Kementerian Pendidikan Enggan Hantar Wakil

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 226 hits
PETALING JAYA 3 Feb Pengacara televisyen Syafinaz Yunus meluahkan rasa kecewa apabila rancangan bual bicara dikendalikannya tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak berwajib Membincangkan mengenai topik Kaedah Pengajaran dan Pembe...
Guru Masuk Kampung Orang Asli Hantar Modul Pdpr

Guru Masuk Kampung Orang Asli Hantar Modul Pdpr

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 320 hits
Oleh Guru SK Putra menghantar modul PdPR kepada murid Orang Asli yang tidak dapat belajar secara dalam talian NSTP Abnor Hamizam JELEBU Sekumpulan guru dari Sekolah Kebangsaan Putra Simpang Durian di sini sanggup meredah perjalanan sejauh 8...
Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S

Salam Ramadhan Al Mubarak Dari Akifimtiyaz Com

Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baki Boleh Tampung 50 Pelajar Kptm Asyraf Wajdi Dedah Che Ta Belum Lunas Hutang Mara

Polis Suruh Bawa Turun Dia Taknak Video Cik Epal Bergelut Nak Jumpa Anak Anak Namun Dihalang Jofliam Jadi Tumpuan

Penemuan Kapal Yg Hilang Selama Beabad Abad Di Jumpai Di Tengah Padang Pasir

Macc Must Act Impartially Says C4 After Reporter S Arrest

Give Fahmi The Boot For Failing Pas Member Urges Pm

Help Those In Need Say National Leaders In Ramadan Greetings