Pibgn Guru Harus Diberi Peluang Sesuaikan Diri Dengan Pdpr


 

Baru hampir seminggu sesi persekolahan bermula, wujud rasa ketidakpuasan hati sesetengah ibu bapa dengan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Ada mendakwa guru tidak cukup bersedia mengajar melalui pendekatan PdPR hingga mengganggu proses pembelajaran.
Bagaimanapun, ‘orang-orang kuat’ dalam industri pendidikan berpendapat warga pendidik itu seharusnya diberi ruang dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan cara baharu.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata latihan pendidikan perguruan yang berkaitan boleh diperkenalkan kepada para guru sedia ada bagi mendedahkan mereka dengan kaedah dan proses PdPR yang proaktif.
“Memandangkan PdPR ini agak baru diperkenalkan, semua pihak hendaklah memahami situasi semasa dengan memberi ruang dan peluang yang mencukupi kepada warga pendidik untuk benar-benar fasih dan mahir membudayakan PdPR dalam kehidupan pendidikan.
“Maka dalam masa sama, dicadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil seorang dua pendidik yang pakar dan mahir dalam PdPR sama ada orang tempatan atau dari luar negara, untuk mendedahkan kaedah dan prosesnya kepada guru-guru ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohamad Ali berkata kursus tersebut boleh dilakukan secara dalam talian atau secara bersemuka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bagi memperlengkapkan guru-guru agar tidak lagi kekok mengajar di hadapan skrin monitor.
Dalam masa sama, latihan semula intensif kepada pendidik seperti guru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), guru Bahasa Inggeris dan guru vokasional perlu dilakukan segera dan secara berkala.
Tambahnya, dalam masa sama beberapa kekangan asas yang masih dihadapi negara turut perlu diberi fokus utama kerana meskipun guru sudah berkebolehan, namun matlamat PdPR tidak akan tercapai sekiranya masih wujud banyak tembok halangan.
“Antaranya, masalah liputan (internet) yang belum menyeluruh khususnya luar bandar; kesediaan peranti dan alatan lain yang mencukupi; bahan E-buku teks yang sistematik; bantuan tenaga teknikal segera setempat; penjadualan tugasan dan kurikulum seimbang; keseronokan belajar dan tidak terlalu stres menghadap komputer dan peranti sahaja serta pemantauan dan penilaian setiap tahap PdPR yg berkesan,” katanya.
Sementara itu, senada dengan Mohamad Ali, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang berkata pada masa depan, kursus PdPR perlu dimasukkan dalam kurikulum kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan juga Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Katanya dalam masa sama, KPM juga perlu meningkatkan dan memantapkan lagi kursus peningkatan kemahiran kepada para pendidik, khususnya selepas suasana persekolahan kembali normal dan dapat berjalan seperti biasa.
“Aspek latihan kepada guru-guru dalam bidang PdPR sememangnya merupakan keperluan selepas ini… walaupun sekolah dibuka seperti biasa selepas ini, PdPR nanti akan menjadi medium sokongan penting kepada persekolahan secara bersemuka,” katanya.
Bagaimanapun, Aminuddin berkata rata-rata guru pada tahun ini sebenarnya sudah bersedia mengajar melalui PdPR memandangkan mereka telah berhadapan dengan situasi tersebut pada tahun lepas, namun tidak semua murid mempunyai kesediaan untuk belajar dengan cara tersebut.
“Tahun ini adalah tahun kedua guru menggunakan PdPR sebagai medium pengajaran… tahun lepas, kerana ia datang secara tiba-tiba dan tanpa perancangan pihak KPM, memang diakui guru tiada pengalaman dan kemahiran, jadi bagaimana untuk mengurus dan mengelolakan PdPR.
“Tetapi untuk tahun ini, KPM, pihak sekolah dan guru-guru sudah tahu bahawa sesi persekolahan adalah pada zaman COVID-19, jadi pelbagai persediaan awal telah dibuat.. apa yang menjadi permasalahan sekarang ialah murid-murid ada pelbagai kategori dan tahap dalam aspek kesediaan belajar melalui PdPR, jadi itulah punca masalah,” katanya sambil meminta agar diberikan ruang kepada guru untuk menjalankan perancangan yang telah mereka susun.
Aminuddin berkata setiap pihak perlu akur bahawa impak PdPR tidak akan sama dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah memandangkan PdPR adalah sokongan kepada proses pembelajaran bersemuka yang tidak dapat dilaksanakan kerana sekolah ditutup akibat COVID-19.
“Pada masa yang sama, kita perlu sedar bahawa terdapat pelbagai kategori murid… ada yang ada peranti dan capaian internet, ada yang hanya ada peranti sahaja tanpa ada capaian internet, ada yang ada peranti dan capaian internet tetapi kena bergilir-gilir dengan adik-beradik lain atau tunggu bapa balik dari kerja sebab hendak pinjam telefon bapa dan ada yang tiada apa-apa,” katanya.
– Bernama
The post PIBGN: Guru harus diberi peluang sesuaikan diri dengan PdPR appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/26/pibgn-guru-harus-diberi-peluang-sesuaikan-diri-dengan-pdpr/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pibgn-guru-harus-diberi-peluang-sesuaikan-diri-dengan-pdpr

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdpr Rumah Murid Vs Pdpr Rumah Guru

Pdpr Rumah Murid Vs Pdpr Rumah Guru

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 923 hits
Apa itu PdPr Mungkin ada yang belum faham maksud pdpr kan Ia bermaksud pengajaran dan pembelajaran dari rumah Ia adalah singkatan dari Pdp dan Pdpc Apa maksud Pdp dan Pdpc pula Ini antara kekangan dan ragam Pdpr Antara murid dan guru Guru n...
Pernikahan Anak Tak Sesuai Primbon Jawa Penganut Kejawen Nekat Bunuh Diri

Pernikahan Anak Tak Sesuai Primbon Jawa Penganut Kejawen Nekat Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 235 hits
Seorang pria paruh baya berinisial SY ditemukan tewas tergantung di rumahnya Desa Kedungwinangun Kecamatan Klirong Kebumen Jawa Tengah Senin 25 Januari 2021 Dimana SY nekat bunuh diri karena pernikahan anak kandungnya tak sesuai dengan prim...
Penat Sepanjang Masa Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

Penat Sepanjang Masa Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 231 hits
Aduh penatnya Kamu rasa kamu sudah mendapat tidur yang cukup Kamu juga ada melakukan senaman beberapa kali seminggu tapi kamu masih merasa cepat penat atau letih sepanjang masa Kadang kadang terlebih tidur pun boleh menyebabkan kamu cepat m...
Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri Untuk Hospital Kuala Lumpur

Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri Untuk Hospital Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 331 hits
Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak...
Ahli Parlimen Tegur Hadi Awang Cermin Dulu Diri Sendiri Kah Kah Kah Woiiii Lebai

Ahli Parlimen Tegur Hadi Awang Cermin Dulu Diri Sendiri Kah Kah Kah Woiiii Lebai

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 231 hits
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menulis bagaimana Mencetuskan Keraguan Kerja Syaitan Hakikatnya melumpuhkan Parlimen dengan alasan ingin menghadapi Covid 19 merupakan alasan dangkal kerana pada saat saat getir seperti ini Parlimen amat ...
Segarkan Diri Pada Musim Panas Ini Dengan The Coffee Bean Tea Leaf

Segarkan Diri Pada Musim Panas Ini Dengan The Coffee Bean Tea Leaf

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 307 hits
Kuala Lumpur 2 Julai 2020 Cuaca panas membuatkan kita terasa inginkan hidangan sejuk Sajian menu baharu daripada The Coffee Bean Tea Leaf pasti melegakan Seleksi yang baharu ini menampilkan Cookies Cream sebagai hidangan utama dan dua pilih...
Kawal Diri Dengan Zikir Waktu Sakit Nak Melahirkan Hamil 34 Minggu Da I Hamidah Imbas Detik Kelahiran Anak Pertama

Kawal Diri Dengan Zikir Waktu Sakit Nak Melahirkan Hamil 34 Minggu Da I Hamidah Imbas Detik Kelahiran Anak Pertama

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 397 hits
Pengalaman pertama kali melahirkan anak pastinya sebuah pengalaman yang cukup berharga bagi semua ibu malah tidak dapat digambarkan dengan kata kata Nikmat yang Allah berikan tiada taranya Namun pengalaman ibu yang berkali kali melahirkan a...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco