Berkorban Bimbing Murid Orang Asli Pdpr Di 13 Kampung


Oleh Mohd Rafi Mamat    Guru, Ahmad Farnizan Mohamad mengajar murid Orang Asli bagi proses PdPR di Kampung Tasik Mentiga, Pekan. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat  PEKAN: Menjelajah ke 13 Kampung Orang Asli di pedalaman dengan perjalanan paling jauh 15 kilometer setiap minggu antara cabaran dilalui 15 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Mambang, di sini bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
Melalui jalan dalam hutan yang sempit, berlumpur dan dinaiki air turut menguji keberanian terutama guru wanita yang sebelum ini tidak pernah sampai ke kawasan pendalaman itu.
Guru Besar SK Mambang, Zafran Zainuddin, 53, berkata, bagi memastikan murid tidak terus ketinggalan dalam pelajaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) guru perlu berkorban untuk menjelajah ke setiap kampung walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Katanya, terdapat seramai 126 murid Orang Asli menetap di 13 kampung dan 127 murid Melayu berada di 10 kampung yang memerlukan bimbingan secara berterusan.
"Setiap minggu guru akan bergilir ke setiap kampung Orang Asli untuk mengajar selain menghantar kertas kerja latihan murid, termasuk menyerahkan buku teks untuk mereka membuat ulang kaji sebelum berpeluang ke sekolah.
"Guru terpaksa berkorban membantu murid Orang Asli sepanjang PKP ini kerana kebanyakan mereka tidak memiliki kemudahan komputer riba dan telefon bimbit manakala kampung yang jauh di pedalaman turut menyebabkan capaian internet terlalu lemah," katanya selepas memantau proses PdPR di Kampung Orang Asli Tasik Mentiga, di sini semalam.
Lima guru terbabit mengajar murid di dalam pondok yang disediakan penduduk kampung.

Zafran berkata, SK Mambang bertuah kerana memiliki dua guru Orang Asli, Nur Adilla Tan Abdullah dan Aida Bakar yang banyak membantu melancarkan proses PdPR dengan murid Orang Asli di 13 kampung masyarakat berkenaan.
Bagi Nur Adilla, 51, banyak cabaran dihadapi setiap kali berkunjung ke kampung Orang Asli untuk mengajar murid, namun demi tugas dan tanggungjawab semua diharungi.
"Dikejar anjing antara cabaran setiap kali berkunjung ke Kampung Orang Asli dan saya terpaksa meminta bantuan penduduk setempat untuk menghalau haiwan belaan mereka.
"Disebabkan licin rakan saya pernah terjatuh dalam paya ketika meniti jambatan. Kami juga terpaksa melalui perjalanan hingga 15 kilometer untuk sampai ke kampung paling hujung sekali," katanya yang berpengalaman 24 tahun sebagai guru.
Katanya, setiap kali berkunjung ke kampung Orang Asli untuk mengajar ada ketika murid tidak keluar rumah, guru terpaksa memujuk dan menyediakan makanan bagi menarik minat mereka.
Kerjasama keluarga murid dan batin dapat membantu usaha guru untuk mengajar.
Nur Adilla yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan Sains, berkata keikhlasan memberi pendidikan kepada murid Orang Asli, senjata utama guru SK Mambang bertugas sepanjang PKP ini.
Rakannya, Ahmad Farnizan Mohamad, 41, berkata, walaupun penat menunggang motorsikal untuk sampai ke kampung Orang Asli yang jauh di pedalaman, perasaan puas dan seronok dirasakan apabila dapat bertemu murid meskipun jumlah mereka tidak ramai.
"Selain mengajar secara bersemuka pihak sekolah juga ada menyediakan kertas kerja latihan untuk disiapkan murid.
"Sebagai guru saya ingin melihat murid Orang Asli berjaya dalam pelajaran, PKP bukan halangan untuk terus ketinggalan dalam pelajaran," katanya yang sebelum ini bertugas di Sarawak.
Ahmad Farnizan tidak merasakan bebanan berat dan menyusahkan sepanjang proses PdPR yang memerlukannya berkunjung ke kampung Orang Asli yang jauh di dalam hutan, hanya semata-mata untuk menunaikan amanah diberikan.
Guru, Aida Bakar (kiri) ketika mengajar di Kampung Tasik Mentiga. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat  LIHAT VIDEO DI SINI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/berkorban-bimbing-murid-orang-asli-pdpr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Masuk Kampung Orang Asli Hantar Modul Pdpr

Guru Masuk Kampung Orang Asli Hantar Modul Pdpr

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 303 hits
Oleh Guru SK Putra menghantar modul PdPR kepada murid Orang Asli yang tidak dapat belajar secara dalam talian NSTP Abnor Hamizam JELEBU Sekumpulan guru dari Sekolah Kebangsaan Putra Simpang Durian di sini sanggup meredah perjalanan sejauh 8...
Pdpr Rumah Murid Vs Pdpr Rumah Guru

Pdpr Rumah Murid Vs Pdpr Rumah Guru

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 923 hits
Apa itu PdPr Mungkin ada yang belum faham maksud pdpr kan Ia bermaksud pengajaran dan pembelajaran dari rumah Ia adalah singkatan dari Pdp dan Pdpc Apa maksud Pdp dan Pdpc pula Ini antara kekangan dan ragam Pdpr Antara murid dan guru Guru n...
Pengarah Murid Tanpa Akses Internet Tidak Akan Ketinggalan Jalani Pdpr Di Sabah

Pengarah Murid Tanpa Akses Internet Tidak Akan Ketinggalan Jalani Pdpr Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 277 hits
Sekolah di Sabah akan menggunakan semua kaedah bagi memastikan program pembelajaran dan pengajaran dari rumah dapat dilaksanakan walaupun tanpa akses internet KOTA KINABALU Pengarah Pendidikan Sabah Mistirine Radin berkata semua sekolah di ...
Pkpd 494 Penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Akan Disaring

Pkpd 494 Penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Akan Disaring

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 212 hits
Oleh ASLIZA MUSA Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail bertanya khabar kepada Abas Bah Kecil penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang Tapah yang dikenakan PKPD di kawasan tersebut hari ini Foto ZULFACHRI ZU...
Kerani Sekolah Redah Hujan Banjir Hantar Bahan Pdpr Pada Murid Tiada Internet

Kerani Sekolah Redah Hujan Banjir Hantar Bahan Pdpr Pada Murid Tiada Internet

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 271 hits
Menyedari akan kepentingan setiap pelajar memperoleh bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah seorang kerani sekolah di Kota Belud Shafiq Shazwan Juhen sanggup meredah hujan dan banjir untuk menghantar bahan berkenaan ke rumah pelajar Usa...
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 565 hits
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat Semenjak Menteri Pendidikan umumkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dilaksanakan sebagai alternatif pembelajaran norma baharu aku sebagai ibu bapa yang terlibat memang tak lena tidur Penat woi T...
Emco On Kampung Teluk In Sitiawan From Feb 11 Until Feb 24

Emco On Kampung Teluk In Sitiawan From Feb 11 Until Feb 24

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 204 hits
Kampung Teluk in Sitiawan Perak will be placed under the enhanced movement control order for 14 days beginning Thursday Senior Minister Ismail Sabri Yaakob said the move was being taken after the health authorities found 16 positive Covid 1...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco