Guling Kerajaan Pn Perlihatkan Tindakan Tidak Matang Diktator Politik


Dr Hussain Yusri Zawawi  Isu yang sangat menarik dalam situasi politik sekarang adalah apakah UMNO akan mampu menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah ia mengambil keputusan drastik untuk mengarahkan Ahli-Ahli Parlimennya keluar daripada kerajaan PN dan mengundi tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) pada 3 Ogos.
Mengapakah isu ini menjadi kontroversi? Ini kerana tindakan tersebut tidak menggambarkan UMNO secara keseluruhan menolak PN tetapi ianya adalah tindak balas daripada sikap diktator Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengaruhi kepimpinan UMNO yang lain sehinggakan terdapat kalangan menteri UMNO melepaskan jawatan kerana arahan parti.
Sikap seperti ini adalah amalan yang tidak subur dalam sistem demokrasi yang akhirnya membawa kepada perpecahan UMNO itu sendiri yang tidak setia kepada janji Mufakat Nasional (MN).
UMNO dinasihatkan supaya tidak sepatutnya mengulangi krisis dalaman dan mengambil iktibar daripada kes-kes sebelum ini seperti pemecatan pimpinan tertinggi parti, pergelutan dalaman sendiri, penentangan dari pimpinan politik sendiri dan lain-lain sejak penubuhannya pada 1946.
Apa yang membimbangkan adalah jika elit politik dalam pimpinan parti menggunakan kuasa yang mutlak memecat mana-mana pimpinan politik yang tidak sehaluan dengan keputusan parti tanpa mengambil kira isu-isu terkini dan permaslahatan secara teliti, apatah lagi jika asas untuk membuat pemecatan begini kini sudah boleh dipersoalkan berasaskan perkembangan terbaru
Antara isu besar yang timbul sekarang ini ialah apakah keputusan MKT UMNO pada 3 Ogos lalu mengarahkan Ahli-Ahli Parlimennya keluar daripada kerajaan PN dan mengundi tidak percaya kepada Muhyiddin masih ada nilainya setelah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memaklumkan penangguhan pemilihan UMNO selepas 30 Jun tidak sah.
Berdasarkan keterangan Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim, keputusan itu tidak lagi mengikat maka Ahli-Ahli Parlimen UMNO boleh sahaja mengundi percaya kepada Muhyiddin tanpa takut dikenakan apa-apa tindakan oleh parti kerana kuasa Presiden dan MKT UMNO yang ada hanya kuasa administratif sahaja.
Mengekalkan kerajaan PN adalah jauh lebih besar manfaatnya berbanding menjatuhkan kerajaan PN yang tidak akan memberi banyak manfaat kepada UMNO malah akan memberi kerugian besar kepada UMNO kerana dalam kerajaan PN mereka berpengaruh besar tetapi jika kerajaan PN jatuh mereka akan hilang hampir semua kelebihan yang ada dan menjadi sebuah parti di pinggiran, baik jika kerajaan baru ditubuh atau jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) dipanggil.
Sebab itulah UMNO sepatutnya lebih matang dan profesional serta mengambil iktibar dari kekalahan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14). Sejarah tersebut sepatutnya dijadikan pengajaran untuk menimbang semula tindakan dengan situasi politik dan kematangan rakyat pada era ini. Kejayaan UMNO pada masa akan datang perlu mengambil kira isu-isu integriti, personaliti dan individu tertentu yang sekarang pun hangat diperkatakan.
Rakyat Malaysia telah matang dan anak-anak muda boleh menilai kepimpinan terbaik sekarang jika pimpinan politik masih tidak berubah dengan cara lama. Amat dikesali bila sebahagian daripada pimpinan UMNO ingin menjadi hero dalam politik tanah air untuk mengekalkan status kekuasaan, pengaruh dan kepentingan peribadi walaupun ianya boleh dibincangkan secara muafakat dalam gabungan PN yang terdiri daripada pimpinan politik UMNO itu sendiri.
UMNO sepatutnya memberi ruang dan pandangan yang baik kepada wakil menteri yang dilantik dalam kerajaan PN untuk membuktikan bahawa Ahli Parlimen UMNO mempunyai wawasan, berjiwa besar, bersikap profesional dan berprinsip yang jelas dalam membantu negara dan rakyat dikala diuji dengan pendemik Covid-19.
Adalah dinasihatkan bahawa politik yang berteraskan kepentingan dengan menutup ruang bicara dan pandangan akan menjadikan bangsa Melayu yang dimonopoli UMNO selama ini akan terus berpecah kerana kekhilafan politik yang tiada kesudahan. Dalam mendepani isu semasa, UMNO perlu bekerjasama dan bersatu demi kemaslahatan rakyat dan negara yang berdepan dengan situasi Covid-19 ini.
Tindakan menjatuhkan PN adalah tindakan yang tidak matang dan rugi kepada bangsa dan negara sendiri. UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pimpinan politiknya dalam gabungan PN untuk menerajui negara di samping menyalurkan idea-idea yang bernas melalui saluran yang betul bagi mengelakkan konflik demi untuk negara tercinta.
Lagi pula, seandainya Muhyiddin jatuh dalam undi tidak percaya di Parlimen apakah manfaatnya kepada UMNO?
Dijangkakan jika ini berlaku maka pilihan terbaik yang perlu dibuat ialah untuk membubarkan Parlimen dan menyerahkan kembali kepada rakyat untuk membuat pilihan muktamad siapa yang mereka mahukan untuk memimpin mereka kerana jika dilantik kerajaan baru pun ketidakstabilan ekoran usaha mahu jatuh-menjatuhkan pemimpin akan tetap berlaku.
Jika Parlimen dipohon untuk dibubarkan, adalah menjadi jangkaan rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong, bagi memperlihatkan sikap neutral dan payung rakyat Seri Paduka, akan memperkenankannya bagi membolehkan PRU 15 dalam prosedur operasi standard (SOP) ketat akan dilangsungkan sebaik imuniti kelompok sudah berjaya dicapai Oktober ini.
Dalam keadaan sekarang, dengan sentimen umum jelas tidak memihak kepada pemimpin UMNO yang dilihat laparkan kuasa, besar kemungkinan UMNO yang berpecah-belah hebat akan mengalami kekalahan teruk. Mungkin kekalahan mutlak beginilah yang diperlukan untuk menyedarkan UMNO.
Bila itu berlaku ahli-ahli UMNO tiada siapa untuk dituding melainkan Presiden, MKT dan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang terlibat menjatuhkan kerajaan PN sekali gus menguburkan UMNO sendiri. AGENDA DAILY

(*) Dr Hussain Yusri Zawawi
Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/guling-kerajaan-pn-perlihatkan-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Politik Membentuk Kerajaan Baharu Perlu Jamin Penambahbaikan Parlimen Untuk Elak Krisis Baru

Parti Politik Membentuk Kerajaan Baharu Perlu Jamin Penambahbaikan Parlimen Untuk Elak Krisis Baru

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 237 hits
By 16 Aug 2021Kami selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini mengikuti dengan rapat ucapan Mahiaddin Yasin pada 13 Ogos 2021 tentang rangka kesefahaman merentas parti dengan beberapa cadangan pembaharuan termasuk b...
Tindakan Pengecut Lawan Zahid Guna Kuasa Kerajaan

Tindakan Pengecut Lawan Zahid Guna Kuasa Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menyelar tindakan segelintir pemimpin UMNO yang cuba menggunakan kuasa eksekutif kerajaan untuk menghentam parti sendiri Kadir yang juga bekas penasihat kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr M...
Kingmaker Kerajaan Baharu Akan Bergantung Kepada Konfigurasi Politik Semasa

Kingmaker Kerajaan Baharu Akan Bergantung Kepada Konfigurasi Politik Semasa

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 260 hits
Astro AwaniKata Mohd Azizuddin Muhyiddin masih menjadi Presiden Bersatu dan Pengerusi PN sekiranya beliau meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Kingmaker kerajaan baharu akan bergantung kepada perubah...
Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 223 hits
Jika kita perhatikan sejak awal lagi penderhakaan terhadap titah Yang Dipertuan Agong ini bukan saja dilakukan oleh Mahiaddin Md Yasin tetapi juga melibatkan seluruh anggota kabinet kerajaan PN Dengan yang demikian Mahiaddin anggota kabinet...
Kerajaan Umum Tindakan Terhadap Golongan Antivaksin Selewatnya Bulan Depan Pm Muhyiddin

Kerajaan Umum Tindakan Terhadap Golongan Antivaksin Selewatnya Bulan Depan Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 285 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan bakal mengumumkan tindakan yang akan dikenakan kepada golongan antivaksin sama ada pada bulan ini atau bulan depan kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana menteri berkata ia bagi memastikan negara dapat mencapai imun...
Sudahlah Ahli Politik Kerajaan Langgar Sop Kini Pembangkang Juga Sama

Sudahlah Ahli Politik Kerajaan Langgar Sop Kini Pembangkang Juga Sama

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 246 hits
ismaweb net 3 8 2021Ada yang mula guna hujah berhimpun sebahagian daripada hak asasiBANGI 24 Zulhijjah 1442H Selasa Perarakan yang dilakukan oleh ahli politik pembangkang semalam hanya akan mencetuskan dampak yang negatif kepada persepsi ma...
5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Gabungan 13 badan bukan kerajaan menggesa gencatan politik dilakukan segera oleh semua pihak bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat dijalankan tanpa gangguan Langkah itu perlu ...
Katak Politik Mana Nak Kerajaan Perpaduan Pas Dap Nak Bersama

Katak Politik Mana Nak Kerajaan Perpaduan Pas Dap Nak Bersama

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 292 hits
Bimbang dengan kombinasi politik toksik dan ketidakcekapan pentadbiran di tengah tengah wabak Covid 19 yang kini telah meragut 13 000 nyawa di Malaysia Ambiga Sreenevasan telah memulakan petisyen agar ahli politik mengutamakan rakyat berban...
Kerajaan Derhaka Agenda Politik

Kerajaan Derhaka Agenda Politik

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 304 hits
Kerajaan derhaka agenda politik Beberapa hari lalu berlaku krisis pentadbiran yang agak unik antara pihak Eksekutif yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan institusi Yang di Pertuan Agong yang ketika ini Al Sultan Abdu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri