Tindakan Pengecut Lawan Zahid Guna Kuasa Kerajaan







KUALA LUMPUR – Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menyelar tindakan segelintir pemimpin UMNO yang cuba menggunakan kuasa eksekutif kerajaan untuk ‘menghentam’ parti sendiri.

Kadir yang juga bekas penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah satu tindakan pengecut untuk pemimpin UMNO menggunakan kedudukan mereka seperti menteri, timbalan menteri dan juga GLC untuk menentang Presiden UMNO.

“Rasanya  tidak ramai akan meratap jika Ahmad Zahid Hamidi tersingkir daripada jawatan Presiden UMNO. Sebaliknya lebih ramai akan berasa gembira. Betullah seperti kata bekas ketua pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin bahawa dia masih sayangkan UMNO  tetapi tidak percaya kepada Ahmad Zahid.

“Itulah juga punca kekalahan UMNO dalam pilihan raya umum 2018. Pengundi hilang kepercayaan kepada Presiden dan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi cara anggota Kluster Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC Umno menggunakan kedudukan dalam kerajaan bagi menentang kepemimpinan parti mereka sendiri tidak membantu mereka menjadi lebih dihormati daripada Ahmad Zahid dan Kluster Mahkamahnya.

“Kalau mereka tidak bersetuju dengan kepemimpinan Ahmad Zahid Hamidi dan dengan pengaruh Najib dalam kepemimpinan parti, mereka sepatutnya bertindak sebagai orang berani.

“Mereka sama ada berlawan dengan Ahmad Zahid dan Kluster Mahkamah dari dalam atau keluar daripada parti itu. Menggunakan kuasa eksekutif kerajaan untuk menghentam parti sendiri adalah perbuatan pengecut dan salah.

“Kalau Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC Umno dalam Kerajaan PN adalah orang yang berani dan berpekerti tinggi, mereka sepatutnya hadir mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan berbahas secara bersemuka dengan Ahmad Zahid dan konco-konconya.

“Sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang memegang jawatan dalam MKT rasanya tidak hadir mesyuaratnya. Ketua mereka dalam kerajaan PN, Ismail Sabri Yaakob adalah salah seorang Naib Presiden Umno. Sepatutnya dia jadi anak jantan dan berbahaslah secara bersemuka dengan Ahmad Zahid. Dia Timbalan Perdana Menteri sekarang,” katanya dalam tulisan terbarunya di Facebook hari ini.

Tulis Kadir lagi, lebih mengejutkan apabila kumpulan itu juga menggunakan kuasa eksekutif bagi menekan parti sendiri menggunakan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Amat jelas yang perintah terbaru RoS berkaitan pengangguhan pemilihan parti itu adalah tindakan politik.

“Adakah mereka sedang bersubahat menggunakan kuasa eksekutif untuk menyingkir Ahmad Zahid dan Kluster Mahkamah dengan tujuan mengambil alih kepemimpinan parti itu?

“Atau mereka mahu Umno diharamkan supaya mereka boleh merampasnya dengan sekali lagi mendaftarkan UMNO Baru?,” soalnya.

Jelas Kadir Jasin lagi, sememangnya diakui UMNO sudah lama ‘menderita’ masalah kebolehpercayaan yang teruk di bawah pimpinan Ahmad Zahid.

“Dia  mempunyai kes jenayah di mahkamah dan sering dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakannya menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong akhir tahun lalu bagi menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri adalah bertentangan dengan dasar parti.

“Tetapi bagi pemberontak UMNO yang menganggotai kerajaan PN dan menyokong Mahiaddin, perbuatan mereka menikam parti sendiri adalah hina dan merendahkan martabat mereka sebagai pemimpin.

“Ramai menyokong mereka dalam percubaan menyingkirkan Kluster Mahkamah tapi bukanlah dengan cara tikam curi. Sekarang mereka menderita padahnya.

“Dua orang rakan menteri mereka dan beberapa orang ahli lembaga pengarah GLC telah meletakkan jawatan dan menarik balik sokongan kepada Kerajaan PN dan Mahiaddin. Sekali gus kedudukan mereka sendiri menjadi lemah,” dakwanya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/tindakan-pengecut-lawan-zahid-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Kuasa Eksekutif K Jaan Hentam Parti Sendiri Tindakan Pengecut

Guna Kuasa Eksekutif K Jaan Hentam Parti Sendiri Tindakan Pengecut

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 224 hits
Malaysiakini Bekas pemimpin Bersatu Kadir Jasin membidas pemimpin politik yang menggunakan kuasa eksekutif kerajaan untuk menghentam parti sendiri Kadir merujuk kluster menteri yang disifatkannya menggunakan kedudukan dan kerajaan Perikatan...
Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

Ivermectin Pembangkang Akan Salah Guna Kuasa Menteri Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 326 hits
agendadaily com29 7 2021Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad HashimCadangan supaya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menggunakan kuasanya untuk meluluskan penggunaan ubat antiparasit haiwan Ivermectin bagi...
Sultan Johor Kecewa Pihak Ganggu Kerajaan Cuba Rebut Kuasa

Sultan Johor Kecewa Pihak Ganggu Kerajaan Cuba Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 343 hits
AGENDA DAILY Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan terhadap pemimpin yang menganggu tugas kerajaan tatkala rakyat berada dalam kesusahan su...
Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

Terus Pertahan Kerajaan Pn Apa Lagi Pertahankan Mahiaddin Kedua2nya Adalah Tindakan Derhaka

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 398 hits
Jika kita perhatikan sejak awal lagi penderhakaan terhadap titah Yang Dipertuan Agong ini bukan saja dilakukan oleh Mahiaddin Md Yasin tetapi juga melibatkan seluruh anggota kabinet kerajaan PN Dengan yang demikian Mahiaddin anggota kabinet...
Umno Boleh Selesai Masalah Rakyat Jika Terajui Kerajaan Zahid

Umno Boleh Selesai Masalah Rakyat Jika Terajui Kerajaan Zahid

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 337 hits
Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR UMNO memberi jaminan akan memperbaiki keadaan yang menghimpit rakyat akibat kesan pandemik Covid 19 secepat mungkin sekiranya diberi peluang menerajui kerajaan Persekutuan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid H...
Zahid Sakit Hati Selepas Tpm Tidak Letak Jawatan Mahu Ambil Tindakan

Zahid Sakit Hati Selepas Tpm Tidak Letak Jawatan Mahu Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 444 hits
AGENDA DAILY Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Susulan tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob yang bersama dalam sidang media di Putrajaya semalam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tindakan bakal dike...
Rakan Sulit Sokong 100 Tindakan Zahid Tapi Bukan Untuk Jadi Pm

Rakan Sulit Sokong 100 Tindakan Zahid Tapi Bukan Untuk Jadi Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 235 hits
agendaily com4 8 2021Pakatan Harapan berterima kasih dan menyokong tindakan Zahid Hamidi dan seterunya di dalam MT UMNO yang kali ketiga mengumumkan tidak lagi bersama Perikatan Nasional Tindakan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan seterun...
Pm Mahiaddin Pengecut Tindakan Licik Pn Gantung Tangguh Sidang Parlimen Hari Ini

Pm Mahiaddin Pengecut Tindakan Licik Pn Gantung Tangguh Sidang Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 477 hits
KUALA LUMPUR Penangguhan sidang Parlimen hari ini dilihat sebagai tindakan licik kerajaan Perikatan Nasional mengelak daripada berhadapan dengan Ahli ahli Parlimen pembangkang berikutan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin diyakini tela...
Rentasan 935 Gempar Kini Kerajaan Pn Sudah Hilang Kuasa Eksekutif Seb

Rentasan 935 Gempar Kini Kerajaan Pn Sudah Hilang Kuasa Eksekutif Seb

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 313 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9351 SEMUA ORDINAN DARURAT DIBATAL 21 JULAI RAKYAT DITIPU 2 DATA APA YANG MITI PEGANG 3 ADAKAH PERKENAN YANG DI PERTUAN AGONG SUDAH DIDAPATI 4 KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL BUNUH DIRI
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik