5840 Gencatan Politik Bantu Kerajaan Tumpu Usaha Pulih Negara Berita Harian 04 08 2021


 
KUALA LUMPUR: Gabungan 13 badan bukan kerajaan (NGO) menggesa gencatan politik dilakukan segera oleh semua pihak bagi membolehkan kerajaan menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat dijalankan tanpa gangguan
Langkah itu perlu kerana isu siapa berhak memimpin negara pada masa ini tidak seharusnya timbul ketika semua pihak bergelut dengan pandemik COVID-19 hingga menjejaskan kehidupan.
Koordinator gabungan 13 NGO berkenaan, Ahmad Yazid Othman, berkata kerajaan harus menggunakan kuasa dan masa yang ada dengan memastikan keperluan serta bantuan mencukupi untuk memulihkan negara dengan kerjasama semua pihak.
Beliau berkata, bantuan dirancang jika tergendala pelaksanaannya boleh memberi kesan kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pendidikan dan agenda pembangunan ekonomi hingga menyebabkan usaha negara mencapai imunisasi kelompok turut terjejas.
Bagaimanapun, katanya, jika gencatan politik tidak boleh dicapai dan kerajaan tidak mendapat cukup sokongan, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) difikirkan mampu meredakan kekusutan dan kemelut politik.
"Paling penting, ini bagi membolehkan pemerintah menumpukan perhatian terhadap usaha memulihkan rakyat dan negara tanpa perlu memikirkan siapa perlu menggantikan kerajaan.
"Kepentingan negara dan rakyat perlu melangkaui kepentingan parti atau mana-mana pihak. Jika ahli politik tidak boleh menerima cadangan itu, jadi darurat perlu diteruskan supaya tidak perlu risau kedudukan politik dan fokus kepada usaha menyelamatkan rakyat daripada kesan pandemik COVID-19," katanya kepada BH, hari ini.
Prof Dr Sivamurugan Pandian Tiga belas NGO dalam gabungan itu adalah Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Amal Sejagat Malaysia, Himpunan Anak Kedah SeMalaysia (HaKEM), Gabungan Demi Melayu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM), Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (WADI Malaysia), PAKAR Malaysia, Pertubuhan Sinar Rahmah dan MyVoice Malaysia.
Ahmad Yazid berkata, jika semua kaedah berkenaan tidak mampu menyelesaikan perbalahan politik sekarang, Al-Sultan Abdullah boleh mengusulkan pelantikan Perdana Menteri interim.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian, berkata semua parti mesti melakukan gencatan politik sehingga sidang Parlimen akan datang bagi meredakan seketika polemik yang menjejaskan kestabilan negara.
Katanya, kerajaan sudah membuat ketetapan mengemukakan usul undi percaya di Parlimen yang mendapat perkenan Seri Paduka.
"Istana sudah bersetuju usul itu dibawa. Jadi gencatan politik harus dilakukan segera. Saya khuatir dalam tempoh itu berlaku pembelian akuan bersumpah (SD) atau 'penjualan' wakil rakyat kerana masing-masing mahukan nombor (majoriti)," katanya.
Berdasarkan Takwim Dewan, Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat akan berlangsung 15 hari bermula 6 hingga 30 September depan bagi mesyuarat pertama, diikuti mesyuarat kedua bermula 25 Oktober hingga 16 Disember depan.
Sivamurugan mengakui gencatan politik tidak mudah dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa dalam UMNO.
Dr Jeniri Amir "Kita tidak tahu ke mana UMNO selepas ini, termasuk kedudukan menterinya. Apakah wujud perpecahan dalam UMNO yang turut mendorong kegagalan gencatan politik ini," katanya.
Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain pula berkata, pemimpin politik tidak wajar membuat serangan dalam isu keabsahan kepimpinan.
Katanya, tempoh sebulan sebelum Parlimen bersidang perlu dijadikan zon bertenang untuk semua pihak bertindak secara rasional.
"Saya yakin ketetapan kerajaan membuat usul undi percaya boleh meredakan krisis politik yang berlaku secara muktamad," katanya.
Felo kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Jeniri Amir pula mengalu-alukan usul undi percaya dan yakin ia boleh menghentikan polemik kepimpinan daripada berterusan.
Namun, katanya, usul itu wajar dibawa ke Parlimen segera bagi mengelak krisis berlanjutan yang menjejaskan usaha memulihkan negara.
Dr Mohd Izani Mohd Zain

Artikel oleh: Berita Harian
'GENCATAN POLITIK BANTU KERAJAAN TUMPU USAHA PULIH NEGARA'
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/847286/gencatan-politik-bantu-kerajaan-tumpu-usaha-pulih-negara



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/08/5840-gencatan-politik-bantu-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5844 Ybk Bantu 5 000 Keluarga Terjejas Pandemik Covid 19 Sinar Harian 06 08 2021

5844 Ybk Bantu 5 000 Keluarga Terjejas Pandemik Covid 19 Sinar Harian 06 08 2021

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 352 hits
RAWANG Sebanyak 5 000 keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid 19 sejak Mac tahun lalu mendapat bantuan Yayasan Basmi Kemiskinan Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom memberitahu menerusi kempen Tabung YBK Prihatin yang dilancarkan pad...
Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 302 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara PETALING JAYA Darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dikurniakan ke...
Kerajaan Derhaka Agenda Politik

Kerajaan Derhaka Agenda Politik

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 335 hits
Kerajaan derhaka agenda politik Beberapa hari lalu berlaku krisis pentadbiran yang agak unik antara pihak Eksekutif yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan institusi Yang di Pertuan Agong yang ketika ini Al Sultan Abdu...
Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2021

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 361 hits
Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2021 Bagi murid pelajar lepasan SPM yang berusia 18 hingga 35 tahun permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara kini dibuka sehingga 30 September 2021 Pada bulan Ogos 2001 Penubuhan Institut Kraf N...
10 Ogos 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Tahap Utama Gbp Usd

10 Ogos 2021 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Tahap Utama Gbp Usd

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 407 hits
Sejak bulan Mac pasangan GBPUSD telah bergerak secara mendatar dalam julat pengukuhan yang merangkumi antara 1 3670 hingga 1 4250 yang bertindak sebagai BEKALAN yang menonjol yang mencegah kenaikan harga seterusnya Sebaliknya pasangan GBPUS...
Sudahlah Ahli Politik Kerajaan Langgar Sop Kini Pembangkang Juga Sama

Sudahlah Ahli Politik Kerajaan Langgar Sop Kini Pembangkang Juga Sama

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 275 hits
ismaweb net 3 8 2021Ada yang mula guna hujah berhimpun sebahagian daripada hak asasiBANGI 24 Zulhijjah 1442H Selasa Perarakan yang dilakukan oleh ahli politik pembangkang semalam hanya akan mencetuskan dampak yang negatif kepada persepsi ma...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force