Guardian Menerima Anugerah Jenama Putra 2021


GUARDIAN MENERIMA ANUGERAH JENAMA PUTRA 2021 | Assalammualaikum semua! Sekalung tahniah kepada jenama farmasi kegemaran Ruby iaitu Guardian Malaysia. Bukan biasa-biasa Guardian terus capai impian. Mereka juga melalui pelbagai fasa. Ini kerana, Guardian bermula sebagai kedai fizikal sahaja. Kemudian mula merancang promosi hebat saban bulan untuk memberi kita rakyat Malaysia terus menjalani gaya hidup sihat.
Fasa paling Ruby nantikan dari Guardian adalah untuk mereka menual di dalam talian. Laman web dan aplikasi juga telah mereka bangunkan. Walau mereka agak lewat dari jenama farmasi lain, namun apabila di lihat kembali. Mereka sentiasa melayani permintaan pelanggan sehingga ke hari ini! Ruby tunggu lagi satu dari Guardian. Bila nak buat royalty membership card?? Boleh kumpul mata ganjaran dan menang hadiah best. 
Peraduan-peraduan yang dilaksanakan oleh Guardian sangat legit tau! Mereka pilih pemenang dan beri hadiah. Ruby pun pernah menang peraduan dari Guardian, mudah je. Beli barang dan submit resit. Siap! Nanti nak join lah peraduan terkini, moga-moga boleh menang kerusi urut kan? Hehehe.
ANUGERAH JENAMA PUTRA 2021 DIMILIKI OLEH GUARDIAN MALAYSIAKomitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti pada nilai hebat dan keupayaan untuk menggerakkan perniagaan bersesuaian dengan persekitaran pasaran yang mencabar dan pantas berubah adalah antara sebab Guardian Malaysia telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini.


Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata; “Kemenangan dan penghormatan yang luar biasa ini adalah hasil kerja berpasukan yang cemerlang serta kerja keras yang diberikan oleh semua orang di Guardian Malaysia termasuklah rakan-rakan perniagaan kami. 
Hakikat bahawa kami telah memenangi anugerah idaman iaitu Anugerah Platinum (Kategori Runcit) pada tahun yang sangat mencabar seperti 2021, dimana wabak Covid masih berleluasa, lengkap dengan sekatan dan kawalan pergerakan, menjadikan kemenangan ini sangat manis dan bermakna.
Ia juga merupakan ganjaran di atas usaha yang telah kami lakukan, dan untuk memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan dengan memberikan nilai hebat untuk membantu pelanggan melalui masa yang sukar. Kami sangat gembira usaha kami tidak sia-sia. Untuk diundi oleh rakyat Malaysia sebagai peruncit utama mengatasi lautan jenama terkenal adalah satu penghormatan yang sangat besar,” tambah beliau. 

‘JUALAN TERIMA KASIH’ TANDA PENGHARGAAN BUAT PELANGGANSebagai tanda terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi, Guardian telah mengadakan ‘Jualan Terima Kasih’ bermula pada 1 Mac hingga 27 Mac 2022.


“Saya ingin berterima kasih kepada semua pelanggan kami di atas kepercayaan, sokongan dan kerana mengundi kami. Ia sentiasa menjadi misi Guardian untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan yang sihat dan indah - setiap hari. Dan kami gembira kerana pelanggan kamimemahami misi kami.
“‘Jualan Terima Kasih’ yang kami adakan ini menawarkan lebih daripada 700 produk kesihatan dan kecantikan yang ditawarkan secara Beli 1 Percuma 1 dan turut menampilkan peraduan Beli & Menang dengan hadiah bernilai RM300,000 untuk dimenangi oleh 10,000 pemenang. Lima Kerusi Urut OGAWA iMelody, 20 jam Tag Heuer Aquaracer adalah antara hadiah yang ditawarkan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah membuat pembelian minimum RM30 untuk mendapatkan kad peraduan dan kod QR untuk memuatnaik gambar atau imbasan resit mereka untuk menyertainya,” jelas Soren.
“Tidak perlu dijelaskan, kami juga telah mempergiatkan usaha untuk memastikan kami terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan memperkenalkan teknologi terkini untuk pengalaman pengguna yang lebih baik. Sebagai contoh, kami telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih Guardian baru-baru ini dengan lebih banyak ciri menarik, kemudahan 24/7 dan tawaran- tawaran app-klusif,” tambah Soren.

KEMPEN LIVE HEALTH SMARTSelain itu, Guardian Malaysia juga telah melancarkan kempen baru Live Health Smart, satu inisiatif untuk membantu pelanggan mereka hidup lebih sihat, lebih bijak menerusi pengetahuan produk yang lebih luas dan akses kepada nasihat profesional daripada ahli-ahli farmasi Guardian.
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Guardian melancarkan satu siri pendidikan untuk melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan tentang cara mencegah dan mengendalikan penyakit biasa seperti diabetes, kesihatan jantung, kesihatan kulit dan kesihatan umum. Selain itu, lebih banyak jenama dan pilihan produk yang lebih luas akan disediakan bagi memastikan pelanggan mempunyai pilihan sihat yang lebih banyak.

“Lagipun, kami memiliki reputasi dan legasi sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai dan pemenang Stor Kegemaran Malaysia untuk dipertahankan. Kini kami perlu meningkatkan tahap perkhidmatan dan nilai yang kami tawarkan,” kata Soren.
Anugerah Jenama Putra merupakan anugerah pengiktirafan jenama yang paling berprestij oleh industri pemasaran dan komunikasi Malaysia. Ia adalah anugerah jenama yang disokong oleh MATRADE dan SATU-SATUNYA anugerah yang dipilih oleh orang ramai.
Tahun ini, lebih 11,000 responden daripada pengguna di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur telah mengambil bahagian dalam kajiselidik pilihan pengguna yang dikendalikan oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas untuk menentukan jenama-jenama kegemaran mereka merentasi 24 kategori produk dan perkhidmatan yang berbeza. Dalam setiap kategori, Platinum, Emas, Perak dan/atau Gangsa akan dianugerahkan kepada jenama yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
GUARDIAN | FACEBOOK


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/03/guardian-menerima-anugerah-jenama-putra.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guardian Menang Anugerah Jenama Putra 2021 Jualan Terima Kasih Tanda Penghargaan Buat Pelanggan

Guardian Menang Anugerah Jenama Putra 2021 Jualan Terima Kasih Tanda Penghargaan Buat Pelanggan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 191 hits
Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti pada nilai hebat dan keupayaan untuk menggerakkan perniagaan bersesuaian dengan persekitaran pasaran yang mencabar dan pantas berubah adalah antara ...
Guardian Buat Jualan Terima Kasih Setelah Menang Besar Anuegrah Jenama Putra 2021

Guardian Buat Jualan Terima Kasih Setelah Menang Besar Anuegrah Jenama Putra 2021

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 161 hits
Sekalung tahniah buat Guardian Malaysia kerana telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru baru ini Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan ...
Anugerah Guardian 2021 Kini Kembali

Anugerah Guardian 2021 Kini Kembali

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 169 hits
Undi Jenama Kesihatan dan Kecantikan kegemaran anda dan rebut peluang memenangi hadiah hebat berjumlah RM50 000Kuala Lumpur 19 Julai 2021 Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi kesihatan dan kecantikan...
Gilang Gemilang Majlis Anugerah Graduasi 2021 Sekolah Menengah Setiabudi

Gilang Gemilang Majlis Anugerah Graduasi 2021 Sekolah Menengah Setiabudi

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 234 hits
Assalamualaikum semua Penuh gilang gemilang itu lah BBL boleh ucapkan selepas menghadiri Majlis Anugerah Graduasi 2021 Sekolah Menengah Setiabudi yang meraikan pelajar pelajar tingkatan 5 Kohort 2021 ini Buat julung kali selepas pandemik Co...
33 Budaya Negara Dipersembahkan Dalam National Costume Peserta Mister Global 2021

33 Budaya Negara Dipersembahkan Dalam National Costume Peserta Mister Global 2021

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 261 hits
Selepas berehat selama dua tahun pertandingan beauty pegeant lelaki Mister Global telah kembali dengan peserta baharu dari seluruh dunia Dalam penganjuran yang ke 7 pertandingan unik ini lelaki dari 33 dari negara berbeza berentap di Mahasa...
Pau 2021 Kini Umno Bermusuh Dengan Semua Parti Mahu Pru 15 Segera

Pau 2021 Kini Umno Bermusuh Dengan Semua Parti Mahu Pru 15 Segera

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 196 hits
agendaily com20 3 2022Perhimpunan Agung UMNO 2021 Perhimpunan Agung UMNO 2021 melabuhkan tirainya hari ini dengan mengisytiharkan semua parti lawan adalah musuh mereka lebih malang lagi PAS yang dahulunya dianggap sahabat kini pun dianggap ...
Pau 2021 Umno Akan Kembalikan Kegemilangan Dan Tentukan Hala Tuju Negara

Pau 2021 Umno Akan Kembalikan Kegemilangan Dan Tentukan Hala Tuju Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 138 hits
KUALA LUMPUR UMNO yakin mampu mengembalikan kegemilangan negara dalam pelbagai bidang terutama ekonomi dan kebajikan rakyat seperti yang di laksanakannya dahulu apabila mendesak Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan seger...
Pau 2021 Zahid Hamidi Berjaya Mengembalikan Umno Terajui Kerajaan

Pau 2021 Zahid Hamidi Berjaya Mengembalikan Umno Terajui Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 126 hits
KUALA LUMPUR Meskipun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditohmah sebagai Presiden UMNO yang tiada hala tuju namun beliau berjaya mengembalikan UMNO untuk menerajui beberapa negeri seperti Perak Melaka dan Johor malah kerajaan Pusat Setiausah...
Pengumuman Pm Dalam Pau 2021 Benar Benar Melegakan Rakyat

Pengumuman Pm Dalam Pau 2021 Benar Benar Melegakan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 119 hits
PENGUMUMAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 dilihat lebih realistik kepada rakyat ketika berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi Pengumuman tersebut dianggap bakal membantu meringankan beban ra...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran