Guardian Buat Jualan Terima Kasih Setelah Menang Besar Anuegrah Jenama Putra 2021
Sekalung tahniah buat Guardian Malaysia kerana telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini.
Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti pada nilai hebat dan keupayaan untuk menggerakkan perniagaan bersesuaian dengan persekitaran pasaran yang mencabar dan pantas berubah adalah antara sebab Guardian Malaysia telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini.
Menurut Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, "kemenangan dan penghormatan yang luar biasa ini adalah hasil kerja berpasukan yang cemerlang serta kerja keras yang diberikan oleh semua orang di Guardian Malaysia termasuklah rakan-rakan perniagaan kami.
“Hakikat bahawa kami telah memenangi anugerah idaman iaitu Anugerah Platinum (Kategori Runcit) pada tahun yang sangat mencabar seperti 2021, dimana wabak Covid masih berleluasa, lengkap dengan sekatan dan kawalan pergerakan, menjadikan kemenangan ini sangat manis dan bermakna.”
“Ia juga merupakan ganjaran di atas usaha yang telah kami lakukan, dan untuk memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan dengan memberikan nilai hebat untuk membantu pelanggan melalui masa yang sukar. Kami sangat gembira usaha kami tidak sia-sia. Untuk diundi oleh rakyat Malaysia sebagai peruncit utama mengatasi lautan jenama terkenal adalah satu penghormatan yang sangat besar,” tambah beliau.
Penghargaan Guardian Buat Para Pelanggan
Sebagai tanda terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi, Guardian telah mengadakan ‘Jualan Terima Kasih’ bermula pada 1 Mac hingga 27 Mac 2022.
“Saya ingin berterima kasih kepada semua pelanggan kami di atas kepercayaan, sokongan dan kerana mengundi kami. Ia sentiasa menjadi misi Guardian untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan yang sihat dan indah - setiap hari. Dan kami gembira kerana pelanggan kami memahami misi kami
Banyak Tawaran Menarik Sempena Jualan Terima Kasih
‘Jualan Terima Kasih’ yang kami adakan ini menawarkan lebih daripada 700 produk kesihatan dan kecantikan yang ditawarkan secara Beli 1 Percuma 1 dan turut menampilkan peraduan Beli & Menang dengan hadiah bernilai RM300,000 untuk dimenangi oleh 10,000 pemenang.
Lima Kerusi Urut OGAWA iMelody, 20 jam Tag Heuer Aquaracer adalah antara hadiah yang ditawarkan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah membuat pembelian minimum RM30 untuk mendapatkan kad peraduan dan kod QR untuk memuatnaik gambar atau imbasan resit mereka untuk menyertainya,” jelas Soren.
“Tidak perlu dijelaskan, kami juga telah mempergiatkan usaha untuk memastikan kami terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan memperkenalkan teknologi terkini untuk pengalaman pengguna yang lebih baik. Sebagai contoh, kami telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih Guardian baru-baru ini dengan lebih banyak ciri menarik, kemudahan 24/7 dan tawaran-tawaran app-klusif,” tambah Soren
Kempen Live Health Smart
Selain itu, Guardian Malaysia juga telah melancarkan kempen baru Live Health Smart, satu inisiatif untuk membantu pelanggan mereka hidup lebih sihat, lebih bijak menerusi pengetahuan produk yang lebih luas dan akses kepada nasihat profesional daripada ahli-ahli farmasi Guardian.
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Guardian melancarkan satu siri pendidikan untuk melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan tentang cara mencegah dan mengendalikan penyakit biasa seperti diabetes, kesihatan jantung, kesihatan kulit dan kesihatan umum. Selain itu, lebih banyak jenama dan pilihan produk yang lebih luas akan disediakan bagi memastikan pelanggan mempunyai pilihan sihat yang lebih banyak.
“Lagipun, kami memiliki reputasi dan legasi sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai dan pemenang Stor Kegemaran Malaysia untuk dipertahankan. Kini kami perlu meningkatkan tahap perkhidmatan dan nilai yang kami tawarkan,” kata Soren.
Anugerah Jenama Putra merupakan anugerah pengiktirafan jenama yang paling berprestij oleh industri pemasaran dan komunikasi Malaysia. Ia adalah anugerah jenama yang disokong oleh MATRADE dan merupakan satu-satunya anugerah yang dipilih oleh orang ramai.
Tahun ini, lebih 11,000 responden daripada pengguna di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur telah mengambil bahagian dalam kajiselidik pilihan pengguna yang dikendalikan oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas untuk menentukan jenama-jenama kegemaran mereka merentasi 24 kategori produk dan perkhidmatan yang berbeza. Dalam setiap kategori, Platinum, Emas, Perak atau Gangsa akan dianugerahkan kepada jenama yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia
Sekali lagi tahniah buat Guardian!
Lurve,Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/03/guardian-buat-jualan-terima-kasih-buat.html