Anugerah Guardian 2021 Kini Kembali




Undi Jenama Kesihatan dan Kecantikan kegemaran anda dan
rebut peluang memenangi hadiah hebat berjumlah RM50,000



Kuala Lumpur, 19 Julai 2021:   

Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam industri kepada pelanggannya. Guardian turut terkenal sebagai pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti menerusi kerja keras pasukan ahli farmasi profesionalnya yang ramai.

Reputasi yang dicemburui yang diraih oleh Guardian ini merupakan hasil daripada komitmennya yang sentiasa mengutamakan pelanggan!

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty berkata:





“Di Guardian, pelanggan adalah nadi dalam segala usaha yang kami lakukan. Kami mendengar keperluan mereka dan berhati-hati dalam menyampaikan kecantikan yang bersifat sihat serta berpatutan untuk mereka. Kami menyediakan produk keperluan kesihatan dan kecantikan tanpa kompromi dari segi nilai dan kualiti kepada para pelanggan

“Kami juga merasakan bahawa pelanggan kami lebih mengetahui dan merupakan pakar dalam menentukan jenama yang sesuai untuk mereka. Itulah tujuan kami mengadakan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan tahun ini.

“Peraduan penghargaan jenama tahunan yang sangat popular ini benar-benar memberi suara kepada pelanggan kami dalam memilih jenama-jenama Kesihatan dan Kecantikan TERBAIK yang boleh didapati di semua stor Guardian dari perspektif mereka.

“Saya yakin bahawa Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan akan kekal sebagai anugerah yang paling berprestij dan definitif dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat. Ia memberikan gambaran yang bebas dan adil terhadap jenama yang telah memberi impak paling besar kepada pelanggan. Jenama juga akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang pemilihan jenama yang dibuat oleh pengguna.”

 
 


Peraduan tersebut akan menyaksikan lebih daripada 107 jenama mengambil bahagian dengan lebih 410 produk bertarung merebut 75 anugerah dalam ENAM kategori utama iaitu; Jenama Baru Terbaik, Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.

Kategori Jenama Baru Terbaik menampilkan jenama-jenama baru dan trend yang baru diperkenalkan kepada Guardian.

Untuk kategori Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Guardian telah menjemput tujuh  orang influencer popular di Malaysia, yang menepati profil pelanggan sebenar sebagai pelanggan Guardian, untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan terbaik pilihan mereka dalam kategori yang mereka minati.

Sebagai contoh, kami telah menjemput pelakon dan penyanyi popular Izzue Islam untuk memilih produk-produk dalam kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Lelaki manakala hos dan penyampai radio, Joe Chang pula memilih produk kegemaran beliau dari kategori Penjagaan Diri Untuk Lelaki.

Untuk produk kategori Penjagaan Peribadi Untuk Wanita, kami telah meminta bintang  gaya hidup dan kecantikan di Youtube, Bella Khan dan Coco untuk memilih kegemaran mereka. Untuk kategori Penjagaan Kulit Untuk Wanita, kami menjemput Anna Khayalan, seorang pengeluar kandungan digital popular dan untuk kategori Solekan Wanita, kami menjemput jurusolek artis profesional Nurul Hazirah untuk memilih kegemaran beliau. Akhir sekali, untuk kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Wanita, kami menjemput ratu kecantikan, pencipta kandungan dan ibu kepada seorang anak, Elecher Lee untuk memilih produk penjagaan kesihatan wanita terbaik kegemaran beliau.







Pelanggan Guardian boleh menyaksikan video ulasan produk kegemaran mereka oleh influencer di dalam talian di http://awards.guardian.com.my.

Penyertaan untuk peraduan ini adalah PERCUMA, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang keseluruhan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan.

Undian dibuka dari sekarang sehingga 27 Julai 2021, dan semua pengundian adalah secara dalam talian. Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.mymenerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi. Had nombor penyertaan juga tidak dikenakan. 

Setelah undian dibuat, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus di Stor Dalam Talian Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung.

Semua pelanggan yang mengundi berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000 termasuk sebuah Hadiah Utama iaitu VESPA PRIMAVERA S150.

“Selari dengan peningkatan dalam pembelian dalam talian kerana sekatan PKP, kami percaya lebih ramai pelanggan akan mengundi dalam Anugerah kali ini. Ia pasti menarik untuk mengetahui jenama mana yang paling banyak memberi impak sepanjang persekitaran pandemik.

Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan adalah sebuah platform undian pelanggan yang benar-benar unik yang lebih relevan hari ini  kerana Guardian didorong untuk berhubung, berinteraksi dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku pelanggan yang sentiasa berubah dan berkembang terutamanya dalam tempoh Covid-19 ini.

“Jadi kepada semua pelanggan di luar sana, mulalah mengundi untuk menyuarakan pilihan anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat,” kata Anna.


Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan dan tentang pengundian, sila layari http://awards.guardian.com.my.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.comelcomot.com/2021/07/anugerah-guardian-2021-kini-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guardian Menerima Anugerah Jenama Putra 2021

Guardian Menerima Anugerah Jenama Putra 2021

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 289 hits
GUARDIAN MENERIMA ANUGERAH JENAMA PUTRA 2021 Assalammualaikum semua Sekalung tahniah kepada jenama farmasi kegemaran Ruby iaitu Guardian Malaysia Bukan biasa biasa Guardian terus capai impian Mereka juga melalui pelbagai fasa Ini kerana Gua...
Guardian Menang Anugerah Jenama Putra 2021 Jualan Terima Kasih Tanda Penghargaan Buat Pelanggan

Guardian Menang Anugerah Jenama Putra 2021 Jualan Terima Kasih Tanda Penghargaan Buat Pelanggan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 210 hits
Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti pada nilai hebat dan keupayaan untuk menggerakkan perniagaan bersesuaian dengan persekitaran pasaran yang mencabar dan pantas berubah adalah antara ...
Guardian Buat Jualan Terima Kasih Setelah Menang Besar Anuegrah Jenama Putra 2021

Guardian Buat Jualan Terima Kasih Setelah Menang Besar Anuegrah Jenama Putra 2021

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 177 hits
Sekalung tahniah buat Guardian Malaysia kerana telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru baru ini Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan ...
Popular Dek Pachinko Kini Lakonan Kim Minha Dalam School 2017 Kembali Tular

Popular Dek Pachinko Kini Lakonan Kim Minha Dalam School 2017 Kembali Tular

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 262 hits
Ada tak yang seronok melayan Pachinko kini Mungkin ramai yang menontonnya kerana Lee Min ho dan Youn Yuh jung tapi tak dinafikan bahawa Kim Min ha yang membawa watak Sun ja semasa muda mula menambat hati ramai dek wajahnya yang menawan sela...
Rafizi Jadual Kini Kembali Berubah

Rafizi Jadual Kini Kembali Berubah

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 158 hits
BALANCING ACT Satu perkara yang saya belajar dari pengalaman lepas ialah supaya aturan hidup kita semuanya seimbang Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan jadual baru Sebelum ini sepenuh masa saya hanyalah untuk isteri anak dan keluarga k...
Pau 2021 Kini Umno Bermusuh Dengan Semua Parti Mahu Pru 15 Segera

Pau 2021 Kini Umno Bermusuh Dengan Semua Parti Mahu Pru 15 Segera

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 214 hits
agendaily com20 3 2022Perhimpunan Agung UMNO 2021 Perhimpunan Agung UMNO 2021 melabuhkan tirainya hari ini dengan mengisytiharkan semua parti lawan adalah musuh mereka lebih malang lagi PAS yang dahulunya dianggap sahabat kini pun dianggap ...
Gilang Gemilang Majlis Anugerah Graduasi 2021 Sekolah Menengah Setiabudi

Gilang Gemilang Majlis Anugerah Graduasi 2021 Sekolah Menengah Setiabudi

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 253 hits
Assalamualaikum semua Penuh gilang gemilang itu lah BBL boleh ucapkan selepas menghadiri Majlis Anugerah Graduasi 2021 Sekolah Menengah Setiabudi yang meraikan pelajar pelajar tingkatan 5 Kohort 2021 ini Buat julung kali selepas pandemik Co...
Siti Badriah Akhirnya Melahirkan Anak Pertamanya Kini Resmi Jadi Ibu

Siti Badriah Akhirnya Melahirkan Anak Pertamanya Kini Resmi Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 214 hits
Memiliki berat 3 8 kg bayi berjenis kelamin perempuan tersebut lahir melalui proses persalinan caesar Selamat
Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3 391 236 orang sementara bilangan cawangannya berjumlah 22 274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara Setiausaha Agung UMNO Datuk S...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu