Guardian Menang Anugerah Jenama Putra 2021 Jualan Terima Kasih Tanda Penghargaan Buat Pelanggan


Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti pada nilai hebat dan keupayaan untuk menggerakkan perniagaan bersesuaian dengan persekitaran pasaran yang mencabar dan pantas berubah adalah antara sebab Guardian Malaysia telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini


Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;“Kemenangan dan penghormatan yang luar biasa ini adalah hasil kerja berpasukan yang cemerlang serta kerja keras yang diberikan oleh semua orang di Guardian Malaysia termasuklah rakan-rakan perniagaan kami.
“Hakikat bahawa kami telah memenangi anugerah idaman iaitu Anugerah Platinum (Kategori Runcit) pada tahun yang sangat mencabar seperti 2021, dimana wabak Covid masih berleluasa, lengkap dengan sekatan dan kawalan pergerakan, menjadikan kemenangan ini sangat manis dan bermakna.”
“Ia juga merupakan ganjaran di atas usaha yang telah kami lakukan, dan untuk memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan dengan memberikan nilai hebat untuk membantu pelanggan melalui masa yang sukar. Kami sangat gembira usaha kami tidak sia-sia. Untuk diundi oleh rakyat Malaysia sebagai peruncit utama mengatasi lautan jenama terkenal adalah satu penghormatan yang sangat besar,” tambah beliau.
Sebagai tanda terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi, Guardian telah mengadakan ‘Jualan Terima Kasih’ bermula pada 1 Mac hingga 27 Mac 2022


“Saya ingin berterima kasih kepada semua pelanggan kami di atas kepercayaan, sokongan dan kerana mengundi kami. Ia sentiasa menjadi misi Guardian untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan yang sihat dan indah - setiap hari. Dan kami gembira kerana pelanggan kami memahami misi kami.
“‘Jualan Terima Kasih’ yang kami adakan ini menawarkan lebih daripada 700 produk kesihatan dan kecantikan yang ditawarkan secara Beli 1 Percuma 1 dan turut menampilkan peraduan Beli & Menang dengan hadiah bernilai RM300,000 untuk dimenangi oleh 10,000 pemenang. Lima Kerusi Urut OGAWA iMelody, 20 jam Tag Heuer Aquaracer adalah antara hadiah yang ditawarkan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah membuat pembelian minimum RM30 untuk mendapatkan kad peraduan dan kod QR untuk memuatnaik gambar atau imbasan resit mereka untuk menyertainya,” jelas Soren. 
“Tidak perlu dijelaskan, kami juga telah mempergiatkan usaha untuk memastikan kami terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan memperkenalkan teknologi terkini untuk pengalaman pengguna yang lebih baik. Sebagai contoh, kami telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih Guardian baru-baru ini dengan lebih banyak ciri menarik, kemudahan 24/7 dan tawaran-tawaran app-klusif,” tambah Soren.
Selain itu, Guardian Malaysia juga telah melancarkan kempen baru Live Health Smart, satu inisiatif untuk membantu pelanggan mereka hidup lebih sihat, lebih bijak menerusi pengetahuan produk yang lebih luas dan akses kepada nasihat profesional daripada ahli-ahli farmasi Guardian

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Guardian melancarkan satu siri pendidikan untuk melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan tentang cara mencegah dan mengendalikan penyakit biasa seperti diabetes, kesihatan jantung, kesihatan kulit dan kesihatan umum. Selain itu, lebih banyak jenama dan pilihan produk yang lebih luas akan disediakan bagi memastikan pelanggan mempunyai pilihan sihat yang lebih banyak


“Lagipun, kami memiliki reputasi dan legasi sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai dan pemenang Stor Kegemaran Malaysia untuk dipertahankan. Kini kami perlu meningkatkan tahap perkhidmatan dan nilai yang kami tawarkan,” kata Soren.
Anugerah Jenama Putra merupakan anugerah pengiktirafan jenama yang paling berprestij oleh industri pemasaran dan komunikasi Malaysia. Ia adalah anugerah jenama yang disokong oleh MATRADE dan SATU-SATUNYA anugerah yang dipilih oleh orang ramai

Tahun ini, lebih 11,000 responden daripada pengguna di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur telah mengambil bahagian dalam kajiselidik pilihan pengguna yang dikendalikan oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas untuk menentukan jenama-jenama kegemaran mereka merentasi 24 kategori produk dan perkhidmatan yang berbeza. Dalam setiap kategori, Platinum, Emas, Perak dan/atau Gangsa akan dianugerahkan kepada jenama yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Love, 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2022/03/guardian-menang-anugerah-jenama-putra.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guardian Buat Jualan Terima Kasih Setelah Menang Besar Anuegrah Jenama Putra 2021

Guardian Buat Jualan Terima Kasih Setelah Menang Besar Anuegrah Jenama Putra 2021

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 204 hits
Sekalung tahniah buat Guardian Malaysia kerana telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru baru ini Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan ...
Guardian Menerima Anugerah Jenama Putra 2021

Guardian Menerima Anugerah Jenama Putra 2021

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 342 hits
GUARDIAN MENERIMA ANUGERAH JENAMA PUTRA 2021 Assalammualaikum semua Sekalung tahniah kepada jenama farmasi kegemaran Ruby iaitu Guardian Malaysia Bukan biasa biasa Guardian terus capai impian Mereka juga melalui pelbagai fasa Ini kerana Gua...
Terima Anugerah Kick Andy Heroes Iwan Dento Ucapkan Terima Kasih Kepada Mentan Syl

Terima Anugerah Kick Andy Heroes Iwan Dento Ucapkan Terima Kasih Kepada Mentan Syl

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 218 hits
Iwan tak kuasa menahan haru karena perjuangannya selama ini mendapat apresiasi dari banyak pihak termasuk dukungan Syahrul Yasin Limpo sejak dia menjabat sebagai Gubernur Sulawesi Selatan hingga Menteri Pertanian
Megawati Terima Penghargaan Atas Kemampuan Selesaikan Krisis Moneter 1998

Megawati Terima Penghargaan Atas Kemampuan Selesaikan Krisis Moneter 1998

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 235 hits
Penghargaan itu diserahkan langsung oleh Chairman dan founder CT Corp Chairul Tanjung Chairul menjelaskan dari hasil pengamatan dan riset CNBC Indonesia Megawati berjasa dalam bidang ekonomi terutama dalam penyelesaian krisis moneter 1998 s...
Anwar Ibrahim Terima Kasih Dan Undilah Keadilan Dan Ph

Anwar Ibrahim Terima Kasih Dan Undilah Keadilan Dan Ph

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 282 hits
ANWAR IBRAHIMAlhamdulillah selesai selama 2 minggu tempoh berkempen untuk Pilihanraya Negeri Johor Saya ingin zahirkan rasa terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak samada di peringkat KEADILAN mahupun PH jentera parti dan a...
Terima Kasih 8 Juta Pageviews

Terima Kasih 8 Juta Pageviews

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum Hi korang SA nak ucapkan ribuan terima kasih yang x terhingga pada koramg yang sudi bertandang ke blog SA selama ni dan korang la penyumbang pageviews sampai cecah 8 juta ni semalam dh reach 8 juta dah dan hari ni pun dh leb...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Made In Gaza Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat Palestin Sendiri

Terima Kasih Rakyat Malaysia Made In Gaza Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat Palestin Sendiri

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 461 hits
Terima Kasih Rakyat Malaysia Made In Gaza Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat Palestin Sendiri Dengan kerjasama NGO Cinta Gaza Malaysia bersama sama MyAqsa Defenders Pertahanan Awam Palestin kini akhirnya berjaya memiliki trak bomba pertama bu...
Syukur Tangguh Roboh Terima Kasih Dbkl Wacanakini 24 03 2022

Syukur Tangguh Roboh Terima Kasih Dbkl Wacanakini 24 03 2022

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 287 hits
PANTAI DALAM Pengusaha Restoran Anis Puteri Rozita Mohamad 53 meluahkan rasa syukur atas pertimbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana menangguhkan roboh benteng halang hakisan bersebelahan Taman Pantai Dalam selama dua minggu Operasi ro...
Dah Jumpa 2 Minggu Menghilang Midnight Kembali Ke Pangkuan Keluarga Rosyam Nor Ucap Terima Kasih Kepada Yang Membantu

Dah Jumpa 2 Minggu Menghilang Midnight Kembali Ke Pangkuan Keluarga Rosyam Nor Ucap Terima Kasih Kepada Yang Membantu

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 246 hits
Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menguar uarkan berita tentang kehilangan kucing kesayangannya Midnight Rosyam menerusi hantaran terkini di laman sosial Instagram berkata ...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

10 000 Pengunjung Memeriahkan Konsert Ulang Tahun Ke 20 Mr D I Y Yang Penuh Gemerlapan

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia

Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis