Guan Eng Dikecam Kaitkan Pas Dalam Isu Hannah Bertudung


Manzaidi Mohd Amin Ir. Khairil Nizam Khirudin KUALA LUMPUR – Pas memberi amaran kepada DAP agar tidak mengaitkan parti itu dengan krisis dalaman yang berlaku antara seorang pemimpinnya di Johor dengan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Ketua Penerangan Pas Malaysia, Ir. Khairil Nizam Khirudin mempertikaikan kenapa Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau menegur Hannah memakai tudung ketika memasuki sebuah masjid di Segambut namun Pas pula yang dikaitkan.
Apa kena mengena Pas dengan ‘perbalahan’ dua pemimpin DAP itu, soalnya.
“Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) cuba mengaitkan teguran pemimpinnya Dr. Boo dari DAP Johor dengan Pas amat mengejutkan.
“Pas bukan parti ekstrim, apatah lagi mahu mengawal apa yang boleh dan tidak boleh dipakai oleh wanita, terutama yang bukan Islam,” katanya menjawab kenyataan Guan Eng hari ini.
Baru-baru ini, Dr. Boo menerusi hantaran Facebooknya menyindir tindakan pemimpin DAP peringkat pusat, Hannah memakai tudung ketika memasuki sebuah masjid.
Beliau menyifatkan, taktik cetek itu bagi memancing undi tidak akan mendapat sokongan malah akan dihina oleh bukan sahaja oleh bangsa sendiri tetapi juga hilang penghormatan oleh bangsa lain.
“Saya tidak perlu pun memakai seumpama ulama atau pakaian Islam untuk mendekati masyarakat Melayu, malah saya sentiasa membantu mana-mana komuniti dengan hati yang jujur dan ikhlas.
Bagaimanapun, teguran itu dibalas Guan Eng yang membandingkan Dr. Boo dengan pemimpin Pas yang ekstrim dan menganggap parti itu sebagai ketinggalan zaman kerana mahu mengawal cara berpakaian golongan wanita.
Menurut Ir. Khairil Nizam, selama ini tidak seorang pun pemimpin Pas membuat kritikan atau memberi komen ke atas insiden yang tular berkenaan Hannah memasuki sebuah masjid dengan memakai tudung.
Katanya, yang menyelar tindakan itu adalah pemimpin DAP Johor yang menyifatkannya perbuatan Hannah sekadar helah untuk menarik sokongan orang Melayu, sedangkan umum tahu apa yang DAP lakukan.
“Guan Eng sepatutnya berpolitik secara matang bukan cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada krisis kepimpinan dan krisis identitinya yang semakin membarah kebelakangan ini.
“Adalah amat tidak bertanggungjawab sekali bagi pemimpin kanan DAP itu untuk secara tiba-tiba melibatkan Pas dalam krisis dalaman parti cauvinis itu,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Guan Eng itu sebagai cubaan untuk mengelirukan rakyat dan ahlinya sendiri menjelang pemilihan pemimpin tertinggi parti itu dalam Kongres Kebangsaan DAP.
Katanya, kongres itu sepatutnya diadakan 20 Jun lalu tetapi ditangguh ke satu tarikh yang bakal ditetapkan kelak dengan menggunakan alasan penularan kes wabak Covid-19 yang sangat tinggi ketika itu.
Menurut beliau, dasar perjuangan Islam tidak sesekali menjadikan pemimpin Pas ekstremis, tidak bertolak ansur, ketinggalan zaman dan regresif, khususnya dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
“Pas sentiasa istiqamah dalam soal prinsip, tetapi anjal dalam soal pendekatan, termasuk menangani hak bukan muslim di negeri milik Pas,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/guan-eng-dikecam-kaitkan-pas-dalam-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Jadi Macam Pelampau Pas Guan Eng Bidas Ahli Dap Tegur Hannah Yeoh Bertudung Di Masjid

Jangan Jadi Macam Pelampau Pas Guan Eng Bidas Ahli Dap Tegur Hannah Yeoh Bertudung Di Masjid

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 443 hits
December 4 2021 Hannah Yeoh memakai selendang ketika melawat sebuah masjid di Kuala Lumpur minggu lalu PETALING JAYA Seorang pemimpin DAP Johor hari ini diselar Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng kerana mengkritik tindakan Ahli Parlimen Segam...
Pmd Allocation Passes With No Bloc Vote Despite Guan Eng S Earlier Call

Pmd Allocation Passes With No Bloc Vote Despite Guan Eng S Earlier Call

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 252 hits
PARLIAMENT The allocation for the Prime Minister s Department under Budget 2022 has passed its committee stage with a voice vote in the Dewan Rakyat today This was despite DAP secretary general Lim Guan Eng urging on Saturday for his fellow...
Pulau Jerejak Issue Teng Apologises To Guan Eng Settles Defamation Suit

Pulau Jerejak Issue Teng Apologises To Guan Eng Settles Defamation Suit

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 228 hits
Former Penang chief minister Lim Guan Eng s defamation suit against the state s former BN chairperson Teng Chang Yeow over an article on Pulau Jerejak has been resolved after Teng apologised to Lim in the High Court in George Town today Ten...
Kes Guan Eng Nazri Aziz Akui Terima Rm500k Tapi Untuk Baiki Sekolah

Kes Guan Eng Nazri Aziz Akui Terima Rm500k Tapi Untuk Baiki Sekolah

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 244 hits
AGENDA DAILY Bekas Menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mengakui menerima RM500 000 daripada Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli tetapi ianya adalah sumbangan untuk memper...
Pulau Jerejak Teng Mohon Maaf Kepada Guan Eng Kes Saman Selesai

Pulau Jerejak Teng Mohon Maaf Kepada Guan Eng Kes Saman Selesai

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 270 hits
Pada April 2017 Lim Guan Eng memfailkan saman menamakan Teng Chang Yeow yang juga bekas Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Pengarang Berita Star Media Group Berhad David Tan dan wartawan Crystal Chiam Shiying selaku defendan GEORGE TOWN Kes sam...
Guan Eng Will Minister Resign If Veggie Prices Keep Soaring

Guan Eng Will Minister Resign If Veggie Prices Keep Soaring

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 199 hits
Former finance minister Lim Guan Eng has asked Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Alexander Nanta Linggi if he is prepared to resign if he could not reverse the soaring prices of basic necessities like vegetables increasing by mor...
Tubuh Jawatankuasa Bebas Cari Penyelesaian Isu Royalti Pas

Tubuh Jawatankuasa Bebas Cari Penyelesaian Isu Royalti Pas

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 138 hits
Tiada kesamaan kerajaan Persekutuan negeri yang punyai fakta masing masing KOTA BHARU PAS mencadangkan jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mencari penyelesaian berhubung isu royalti minyak di Kelantan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ib...
Pm S 100 Day Track Record A Colossal Failure Guan Eng Says

Pm S 100 Day Track Record A Colossal Failure Guan Eng Says

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 200 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng panned Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob s 100 day tenure in office calling him an abject failure on many levels This is shown by the Government s refusal to provide an additional allocation of...
Hannah Yeoh Bertudung Ketika Melawat Masjid Ada Pemimpin Dap Melompat

Hannah Yeoh Bertudung Ketika Melawat Masjid Ada Pemimpin Dap Melompat

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 193 hits
Hannah Yeoh memang sudah menjangkakan kecaman daripada orang Islam dan bukan Islam apabila dia memilih untuk bertudung semasa melawat sebuah masjid di kawasannya Namun rupa rupanya ia tidak sekadar itu Tindakan ahli parlimen DAP terbabit tu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin