Hannah Yeoh Bertudung Ketika Melawat Masjid Ada Pemimpin Dap Melompat



Hannah Yeoh memang sudah menjangkakan kecaman daripada orang Islam dan bukan Islam apabila dia memilih untuk bertudung semasa melawat sebuah masjid di kawasannya.
Namun rupa-rupanya ia tidak sekadar itu. Tindakan ahli parlimen DAP terbabit turut mengundang rasa kurang senang daripada kalangan pemimpin parti berkenaan.
Ia berlaku ketika DAP berdepan dengan persoalan mengenai masa depannya sebagai parti berbilang kaum selepas ia bersama Pakatan Harapan mencatat prestasi hambarnya dalam pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini.
Umumnya kepimpinan DAP sedang mengemudi parti itu ke arah kepelbagaian yang lebih besar selepas berdekad-dekad dilabel sebagai pertubuhan Cina.
Antara langkah diambil DAP untuk keluar daripada kepompong label tersebut ialah dengan mendekati orang Melayu sebagai langkah mencairkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat konservatif.
Bagaimanapun, langkah itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan segelintir ahli DAP yang berasakan pendekatan tersebut akan membawa kepada terhakisnya sokongan daripada asas tradisional parti terbabit.
Selepas Yeoh memakai tudung untuk bertemu dengan pengundi di sebuah masjid di Segambut, muncul pertengkaran sengit dalam kalangan ahli dan pemimpin DAP Johor.
Dalam komunikasi WhatsApp yang bocor – yang disahkan oleh sumber sebagai tulen – ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, kelihatan membidas tindakan Yeoh.
“Mungkin semua wakil wanita kita harus memakai tudung bukan sahaja di masjid tetapi di seluruh tempat seperti di pasar awam, gereja, sekolah dan sebagainya.
“Lebih bagus, semua orang perlu memeluk Islam. Kemudian kita akan pasti memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Apa kata anda semua?” katanya yang juga bekas pengerusi DAP Johor.
Songkok pernah jadi isu
Kenyataan Boo itu mendapat kritikan daripada banyak pihak yang berpendapat bahawa wanita bertudung di masjid adalah sebagai tanda penghormatan. Tindakan sama juga, kata mereka, dilakukan apabila wanita melawat gurdwara Sikh.
Boo, bagaimanapun, kelihatan menyindir tindakan tersebut dan berpendapat ia sekadar helah untuk menarik sokongan dan orang Melayu tahu apa yang DAP lakukan.
Kecuali Boo, identiti semua orang lain dalam perbualan yang dilihat Malaysiakini telah disunting. Namun difahamkan pemimpin lain DAP Johor turut berada dalam kumpulan WhatsApp tersebut.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Boo – merupakan bekas Adun Skudai – enggan mengesahkan kenyataannya dengan alasan disiplin parti tidak membenarkan sesuatu perbincangan dalaman didedahkan kepada pihak ketiga.
Sebenarnya kritikan terhadap ahli DAP kerana mengenakan pakaian Melayu atau berkaitan Islam bukanlah sesuatu yang baru.
Pasda 2006 pemimpin DAP Perak ketika itu, Ngeh Koo Ham, mengeluarkan kenyataan bahawa mensyaratkan pemakaian songkok ke atas wakil rakyat lelaki DAP di majlis istana adalah “tidak wajar”, menyentuh sensitiviti orang bukan Melayu dan memberikan kesan politik kepada wakil rakyat bukan Melayu parti tersebut.
Dia juga memaklumkan ketika itu, DAP sebenarnya keberatan untuk menyertai sebarang majlis yang memerlukan hadirinnya memakai songkok sejak 2002.
“Memakai songkok atau tidak adalah isu kecil berkenaan pakaian tetapi apabila dikenakan ke atas orang lain, ia membawa kepada persoalan kebebasan budaya dan isu perkauam serta dominasi budaya, justeru menjadikan ia isu yang sangat sensitif,” katanya dalam kenyataan tersebut.
DAP kemudian mula mengendurkan pendirian mereka terhadap songkok pada 2008 dengan Boo adalah antara wakil rakyat parti itu yang bersetuju mengenakannya semasa pembukaan Dewan Undangan Negeri Johor selepas pilihan raya umum tahun tersebut.
Bagaimanapun sentimen yang menolak pakaian yang dilihat ada kaitan dengan Melayu-Islam terus wujud.
Cadangan yang serius
Pada 2014, Lau Weng San mengundang rasa kurang senang tokoh lantang DAP, Hew Kuan Yau – yang lebih dikenali dengan gelaran Superman – apabila Adun Kampung Tunku memakai baju Melayu siap bersongkok semasa menghadiri sambutan rumah terbuka Aidilfitri.
Secara umum bolehlah dianggap bahawa apabila DAP berkembang untuk menjadi lebih rencam dan inklusif, ia akan mendapat tentangan daripada pihak yang gagal mengikut peredaran zaman. Tetapi keadaannya tidak semudah itu.
Dalam ciapan pada pagi Khamis lalu, Boo berkata: “Adakah anda benar-benar fikir DAP boleh memenangi sokongan Melayu dengan hanya memakai baju Melayu dan tudung?”
Boo juga mencadangkan agar DAP menyediakan barisan ulama untuk menghubungkan aliran demokrasi sosial parti itu dengan orang Melayu dalam konteks Islam dengan lebih baik.
“Tetapi (ahli strategi DAP) Liew Chin Tong berpendapat ia adalah idea yang bodoh,” tambahnya.
Ciapan itu bagaimanapun dipadam kemudian.
Sekali imbas, jika dilihat bersama-sama dengan kenyataan di WhatsApp, ciapan Boo itu mungkin memberi gambaran sebagai sembrono.
Bagaimanapun, ahli politik veteran berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa cadangannya agar ulama Islam dilibatkan dalam DAP adalah serius dan pernah dikemukakannya antara 1999 dan 2000.
“Pada pandangan saya, kita perlu mengaitkan ideologi kita (demokrasi sosial) dengan hati orang Melayu dengan (cara) yang mereka boleh fahami.
“Penting untuk pergi lebih mendalam daripada perkara budaya yang dibuat-buat. Ia untuk menjelaskan demokrasi sosial pada tahap kerohanian Islam dan Melayu,” katanya sambil mengulangi kandungan ciapan tersebut.
 
Belajar daripada kegagalan dulu
Boo kemudian menjelaskan bagaimana bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, pernah menjelaskan Islam dan mentafsir idea kepelbagaian budaya serta meraikan kepelbagaian dari perspektif Islam.
Langkah itu, katanya, wajar dicontohi.
Ditanya mengenai bagaimana cara yang sesuai untuk DAP mendekati orang Melayu, dia menjawab, wakil parti itu sudah berjaya menjalinkan hubungan baik dengan semua kaum.
“Kami telah belajar untuk melakukan perkara yang boleh diterima oleh semua masyarakat, yang kadangkala agak susah.
“Sensitiviti budaya adalah penting untuk mengendalikan hal ehwal masyarakat yang melaluinya kita perlu dilihat secara jelas berlaku adil dan waras kepada semua masyarakat.
“Kita tidak boleh dilihat terlalu menggembirakan kumpulan tertentu sambil mengabaikan yang lain,” katanya sambil menceritakan bagaimana dua menguruskan sensitiviti pengundi Islamnya semasa menjadi Adun Skudai.
Boo berkata tindakan untuk menggembirakan hati yang berlebihan akan dilihat sebagai sikap berpura-pura, justeru Pakatan Harapan (PH) dan DAP perlu kekal menjadi diri sendiri semasa menyampaikan ideologi mereka dengan cara yang boleh dikaitkan dengan semua rakyat Malaysia.
Dia menambah, walaupun orang Melayu adalah majoriti di negara ini, penguasaan kaum secara tunggal boleh membawa kepada antagonisme sedangkan kumpulan majoriti sepatutnya mengambil berat terhadap pemuliharaan dan mempromosikan hak minoriti terhadap budaya, bahasa dan sosioekonomi.
Pada masa sama, Boo berkata, DAP dan PH telah kehilangan sokongan Melayu dan bukan Melayu dalam pelbagai peringkat dan mesti belajar daripada kegagalan politik mereka.
Sementara itu, seorang ahli DAP – yang enggan namanya didedahkan – memberitahu Malaysiakini, sesetengah ahli akar umbi berpendapat “penyokong asas Cina” parti itu berasa terasing ketika usaha untuk mendekati orang Melayu digerakkan.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, suara sebegitu adalah minoriti dan pemilihan parti menunjukkan bahawa mereka yang menyokong kepelbagaian kini diberi kepercayaan mengemudi parti.
Sumber itu menambah, penyokong DAP yang terdiri daripada kalangan bukan ahli parti juga tidak begitu mengambil berat tentang persepsi orang Melayu.
“Rakyat lebih mementingkan kesilapan kita semasa dalam kerajaan, atau episod ‘katak’ di Melaka, daripada cubaan mendekati orang Melayu.
“Tambahan pula, saya yakin lawan DAP lebih teruk dalam hal menjaga hak bukan Melayu, justeru walaupun ada yang tidak selesa (dengan usaha mempelbagaian DAP), mereka tidak akan lari ke MCA (sebagai contoh). Sekurang-kurangnya bukan kerana ini,” tambah sumber itu.

 
Sementara itu Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata kebimbangan dalam DAP itu boleh difahami kerana mereka mengalami tekanan atau dilayan secara tidak setara sehingga menimbulkan rasa tidak selamat.
“(Tetapi) kita perlu memahami apa yang membuatkan kita berbeza dan akhirnya meraikan Bangsa Malaysia.
“Bagi orang bukan Islam memakai tudung adalah tanda penghormatan, begitu juga bagi orang Melayu-Islam untuk menghadiri majlis makan malam di kuil atau menahan diri daripada makan daging lembu di hadapan orang Malaysia yang beragama Hindu.
“Perpecahan dan kebencian selama berdekad-dekad daripada puak tertentu membuatkan isyarat mudah sebagai menunjukkan rasa hormat dan toleransi dilihat sebagai mengancam,” tambah wakil DAP itu.
Ketika dihubungi berhubung kontroversi mengenai keputusannya untuk memakai tudung, Yeoh berkongsi sentimen yang sama.
Dia menegaskan, sebagai parti berbilang kaum, cara berpakaian ketika menghadiri sesuatu majlis atau majlis keagamaan disesuaikan dengan keadaan adalah tanda hormat.
“Apa yang kami katakan (dan lakukan) adalah konsisten dengan visi kami untuk sebuah negara yang progresif dan demokratik,” katanya.
Hannah Yeoh bertudung ketika melawat masjid, ada Pemimpin DAP melompat
Baca Artikel Menarik:
Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia Siang bawa mayat, malam angkut sampah Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pertindihan kerusi PKR-DAP di PRN Sarawak

The post Hannah Yeoh bertudung ketika melawat masjid, ada Pemimpin DAP melompat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/04/hannah-yeoh-bertudung-ketika-melawat-masjid-ada-pemimpin-dap-melompat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Jadi Macam Pelampau Pas Guan Eng Bidas Ahli Dap Tegur Hannah Yeoh Bertudung Di Masjid

Jangan Jadi Macam Pelampau Pas Guan Eng Bidas Ahli Dap Tegur Hannah Yeoh Bertudung Di Masjid

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 443 hits
December 4 2021 Hannah Yeoh memakai selendang ketika melawat sebuah masjid di Kuala Lumpur minggu lalu PETALING JAYA Seorang pemimpin DAP Johor hari ini diselar Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng kerana mengkritik tindakan Ahli Parlimen Segam...
Hiburan Santuni Penduduk Dalam Masjid Penampilan Hannah Yeoh Berhijab Raih Pujian Netizen

Hiburan Santuni Penduduk Dalam Masjid Penampilan Hannah Yeoh Berhijab Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 235 hits
Ahli Parlimen Segambut semalam ada mencuri perhatian wargamaya apabila dia hadir ke Hari Terbuka bersama penduduk yang diadakan di Masjid Al Imam Al Ghazali di Bandar Manjalara Tampil berhijab penuh dan berbaju kurung Hannah dilihat manis s...
Berselendang Di Masjid Azalina Pertahan Tindakan Hannah Yeoh

Berselendang Di Masjid Azalina Pertahan Tindakan Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 457 hits
MALAYSIA POST DATUK Seri Azalina Othman Said menyeru politik kebencian menggunakan kaum dan agama dihentikan Ahli Parlimen Pengerang itu berkata selepas 64 tahun negara mencapai kemerdekaan politik kebencian menggunakan kaum dan agama adala...
Defending Hannah Yeoh Dap S Sheikh Umar Tells Critics To Look Past Differences

Defending Hannah Yeoh Dap S Sheikh Umar Tells Critics To Look Past Differences

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 228 hits
Last Saturday Dr Boo and others criticised Yeoh after she was photographed wearing a hijab when visiting a mosque in Kuala Lumpur last week Picture by Miera ZulyanaJOHOR BARU Dec 6 A DAP leader today suggested that Malaysians should embrace...
Syor Pemimpin Dap Terlalu Radikal

Syor Pemimpin Dap Terlalu Radikal

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 210 hits
Saranan Nga Kor Ming supaya kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu dilihat seiring dengan agenda pemansuhan hak Bumiputera yang kerap dilaungkan sebagai modal politik Mencadangkan supaya semua orang mendapat status Bumiputera...
Saranan Kepada Pemimpin Muda Celupar Daripada Desak Anwar Diganti Lebih Baik Gesa Dap Keluar Ph

Saranan Kepada Pemimpin Muda Celupar Daripada Desak Anwar Diganti Lebih Baik Gesa Dap Keluar Ph

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 195 hits
Walaupun pemimpin senior dan utama dalam DAP tetap setia dan cenderung untuk terus mempertahankan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH malangnya kedapatan pemimpin muda dalam parti itu yang bersikap sebaliknya Hanya kerana PH gagal dalam PRN M...
Pemimpin Melayu Penakut Punca Dap Makin Besar Kepala

Pemimpin Melayu Penakut Punca Dap Makin Besar Kepala

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 197 hits
Sikap pemimpin Melayu yang penakut punca kaum lain mengambil kesempatan dan dilihat semakin berani menuntut pelbagai perkara Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Mad mengakui kecewa dengan sikap pemimpin negara yang seo...
Ph Dilihat Gagal Kerana Pentadbiran Mahathir Kata Pemimpin Dap

Ph Dilihat Gagal Kerana Pentadbiran Mahathir Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 171 hits
November 23 2021 PH dilihat gagal kerana pentadbiran Mahathir kata pemimpin DAP Sikap tidak konsisten yang dilihat pada Pakatan Harapan sepanjang tempoh 22 bulan memegang kuasa menjadi punca utama kegagalan gabungan pembangkang itu dalam pi...
Tak Hormat Masyarakat Cina 2 Pemimpin Dap Bidas Isu Papan Tanda

Tak Hormat Masyarakat Cina 2 Pemimpin Dap Bidas Isu Papan Tanda

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 284 hits
BANGI Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming memohon Timbalan Menteri Pendidikan I Senator Datuk Dr Mah Hang Soon mengambil tindakan tegas terhadap Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Ia susulan tindakan jabatan itu menggantikan tulisan Cina pada papa...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever