Gst Akan Diperkenalkan Semula Selepas Pru



KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2024 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mungkin mengekalkan Cukai Makmur tahun depan.
Maybank Investment Bank (Maybank IB), berkata GST dijangka tidak akan diperkenalkan tahun depan memandangkan keperluan kerajaan adalah menguruskan inflasi berdasarkan jangkaan peralihan subsidi bahan api kepada pendekatan bersasar, dengan beberapa pelarasan dalam harga bahan api tahun depan.
"Kami tidak menolak beberapa 'mesej' dalam Bajet 2023 untuk menyediakan pengguna dan perniagaan berkaitan kemungkinan pelaksanaan semula GST pada 2024 selepas PRU-15," kata Maybank IB dalam satu nota penyelidikan yang ditulis bersama oleh penganalisisnya iaitu Suhaimi Ilias, Dr Zamros Dzulkafli dan Fatin Nabila Mohd Zaini.
Maybank IB bagaimanapun berkata, seandainya 'kos politik' GST terlalu besar untuk ditanggung oleh mana-mana kerajaan sedia ada atau jika PRU akan datang dimenangi Pakatan Harapan (PH) yang menyatakan tentangan kepada pelaksanaan semula GST, maka alternatifnya adalah meneruskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, selain memperluaskan pangkalan data serta liputan.
"Jika GST tidak dilaksanakan semula, SST sedia ada diteruskan tetapi dengan lebih luas berdasarkan Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidmatan penghantaran barangan termasuk platform e-dagang (kecuali penghantaran makanan dan minuman serta perkhidmatan logistik) yang diumumkan pada 1 Julai lalu.
"Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2022 yang mengemas kini Akta Cukai Jualan 2018 akan mengenakan 10 peratus Cukai Jualan ke atas barangan bernilai rendah (iaitu bernilai RM500 dan ke bawah) yang dijual oleh penjual berdaftar melalui platform dalam talian dan dihantar ke Malaysia mulai 1 Januari 2023.
"Situasi sebegitu juga akan meningkatkan prospek pencukaian ke atas kekayaan dan keuntungan modal pada masa akan datang, menambah kepada cadangan pengembalian semula cukai ke atas pendapatan sumber asing dalam Bajet 2022 yang kini ditangguhkan sehingga 31 Disember 2026," katanya.
Sementara itu, Maybank IB berkata, pihaknya menjangka kemungkinan wujud pelaksanaan Cukai Makmur 2.0, meskipun statusnya masih menjadi persoalan selepas Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan ia adalah langkah cukai sekali saja dalam Bajet 2022.
Pada Jun lalu, penganalisis menganggarkan, kerajaan dijangka menjana pendapatan tambahan sehingga RM10 bilion tahun ini menerusi pelaksanaan Cukai Makmur yang dikenakan ke atas tidak lebih 250 syarikat di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group, Dr Anthony Dass, berkata pendapatan cukai tambahan itu lima hingga 15 peratus lebih tinggi berbanding RM63.75 bilion cukai korporat yang dikutip pada 2019, enam hingga 20 peratus berbanding RM50 bilion yang dikutip ketika pandemik melanda negara pada 2020 dan tambahan daripada kutipan RM65.5 bilion tahun ini.
Dass berkata, Cukai Makmur dijangka membabitkan tidak lebih daripada 250 syarikat dengan anggaran cukai yang memberikan tambahan kepada pendapatan kerajaan adalah sekitar RM3 bilion hingga RM10 bilion tahun ini lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/gst-akan-diperkenalkan-semula-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Mic Tuntut Umno Serah Semula Kerusi Parlimen Cameron Highlands

Pru 15 Mic Tuntut Umno Serah Semula Kerusi Parlimen Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 191 hits
CAMERON HIGHLANDS Kerusi Parlimen Cameron Highlands merupakan kerusi tradisi MIC sehingga parti komponen BN itu menyerahkannya kepada Umno pada Pilihan Raya Kecil 2019 PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan ca...
Pru 15 Selepas Bentang Bajet 2023 Bakal Jadi Kenyataan Pm Setuju Arahan Presiden

Pru 15 Selepas Bentang Bajet 2023 Bakal Jadi Kenyataan Pm Setuju Arahan Presiden

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 183 hits
agendaily com1 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya faham kenapa PRU 15 perlu disegerakan Pengumuman UMNO semalam bahawa Perdana Menteri akan mempersembahkan ...
Pastikan Pru 15 Ini Ph Ada Majoriti Perintah Negara

Pastikan Pru 15 Ini Ph Ada Majoriti Perintah Negara

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 156 hits
Dengan pelbagai kelemahan yang melanda Kerajaan BN PN para ahli dan penyokong Pakatan Harapan digesa berkerja lebih kuat untuk memastikan berlaku perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata den...
Sebab Pru Ke Tu Konsert Terbuka Di Kedah Dihentikan Sementara

Sebab Pru Ke Tu Konsert Terbuka Di Kedah Dihentikan Sementara

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 174 hits
Noorazura Abdul Rahmanam hmetro com myMOHD Firdaus pada sidang media berhubung isu penganjuran Muda Mudi Weekend Festival FOTO Noorazura Abdul RahmanAlor Setar Penganjuran konsert terbuka di negeri ini dihentikan sementara sehingga ketetapa...
Agong Yang Tentukan Pru 15 Bukan Umno

Agong Yang Tentukan Pru 15 Bukan Umno

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 155 hits
Agong yang tentukan PRU 15 bukan UmnoPosted By on October 04 2022Pemimpin tertinggi Umno secara tidak bertanggungjawab membayangkan mereka mempunyai kuasa memutuskan bilakah Pilihan Raya Umum ke 15 wajib diadakan Ahli Parlimen Pasir Gudang ...
Umno Mahu Pru Segera Sebab Gagal Kawal Ringgit

Umno Mahu Pru Segera Sebab Gagal Kawal Ringgit

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 181 hits
Umno mahu PRU segera sebab gagal kawal ringgit Posted By on October 05 2022Kejatuhan nilai matawang ringgit yang seolah olah di luar kawalan Kerajaan Umno BN mungkin salah satu penyebab parti itu ingin mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 sea...
Selepas 7 Bulan Kihyun Monsta X Kembali Dengan Album Solo Kedua Oktober Ini

Selepas 7 Bulan Kihyun Monsta X Kembali Dengan Album Solo Kedua Oktober Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 185 hits
Kihyun MONSTA X bakal comeback dengan album solo keduanya tidak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Khabar gembira itu semestinya sudah disahkan oleh agensinya Starship Entertainment dengan menyatakan Ianya benar Kihyun sedang membuat persiapan bag...
Selepas 10 Malam Anak Masih Lagi Berjaga Dr Kongsikan Tip Mudah Untuk Tidur

Selepas 10 Malam Anak Masih Lagi Berjaga Dr Kongsikan Tip Mudah Untuk Tidur

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 374 hits
Kalau anak susah tidur malam Terutama selepas pukul 10 malam masih berjaga Ini petua mudah untuk atasinya Cuba ajak anak untuk berkaki ayam dan pijak tanah atau rumput pada waktu petang Bila kaki atau anggota badan menyentuh tanah atau rump...
Pas Perlu Buat Pilihan Tepat Bermaruah Hadapi Pru 15

Pas Perlu Buat Pilihan Tepat Bermaruah Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 149 hits
bharian com myOleh Oktober 5 2022 12 05pmDi sebalik kesetiaan kepada Perikatan Nasional diungkapkan PAS pada Muktamar Tahunan Ke 68 lalu parti itu berasakan perpaduan parti Melayu tidak akan sempurna dan tempang tanpa UMNO Lebih lebih lagi ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik