Pas Perlu Buat Pilihan Tepat Bermaruah Hadapi Pru 15


bharian.com.my
Oleh Dr Mohd Izani Mohd Zain 
[email protected]
- Oktober 5, 2022 @ 12:05pm
Di sebalik kesetiaan kepada Perikatan Nasional (PN) diungkapkan PAS pada Muktamar Tahunan Ke-68 lalu, parti itu berasakan perpaduan parti Melayu tidak akan sempurna dan tempang tanpa UMNO. Lebih-lebih lagi, sejarah kerjasama PAS dan UMNO berlaku lebih awal berbanding BERSATU

Sebelum ini, PAS pernah mencadangkan kerjasama dengan UMNO boleh dijayakan dalam 27 kerusi Parlimen bagi mengelak pertembungan sesama sendiri dan menghalang kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Namun, UMNO masih belum lagi berbincang dan menyatakan pandangan secara jelas dalam hal ini.

Bagaimanapun, pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menghidupkan semula persepsi kerjasama kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) masih boleh diselamatkan lagi.

Namun, Presiden UMNO mendedahkan kerjasama dengan PAS hanya boleh terlaksana jika parti itu keluar daripada gabungan PN dan memutuskan hubungan dengan BERSATU. PAS juga perlu mengisytiharkan secara rasmi parti itu sudah mufarakah (berpisah) sepenuhnya dengan PN dan BERSATU.

Sebelum ini, PN memberi ingatan keras kepada PAS bahawa UMNO dan BN adalah musuh politik mereka. Melihat kepada tekanan diberikan PN dan terbaru daripada UMNO, apakah pilihan yang ada pada PAS?

Keserasian antara UMNO dan PAS terserlah khususnya pada pilihan raya kecil (PRK) pasca PRU-14 seperti Cameron Highlands dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Namun, prestasi PAS jatuh merudum pada pilihan raya negeri (PRN) di Melaka serta Johor bersama PN.

Kerjasama PAS dalam PN didakwa banyak dipengaruhi faktor perkongsian kuasa dan ditentukan elit politik. Hal ini diakui Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali apabila berkata, penyertaan PAS dalam PN hanya diputuskan beberapa pemimpin utama parti.

Berbeza dengan MN, beliau yang juga bekas ahli PAS menjelaskan keputusan bekerjasama dengan UMNO dibincangkan secara tuntas dan diputuskan dalam jawatankuasa. Malah, pembentukan MN ketika itu mendapat sokongan akar umbi kedua-dua parti.

Pada saat UMNO terus yakin dan konsisten berhadapan PRU-15 secara bersendirian, PAS masih berbelah bahagi sama ada bekerjasama dengan UMNO dalam MN atau PN.

Cita-cita besar PAS untuk menjadi 'orang tengah' antara UMNO dengan BERSATU nampaknya memberi masalah besar kepada parti berkenaan. Peranan dikatakan tidak realistik, iaitu mahu menghubungkan dua seteru politik ini akhirnya menjerat PAS kepada persepsi negatif seperti parti naif dan lemah.

PAS di persimpangan dilema

Pendekatan bermain dengan dua kolam sangat jelas meletakkan PAS di persimpangan dilema. PAS selama ini terkenal dengan sikap tegas, berprinsip dan berpendirian sehingga sanggup bergerak bersendirian pada PRU-14, kini dilihat lemah dan teragak-agak membuat keputusan.

Berbeza dengan UMNO, parti ini tekad untuk terus bergerak ke hadapan. Pendirian UMNO amat konsisten untuk mengadakan PRU-15 seawal mungkin. Sejak krisis politik membawa perubahan kerajaan dan kepemimpinan Perdana Menteri pada Februari 2020 lalu, UMNO mencadangkan pilihan raya diadakan bagi memulangkan mandat kepada rakyat.

Namun, cadangan itu ditolak kerana negara ketika itu berhadapan penularan COVID-19 yang menjejaskan kesihatan awam dan ekonomi. Justeru, perubahan kerajaan dan kepemimpinan negara berlaku pada ketika itu tanpa pilihan raya.

Pada Ogos 2021, perubahan kerajaan berlaku sekali lagi dengan kepemimpinan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub. Namun, peralihan kuasa pucuk pimpinan negara juga berlaku tanpa pilihan raya.

Baru-baru ini, sekali lagi UMNO meminta PRU-15 diadakan pada tahun ini juga. Meskipun dikritik hebat kerana PRU-15 pada musim tengkujuh, UMNO terus lantang untuk mahu pilihan raya diadakan sebelum 2023.

Malah UMNO berpandangan, jika Parlimen dibubarkan sekalipun, kerajaan sementara boleh berfungsi untuk menangani isu banjir.

Rentetan perkembangan ini, UMNO juga memaklumkan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO akan mempersembahkan cadangan tarikh pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40 (1), Perlembagaan Persekutuan.

Menjelang PRU-15, apakah pilihan yang ada pada PAS? Bergerak dalam PN atau MN atau bergerak solo? Melihat kepada tekanan diterima daripada PN dan UMNO, PAS mungkin boleh memikirkan pilihan untuk bergerak solo semula seperti pada PRU-14.

Pada PRU lalu, PAS memenangi 18 kerusi Parlimen dan mengekalkan pemerintahan di Kelantan dan merampas kembali Terengganu.

Mungkin pilihan bergerak solo ini menjadi satu-satunya jalan terbaik dan bermaruah buat PAS daripada terus ditekan dan digertak seperti tiada harga diri. Harus diingat, PAS bukan parti kecil atau serpihan, tetapi ditubuhkan sejak 1951 serta pernah menjadi parti pemerintah di peringkat negeri dan Persekutuan.

PAS tidak perlu menjatuhkan kedudukan serendah ini hanya mahu mendapat perhatian UMNO dan PN. Apa yang jelas, PAS bukan mendapat sanjungan, tetapi penghinaan sehingga ditolak ke tengah dan ke tepi.

Soal bekerjasama sebenarnya tidak terhad hanya untuk PRU-15 kerana ia boleh diteruskan selepas pilihan raya bagi menubuhkan kerajaan. Peluang kerjasama ini terbuka luas jika tiada parti politik menang dengan majoriti besar. PAS sudah tidak tentu mahu kekal sebagai parti pembangkang jika pilihan menjadi parti pemerintah ada dengan kerjasama pasca PRU-15 kelak.

Namun buat masa sekarang, PAS perlu membuat pilihan bermaruah.
Dr Mohd Izani Mohd Zain 
Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pas-perlu-buat-pilihan-tepat-bermaruah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Arah Jentera Parti Sedia Hadapi Pru15

Pas Arah Jentera Parti Sedia Hadapi Pru15

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 165 hits
MalaysiakiniPAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan Sehubungan denga...
Pas Aktifkan Jentera Pilihan Raya Selepas Umno Desak Pm Bubar Parlimen

Pas Aktifkan Jentera Pilihan Raya Selepas Umno Desak Pm Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 192 hits
agendaily com1 10 2022Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan Jentera pilihan raya PAS diaktifkan dengan serta merta susulan kenyataan UMNO semalam yang mendesak Perdana Menteri supaya mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen ...
Pilihanraya Atau Pilihan Jalanraya Yang Mana Satu Kita Akan Hadapi Kali Ini

Pilihanraya Atau Pilihan Jalanraya Yang Mana Satu Kita Akan Hadapi Kali Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 189 hits
DR SHAHNOR BASRITarikh pilihanraya umum ke 15 tidak lagi menjadi tanda tanya Kelmarin 9 Oktober 2022 YAB Perdana Menteri telah mengadap sembah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebelum keberangkatan baginda ke United Kin...
Umno Atau Bersatu Mana Yang Jadi Pilihan Pas Diketahui Hari Ini

Umno Atau Bersatu Mana Yang Jadi Pilihan Pas Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 197 hits
bharian com myOleh Oktober 8 2022 KUALA LUMPUR Ibu Pejabat PAS hari ini menjadi tumpuan apabila kepemimpinan parti itu mengadakan mesyuarat membincangkan hala tujunya berhubung kata dua diberikan UMNO dalam membina semula kerjasama menerusi...
Standing Ovation Buat Pm Beri Gambaran Umno Sedia Hadapi Pru

Standing Ovation Buat Pm Beri Gambaran Umno Sedia Hadapi Pru

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 154 hits
malaysiakini com Situasi berbeza kehadiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke Pusat Dagangan Dunia pada pertemuan dengan ketua Umno bahagian kelmarin memberi isyarat parti itu berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya...
Pas Sifatkan Tanggungjawab Mengundi Pilihan Raya Umum Sebagai Fardhu Ain

Pas Sifatkan Tanggungjawab Mengundi Pilihan Raya Umum Sebagai Fardhu Ain

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 182 hits
PADANG RENGAS PAS menyifatkan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum sebagai fardu ain yang perlu dipenuhi oleh umat Islam Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata mengundi menjadi fardu ain kerana suasana orang Islam dalam kead...
Menteri Pn Gesa Tumpu Persediaan Hadapi Banjir Bukan Pru 15 Seperti Zahid Minta

Menteri Pn Gesa Tumpu Persediaan Hadapi Banjir Bukan Pru 15 Seperti Zahid Minta

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 189 hits
Persediaan bagi menghadapi musim banjir yang akan dijangka melanda negara pada hujung tahun lebih penting daripada mengadakan pilihan raya umum ke 15 Perikatan Nasional berkata Jemaah Menteri dalam gabungan itu menolak gesaan PRU 15 diadaka...
Hubungan Pas Umno Semakin Genting 3 Negeri Pas Tidak Akan Bubar Jika Pru Tahun Ini

Hubungan Pas Umno Semakin Genting 3 Negeri Pas Tidak Akan Bubar Jika Pru Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 203 hits
BORHAN AHMADHubungan antara Pas dengan Umno semakin genting apabila menolak cadangan parti itu untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini dengan mengarahkan tiga negeri di bawahnya tidak membubarkan Dewan Negeri masing masing Timbalan Pre...
Pm Kali Ketiga Dr M Sedia Jadi Pm Jika Tiada Pilihan Lain

Pm Kali Ketiga Dr M Sedia Jadi Pm Jika Tiada Pilihan Lain

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 134 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata dia sanggup menyandang jawatan perdana menteri buat kali ketiga jika didesak berbuat demikian dan tiada pilihan lain Bagaimanapun Mahathir berkata dia tidak mahu menjadi perdana menteri untuk penggal penuh tetapi...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Kompang Warisan Johor

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium