Gst Akan Diperkenalkan Semula Dalam Belanjawan 2020



KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan supaya memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020
Pengerusinya, Tan Sri Kamal Salih yang menyifatkan GST sebagai sistem pencukaian yang saksama kepada semua peringkat masyarakat berkata, GST merupakan sistem yang memastikan kerajaan memiliki kewangan yang kukuh ketika harga minyak mentah susut di bawah AS$36 setong pada 2015
"GST merupakan sistem yang saksama, namun beberapa pihak mengatakan ia regresif kerana golongan miskin akan terkesan
"Bagaimanapun, kita mempunyai klausa khusus yang akan melindungi kumpulan berpendapatan rendah atau B40," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraian tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) antara MIER dan tujuh persatuan serta entiti di sini, hari ini
Beliau berkata, semasa kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan GST dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tahun lepas, beliau merupakan antara pakar ekonomi yang dirunding pihak yang menentang idea berkenaan
"Ini kerana macam mana cara pun anda memperluaskan SST kepada sektor berbeza atau bagaimana sekalipun penguatkuasaan dijalankan, ia masih tidak cukup untuk menampung apa (pendapatan) yang telah dihasilkan menerusi GST," katanya
Beliau juga berkata, kerajaan perlu memperkenalkan pakej rangsangan dalam Belanjawan 2020
"Jika tidak, kerajaan akan terjebak dengan defisit fiskal 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dan perlu meminjam lebih banyak wang," katanya
Beliau melahirkan keyakinan bahawa menerusi pusingan baharu inisiatif pelaburan dalam pakej rangsangan berkenaan, kerajaan akan mampu menarik lebih banyak pelaburan asing bernilai sehingga RM1 trilion, bersamaan dengan hutang kerajaan semasa, ke dalam negara
Secara kesimpulannya, Kamal berkata, belanjawan akan datang ini seharusnya mengutamakan isu seperti kenaikan kos sara hidup, perumahan mampu milik dan pekerjaan yang dihadapi rakyat
Sementara itu, beliau berkata, tujuh MoU ditandatangani hari ini akan membawa pelaburan berpotensi dengan nilai berjumlah AS$42 bilion ke dalam negara, yang dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun
MoU itu, terutamanya berkaitan tenaga boleh diperbaharu; pengurusan sisa; minyak dan gas; maritim; dan pendidikan, dimeterai di bawah Pelan Penyelidikan Crouching Tiger MIER yang dilancarkan pada 29 Julai tahun ini
MIER akan berperanan sebagai perunding dan menyediakan kajian daya maju untuk industri berkaitan di samping membantu kerajaan dan sektor swasta mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 29 MoU telah ditandatangani di bawah pelan tersebut, dengan kebanyakan janji niaga merupakan projek pembiayaan swasta. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/10/gst-akan-diperkenalkan-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2020 Agihan Tertumpu Kepada Negeri Yang Dikategori Miskin

Belanjawan 2020 Agihan Tertumpu Kepada Negeri Yang Dikategori Miskin

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 283 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kerajaan Sedia Kaji Semula Pelaksanaan Gst Dr Mahathir

Kerajaan Sedia Kaji Semula Pelaksanaan Gst Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 308 hits
Kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kalau itu kehendak rakyat kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST ujarnya ringkas Sebelum ini Institut Penyel...
Lim Perlu Ada Bukti Tak Dapat Dipertikai Rakyat Mahukan Semula Gst

Lim Perlu Ada Bukti Tak Dapat Dipertikai Rakyat Mahukan Semula Gst

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 264 hits
Pelaksanaan semula GST hanya boleh dibuat jika ada bukti yang tidak dapat dipertikaikan rakyat memang mahukan sistem cukai itu dikembalikan kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Ini kerana pada PRU ke 14 rakyat telah menyuarakan secara jelas b...
Kuo Apple Akan Menggunakan Semula Rekaan Seperti Iphone 4 Pada Tahun 2020

Kuo Apple Akan Menggunakan Semula Rekaan Seperti Iphone 4 Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 259 hits
iPhone 4 ialah antara peranti dengan rekaan ikonik kerana masih mempunyai saiz yang kecil dengan tubuh diperbuat daripada logam Kami masih dapat melihat ramai pengguna peranti yang sudah agak berusia ini Sejak n Apple tidak lagi menggunakan...
5353 Strukturkan Semula Kadar Jika Perkenal Semula Gst Malaysia Kini 02 10 2019

5353 Strukturkan Semula Kadar Jika Perkenal Semula Gst Malaysia Kini 02 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 414 hits
Implikasi kepada rakyat harga barang selain hasil kerajaan merupakan antara aspek penting yang perlu diteliti dan diberi perhatian dalam membuat keputusan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan wajar diperkenalkan semula Sebaik mana pun s...
Mengolah Persetujuan Untuk Perkenalkan Semula Gst

Mengolah Persetujuan Untuk Perkenalkan Semula Gst

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 281 hits
Dr Tanaka Mustafa 1 Mula mula MIER cadang supaya GST diperkenalkan semula dalam Belanjawan 2020 2 Kemudian PM kata kerajaan sedia kaji balik GST jika itu kehendak rakyat 3 Kemudian MP PKR dari Kangar Perlis pula nyatakan sistem GST lebih ba...
Kerajaan Sedia Laksanakan Semula Sistem Gst Jika Itu Yang Rakyat Mahukan Pm

Kerajaan Sedia Laksanakan Semula Sistem Gst Jika Itu Yang Rakyat Mahukan Pm

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 318 hits
Kerajaan bersedia untuk melaksanakan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan sekiranya rakyat mahu sistem itu dikembalikan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Bagaimanapun ia perlulah dikaji terlebih dahulu sama ada sistem GST ...
Cadang Pekenal Semula Gst Mp Pkr Diselar Netizen

Cadang Pekenal Semula Gst Mp Pkr Diselar Netizen

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 333 hits
1 MP Kangar dari PKR Noor Amin Ahmad yang mencadangkan kerajaan melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan berdepan kritikan netizen kerana beliau pernah memuatnaik hantaran di Facebook yang menyokong penghapusan sistem cukai berkena...
Cukai Gst Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia

Cukai Gst Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 483 hits
Cukai GST Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia Implikasi kepada rakyat harga barang selain hasil kerajaan merupakan antara aspek penting yang perlu diteliti dan diberi perhatian dalam membuat keputusan sama ada cukai barangan dan perkhidma...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Jawab Persoalan Ramai Lisa Bp Sahkan Hubungan Dengan Ceo Kaya Fr D Ric Arnault

Fedtri Yahya Sambut Hari Lahir Anak Sulung Indah Sutera Jannah Yang Ke 12 Coretannya Undang Sebak

Bukan Tegur Tu Nganjing Kerajaan Yang Dia Swndiri Jadi Ketua

Serikat Buruh Rokok Di Diy Tolak Rpp Kesehatan Dan Kenaikan Cukai Hasil Tembakau

Foto Jelang Pilkada Serentak Muhaimin Beberkan Kriteria Calon Kepala Daerah Yang Diusung Pkb

Curhat Buruh Di Yogyakarta Saat May Day Susah Dengan Gaji Kecil Bisa Beli Rumah