Cukai Gst Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia


Cukai GST Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia. Implikasi kepada rakyat, harga barang selain hasil kerajaan merupakan antara aspek penting yang perlu diteliti dan diberi perhatian dalam membuat keputusan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) wajar diperkenalkan semula.
Cukai GST Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia Sebaik mana pun sistem percukaian itu, namun bagi pengguna usaha itu hanya gagal jika menjadi punca kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan sebagaimana pelaksanaan GST sebelum ini walaupun dapat meningkatkan hasil kerajaan.
Bagaimanapun, cadangan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) semalam seperti dinyatakan oleh Pengerusinya, Tan Sri Dr Kamal Salih supaya GST diperkenalkan semula pada kadar lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020, mungkin boleh dilihat dari aspek berbeza.
Iklan
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata adalah sukar untuk mengubah persepsi pengguna terhadap GST berdasarkan pengalaman sebelum ini yang menyaksikan cukai itu memberi impak negatif kepada rakyat sehingga membawa kepada pertukaran kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Pada pandangan saya mungkin masalah (penolakan GST) berlaku kerana pelaksanaannya yang menyebabkan rakyat terbeban (dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan khususnya yang keperluan). Kadar enam peratus yang dikenakan dahulu adalah tinggi.
“Jika mahu GST diperkenalkan semula, kerajaan perlu menstrukturkan semula kadar itu supaya ia tidak membebankan rakyat,” katanya kepada Bernama.
Menurutnya, jika kerajaan dapat memberi jaminan sedemikian beserta penjelasan kukuh dan mengambil kira tahap kemampuan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), beliau yakin perkara itu dapat diterima baik oleh rakyat.
Beliau juga bersetuju dengan pendapat Dr Kamal Salih bahawa hasil pendapatan GST dapat membantu mengukuhkan kewangan kerajaan berbanding pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Mohd Yusof berkata antara kebaikan GST ialah pihak yang sepatutnya membayar cukai tidak boleh melepaskan diri berikutan proses pendaftaran yang dikawal selia oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
“GST ada proses pendaftaran oleh pihak kastam dan syarikat tidak boleh mengelak daripada membayar cukai yang dikenakan. Kalau kita lihat hasil pendapatan daripada GST dan SST memang berbeza iaitu pendapatan SST (setahun) dalam RM22 billion manakala GST RM41 billion.
“Oleh itu, tidak dinafikan bahawa pendapatan negara akan lebih meningkat dengan pelaksanaan GST. Namun, sekiranya diperkenalkan semula, sebahagian daripada rakyat tidak akan bersetuju dan boleh menjejaskan kedudukan kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berpendapat, GST wajar diperkenalkan semula dengan syarat ia tidak menambah bebanan rakyat dan terbukti memberi manfaat kepada negara.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu membuat kajian menyeluruh dan telus untuk memperkenalkan semula GST terutamanya mengenakan kadar lebih rendah berbanding enam peratus sebelum ini.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, kerajaan juga perlu mengambil tindakan terhadap peniaga yang terbukti mengambil kesempatan mengenakan caj lebih mahal jika GST dilaksanakan.
“Perkara ini yang membimbangkan rakyat. Contohnya jika kadar GST yang ditetapkan empat peratus tetapi peniaga naikkan harga sehingga enam peratus atas alasan GST dan ini pastinya menimbulkan kemarahan rakyat,” katanya. -Bernama-
The post Cukai GST Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/cukai-gst-mungkin-diperkenal-semula-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5353 Strukturkan Semula Kadar Jika Perkenal Semula Gst Malaysia Kini 02 10 2019

5353 Strukturkan Semula Kadar Jika Perkenal Semula Gst Malaysia Kini 02 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 440 hits
Implikasi kepada rakyat harga barang selain hasil kerajaan merupakan antara aspek penting yang perlu diteliti dan diberi perhatian dalam membuat keputusan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan wajar diperkenalkan semula Sebaik mana pun s...
Honda Malaysia Panggil Semula 23 476 Kenderaan Untuk Ganti Inflator Beg Udara Takata Secara Percuma

Honda Malaysia Panggil Semula 23 476 Kenderaan Untuk Ganti Inflator Beg Udara Takata Secara Percuma

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 429 hits
Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi sejumlah 23 476 unit kenderaan keluarannya yang dipanggil sebelum ini untuk penggantian inflator beg udara Takata bahagian hadapan iaitu pemandu dan penumpang Dalam satu kenyataan sy...
Mp Kangar Setuju Kerajaan Ph Lanksanakan Cukai Gst

Mp Kangar Setuju Kerajaan Ph Lanksanakan Cukai Gst

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 332 hits
Seorang pemimpin PKR Noor Amin Ahmad menyambut baik cadangan pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan kerana percaya bahawa sistem pencukaian berkenaan lebih baik berbanding sistem yang dilaksanakan sekarang Ahli Parlimen Kangar itu...
Kerajaan Sedia Laksanakan Semula Sistem Gst Jika Itu Yang Rakyat Mahukan Pm

Kerajaan Sedia Laksanakan Semula Sistem Gst Jika Itu Yang Rakyat Mahukan Pm

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 339 hits
Kerajaan bersedia untuk melaksanakan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan sekiranya rakyat mahu sistem itu dikembalikan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Bagaimanapun ia perlulah dikaji terlebih dahulu sama ada sistem GST ...
5351 Struktur Semula Gst Kepada Kadar Tiga Peratus Sinar Harian 03 10 2019

5351 Struktur Semula Gst Kepada Kadar Tiga Peratus Sinar Harian 03 10 2019

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 281 hits
SHAH ALAM Sekiranya kerajaan mahu memperkenalkan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan penstrukturan semula pada kadar tiga peratus berbanding enam peratus sebelum ini perlu dilakukan bagi meringankan beban rakyat Presiden Gerakan Datuk Dr ...
Kerajaan Sedia Kaji Semula Pelaksanaan Gst Dr Mahathir

Kerajaan Sedia Kaji Semula Pelaksanaan Gst Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 336 hits
Kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kalau itu kehendak rakyat kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST ujarnya ringkas Sebelum ini Institut Penyel...
Jika Laksana Semula Gst Saya Sedia Jadi Konsultan Percuma Ahmad Maslan

Jika Laksana Semula Gst Saya Sedia Jadi Konsultan Percuma Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR Sekiranya Pakatan Harapan bersetuju melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan menawarkan diri untuk menjadi konsultan percuma kepada kerajaan Menurutnya beliau akan bertemu
Pm Pelaksanaan Semula Gst Tidak Dibincangkan

Pm Pelaksanaan Semula Gst Tidak Dibincangkan

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 222 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

Zus Coffee With Ceo Latte


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Novendy Chen Sosok Anak Siantan Pontianak Yang Menjadi Co Founder Olsera

How Precision Mold Components Improve Manufacturing Accuracy In The Electronics Industry

Dua Anggota Polis Digantung Kerja Berkaitan Kes Ketum Dadah

Ni Namanya Hate Stalking

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib

Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara