Lim Perlu Ada Bukti Tak Dapat Dipertikai Rakyat Mahukan Semula Gst
Yasmin Ramlan  
    Pelaksanaan semula GST hanya boleh dibuat jika ada "bukti yang tidak  dapat dipertikaikan" rakyat memang mahukan sistem cukai itu  dikembalikan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Ini kerana pada PRU ke-14 rakyat telah menyuarakan secara jelas bahawa mereka menolak sistem cukai tersebut, katanya.
Lim  berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr  Mahathir Mohamad bahawa kerajaan akan mengkaji untuk melaksanakan semula  GST jika itu yang dikehendaki rakyat.
"Perdana menteri tak pernah  sebut perkara ini kepada saya. Saya rasa beliau hanya menjawab (soalan)  media (tentang pelaksanaan semula GST)
“Tapi  pada PRU lalu, telah jelas bahawa rakyat telah menolak GST berkadar 6  peratus itu. Jika rakyat mahukannya, kita perlu dapatkan mandat daripada  rakyat yang mereka mahukannya (dilaksanakan semula).
“Perlu ada  bukti yang tidak dapat dipertikaikan (yang menunjukkan perkara  itu)...(Jika tidak) anda tidak boleh menentukan apa sebenarnya mandat  rakyat,” katanya pada sidang media selepeas mesyuarat majlis perhimpunan  bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.
Terdahulu  ketika sidang media, Lim diminta mengulas mengenai kenyataan Dr  Mahathir yang dikatakan akan mengkaji sistem cukai kontroversi itu.
Dr  Mahathir semalam ketika ditemui media selepas melancarkan Dasar  Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) dilaporkan berkata kerajaan  akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem GST sekiranya itu  kemahuan rakyat.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Lim berkata  beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan pelaksanaan semula GST.  Sebaliknya berkata ia perlu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan  Harapan.
PH dalam manifestonya sebelum ini berjanji untuk  menghapuskan GST yang dilaksanakan pada 1 April 2015 dan menggantikannya  kepada sistem percukaian yang lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan  (SST) pada kadar 10 peratus.
Apabila ditanya sama ada SST  merupakan pilihan terbaik yang dibuat, beliau hanya berkata bahawa PH  telah menunaikan janjinya dan kos sara hidup tidak tertekan seperti  sebelum ini.
Untuk rekod, GST menyumbang kira-kira RM44 bilion  daripada pendapatan negara berbanding SST yang menyumbang kira-kira RM22  bilion GST dan SST memang berbeza iaitu pendapatan SST (setahun) dalam  RM22 bilion manakala GST RM41 bilion. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/lim-perlu-ada-bukti-tak-dapat.html