Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini


GSF: Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini
SEPANG, 4 Okt (Bernama) — Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dan kini berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel, dijadualkan berlepas pulang ke tanah air pada Isnin ini, kata Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.
Beliau berkata kesemua delegasi Malaysia itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 8.40 malam ini waktu Malaysia, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada 6.40 petang menggunakan pesawat komersial Turkish Airlines yang diurus dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Turkiye.
Beliau berkata ketibaan semua rakyat Malaysia disambut oleh wakil Kedutaan Malaysia di Turkiye, pegawai Wisma Putra serta wakil kerajaan Turkiye, sebelum ditempatkan di hotel di sekitar Istanbul atas jemputan dan tajaan kerajaan negara itu bagi memberikan ruang kepada delegasi berehat sebelum penerbangan pulang.
“Sumud Nusantara menzahirkan jutaan terima kasih dan terharu mewakili seluruh keluarga, delegasi, sekretariat serta rakyat Malaysia yang menjadi pendukung misi ini, atas kepedulian dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kerajaan Malaysia, yang berusaha bersungguh-sungguh menggunakan hubungan erat diplomatik antarabangsa untuk rundingan bagi proses mengeluarkan 23 rakyat Malaysia.
“SNCC turut menzahirkan penghargaan kepada keseluruhan jemaah menteri, khususnya Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang banyak memainkan peranan,” katanya pada sidang media di sini malam ini.
Selain itu, Sany Araby berkata empat rakyat Malaysia yang berada di atas kapal pemerhati, Jong serta beberapa individu lain yang ditempatkan di Cyprus dan Jordan berada dalam keadaan baik dan dijangka bergabung dengan delegasi Malaysia di Istanbul sebelum pulang bersama-sama ke tanah air.
Beliau berkata kejayaan membawa keluar semua rakyat Malaysia dari Israel ialah hasil rundingan diplomatik kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Turkiye, Jordan dan Amerika Syarikat. Beliau turut mengesahkan 137 daripada 462 peserta misi GSF dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Algeria, Maghribi, Itali, Kuwait, Libya, Mauritania, Switzerland, Tunisia, Jordan dan Malaysia yang ditahan telah berjaya dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye.
“Sumud Nusantara mengajak semua pendukung untuk terus mendoakan agar kesemua baki delegasi GSF yang masih dalam tahanan dibebaskan segera,” katanya.
Pada Khamis lepas, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.
Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).
Turut ditahan, Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).
Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan Israel. Dalam pada itu, Sany Araby mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersatu hati dan melaksanakan solat hajat dan qunut nazilah agar perang di Gaza dapat dihentikan segera.
Katanya, SNCC sedang merancang gelombang kedua misi kemanusiaan melibatkan bantuan darat secara besar-besaran dari Malaysia ke Gaza sekiranya koridor kemanusiaan Rafah dibuka.
“Ini mesej khas saya untuk seluruh rakyat Malaysia yang menjadi pencinta keamanan, pendukung pembebasan Gaza, Misi Sumud Nusantara dan GSF. Ini menjadi saksi dan bukti besar dalam sejarah yang berjaya membangkitkan gelombang kesatuan,” katanya.
Sumber: Bernama
The post GSF: Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/05/gsf-delegasi-malaysia-dijadual-berlepas-pulang-ke-tanah-air-isnin-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
27 Aktivis Gsf Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

27 Aktivis Gsf Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 235 hits
27 Aktivis GSF Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air Kira kira 27 warganegara Greece yang ditahan di Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dilaporkan akan pulang ke tanah air hari ini lapor AFP Kenyataan Kemente...
Gsf Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air

Gsf Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 166 hits
GSF Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air SEPANG 7 Okt Sebanyak 23 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza selamat tiba di tanah air malam...
Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 2045 hits
Penyanyi terkenal Zizi Kirana baru baru ini mencuri perhatian peminat apabila berkongsi perkembangan selepas menyertai misi kemanusiaan Flotila Sumud Global ke Semenanjung Gaza Tak pasti bila pulang ke Malaysia Menerusi perkongsian di Zizi ...
Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 183 hits
Kejayaan membawa pulang 23 rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla membuktikan kekuatan diplomasi MADANI yang berpaksikan prinsip kemanusiaan keadilan dan maruah rakyat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasuti...
Gsf Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye

Gsf Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 204 hits
GSF Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye KUALA LUMPUR 4 Okt Sebanyak 23 rakyat Malaysia anggota delegasi Global Sumud Flotilla yang berada dalam tahanan sejak Khamis telah selamat dibawa keluar dari Israel Pusat G...
Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air

Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 190 hits
Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air SEPANG 3 Okt Lima rakyat Malaysia dan seorang rakyat Brunei yang sebelum ini terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla selamat tiba di tanah air semalam Ketua Penga...
Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman Pastikan Delegasi Gsf Malaysia Dapat Perlindungan

Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman Pastikan Delegasi Gsf Malaysia Dapat Perlindungan

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 249 hits
Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman Pastikan Delegasi GSF Malaysia Dapat Perlindungan KUALA LUMPUR 2 Okt Lima peguam yang juga aktivis undang undang hak asasi manusia dari Malaysia kini berada di Amman Jordan bagi memastikan delegasi negar...
Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 184 hits
Melalui laporan Harian Metro Pusat Kawalan Sumud Flotilla Nusantara melaporkan 12 sukarelawan daripada Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel berada dalam keadaan selamat var currentUrlTwo window location hostname window location pa
Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli

Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 440 hits
Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli Bekalan air yang bersih dan selamat untuk diminum merupakan hak asasi manusia dan menjadi tunggak bagi membina komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan Dalam ...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar