Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman Pastikan Delegasi Gsf Malaysia Dapat Perlindungan


Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman, Pastikan Delegasi GSF Malaysia Dapat Perlindungan
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Lima peguam yang juga aktivis undang-undang hak asasi manusia dari Malaysia kini berada di Amman, Jordan bagi memastikan delegasi negara dalam Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Israel mendapat perlindungan undang-undang secara telus dan adil.
Seorang daripada lima peguam itu, Dir Kheizwan Kamaruddin berkata mereka akan mewakili delegasi Malaysia yang ditahan dan akan berurusan dengan peguam The Legal Centre for Arab Minorities Rights in Israel (ADALAH) yang berpangkalan di Israel, serta peguam antarabangsa untuk proses perundangan.
“Ya, kami masih dalam urusan perundangan dan sekejap lagi akan ke Kedutaan Malaysia di Jordan. Kemungkinan besar delegasi Malaysia yang ditahan akan dihantar balik melalui Jordan.
“Kami bersedia dalam apa jua keadaan. Kami akan ke Mesir sekiranya deportasi dibuat melalui Mesir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain Dir Kheizwan, empat peguam lain yang terlibat ialah Fahmi Abd Moin, Azril Mohd Amin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan.
Sementara itu, Fahmi berkata kehadiran pasukan guaman dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) adalah untuk memastikan hak dan kepentingan rakyat Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan GSF terjamin, khususnya dari sudut perundangan sekiranya mereka ditahan.
“Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku, antaranya mereka mungkin dibawa ke pelabuhan di Israel untuk proses dokumentasi imigresen sebelum dihantar pulang melalui Kedutaan Malaysia di Amman atau Kaherah, Mesir.
“Selain itu, mereka juga berdepan kemungkinan ditahan hingga 72 jam mengikut undang-undang imigresen Israel, atau lebih lama sekiranya dianggap sebagai pengganas,” katanya yang memaklumkan pasukan guaman itu tiba di Amman, semalam (1 Okt).
Fahmi berkata mereka akan berhubung rapat dengan kumpulan peguam hak asasi manusia yang dikenali sebagai ADALAH bagi memastikan semua proses undang-undang dipatuhi dan hak rakyat Malaysia terbela memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
BACA: Seram, Pempengaruh Terkejut Dengar Suara Misteri Di Siaran Radio Popular Sumber: Bernama
The post Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman, Pastikan Delegasi GSF Malaysia Dapat Perlindungan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/02/lima-peguam-malaysia-berada-di-amman-pastikan-delegasi-gsf-malaysia-dapat-perlindungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gsf Peguam Adalah Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia

Gsf Peguam Adalah Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 178 hits
GSF Peguam ADALAH Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia SEPANG 3 Okt Peguam daripada Pusat Undang Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel telah memulakan sesi konsultasi bagi mewakili aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia y...
Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 225 hits
GSF Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini SEPANG 4 Okt Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla dan kini berada di Istanbul Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel...
Delegasi Malaysia Di Istanbul Keep Free Palestine

Delegasi Malaysia Di Istanbul Keep Free Palestine

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 128 hits
ISTANBUL Delegasi Malaysia dari misi Global Sumud Flotilla akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada Sabtu dengan laungan penuh semangat KEEP FREE PALESTINE bergema dari rombongan tersebut Laungan Ustaz Mad Dalam suasana p...
Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 147 hits
Kejayaan membawa pulang 23 rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla membuktikan kekuatan diplomasi MADANI yang berpaksikan prinsip kemanusiaan keadilan dan maruah rakyat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasuti...
Gsf Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar

Gsf Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 160 hits
GSF Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan setiap ahli keluarga aktivis dan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi kemanu...
Gsf Pm Anwar Akan Rai Aktivis Malaysia Di Kl

Gsf Pm Anwar Akan Rai Aktivis Malaysia Di Kl

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 132 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan dengan aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla dan kini berada di Istanbul Turkiye pada 5 Oktober 2025 Foto X Anwar IbrahimPUTRAJAYA 5 Okt Dalam kesibukan merancang...
Kapal Sumud Flotilla Bawa Delegasi Malaysia Melepasi Zon Kuning

Kapal Sumud Flotilla Bawa Delegasi Malaysia Melepasi Zon Kuning

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 616 hits
NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRULPETALING JAYA Beberapa kapal Global Sumud Flotilla yang membawa sukarelawan Malaysia antaranya Rahmat Ikhsan Zizi Kirana Ardell Aryana serta dua beradik iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sudah memasuki zon kunin...
Gsf Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di Klia Malam Esok

Gsf Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di Klia Malam Esok

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 130 hits
GSF Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di KLIA Malam Esok PUTRAJAYA 6 Okt Kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla akan tiba di tanah air malam esok Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara Datuk Dr ...
Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 161 hits
erdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menganjurkan perhimpunan khas bagi meraikan kepulangan para aktivis Global Sumud Flotila yang baru sahaja dibebaskan daripada tahanan tentera Israel Perhimpunan khas sambut w...
Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Caning Should Return To Schools Under Strict Rules But That S My Opinion Pm

Govt To Speed Up Building Of Concrete Wall Along Thai Border

Makanan Glow Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

Kl Lites Better Plan Wfh Lest Face Road Disruptions Anti Trump Protests In Asean Summit Run Up

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Komando Serang Masjid Rusila

Sarawak Secured Largest Share Of Petronas S Spending In Past 7 Years Dewan Told


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanda Tanda Seorang Lelaki Tidak Lagi Menyayangi Isterinya

Gegar Vaganza 2025

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Dengan Bidara

Printing Kotak Packaging Lipmatte Custom Tambah Nilai Premium Pada Produk Anda

Apam Eno

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global