Gsf Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air


GSF: Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air
SEPANG, 7 Okt (Bernama) — Sebanyak 23 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza selamat tiba di tanah air malam ini, disambut suasana penuh emosi dan syukur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Kesemua mereka yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye pada Isnin, 11.20 malam waktu tempatan, terlebih dahulu transit di Dubai, Emeriah Arab Bersatu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke tanah air dengan penerbangan Emirates EK342 yang mendarat pada 10.07 malam di KLIA.
Ketibaan mereka disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, wakil Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ratusan pendukung Palestin dengan laungan Free Free Palestin dan Allahuakbar sambil mengibarkan bendera Palestin.
Tangisan kegembiraan, air mata kesyukuran dan pelukan erat antara ahli keluarga serta rakan seperjuangan mengiringi detik-detik pertemuan tersebut, membawa tamatnya episod mencemaskan apabila mereka ditahan tentera Israel selepas kapal-kapal misi GSF dipintas di perairan zon merah di Laut Mediterranean pada 2 Okt, sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.
Kesemua 23 sukarelawan terbabit ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah (kapal Hio); Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga) serta Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma).
Turut berada dalam misi itu ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius); Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar dan Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).
Turut kembali bersama ialah empat aktivis yang menaiki kapal pemerhati Summertime-Jong iaitu Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman; Mazian, Serieffa dan Ariff Budiman.
Lima peguam yang juga aktivis undang-undang hak asasi manusia dari Malaysia turut pulang bersama iaitu Azril Mohd Amin, Fahmi Abd Moin, Dir Kheizwan Kamaruddin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan.
Pada 2 Okt, rejim Israel telah memintas kesemua 42 kapal misi kemanusiaan GSF ke Gaza dan menahan 495 aktivis, termasuk 23 aktivis Malaysia yang kemudian dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Okt.
Kejayaan membawa pulang semua 23 aktivis Malaysia memperlihatkan kecekapan diplomasi rentas sempadan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan rundingan bersama Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani; Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani; Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Ketua Keselamatan Negara Turkiye Dr Ibrahim Kalin.
BACA: Aktivis Flotila Gaza Cerita “Layanan Buruk” Tentera Israel, Ucap Terima Kasih Kepada Türkiye Sumber: Bernama
The post GSF: Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/07/gsf-air-mata-syukur-iringi-kepulangan-23-sukarelawan-malaysia-ke-tanah-air/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 238 hits
GSF Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini SEPANG 4 Okt Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla dan kini berada di Istanbul Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel...
Ffc X Tmtg 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

Ffc X Tmtg 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 176 hits
FFC X TMTG 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air SEPANG 12 Okt Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza selamat tiba di tanah air petang ini Mereka menaiki pesawat Turkish...
Kepulangan Penuh Air Mata Rakyat Gaza Menyusuri Runtuhan Untuk Kembali Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata

Kepulangan Penuh Air Mata Rakyat Gaza Menyusuri Runtuhan Untuk Kembali Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 188 hits
GAZA CITY Ribuan rakyat Palestin mula berjalan pulang dari selatan menuju ke utara Gaza sebaik sahaja gencatan senjata diumumkan pada Jumaat dengan harapan untuk kembali ke rumah selepas dua tahun peperangan yang memusnahkan hampir seluruh ...
Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 157 hits
Melalui laporan Harian Metro Pusat Kawalan Sumud Flotilla Nusantara melaporkan 12 sukarelawan daripada Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel berada dalam keadaan selamat var currentUrlTwo window location hostname window location pa
Gsf Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi

Gsf Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 171 hits
GSF Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi KUALA LUMPUR 4 Okt Seramai 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla dari Malaysia yang dibawa keluar dari Israel selamat tiba di Istanbul T rkiye malam ini Menteri Komunikasi Datuk Fahmi F...
23 Sukarelawan Malaysia Gsf Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam Sncc

23 Sukarelawan Malaysia Gsf Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam Sncc

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 181 hits
23 Sukarelawan Malaysia GSF Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam SNCC SEPANG 3 Okt Kesemua 23 peserta Malaysia Global Sumud Flotilla yang kini ditahan Israel dijangka diterbangkan dari Ashdod dalam tempoh 48 jam Ketua Pengarah Pusat Ge...
27 Aktivis Gsf Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

27 Aktivis Gsf Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 206 hits
27 Aktivis GSF Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air Kira kira 27 warganegara Greece yang ditahan di Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dilaporkan akan pulang ke tanah air hari ini lapor AFP Kenyataan Kemente...
Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air

Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 176 hits
Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air SEPANG 3 Okt Lima rakyat Malaysia dan seorang rakyat Brunei yang sebelum ini terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla selamat tiba di tanah air semalam Ketua Penga...
Sukarelawan Gsf Sujud Syukur Di Klia Disambut Tangisan Dan Laungan Bebas Palestin

Sukarelawan Gsf Sujud Syukur Di Klia Disambut Tangisan Dan Laungan Bebas Palestin

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 153 hits
Noor Hidayah Tanzizihidayah tanzizi hmetro com mySUKARELAWAN GSF sujud syukur ketika keluar ke balai ketibaan di KLIA Terminal 1 malam ini FOTO Tangkap Layar Youtube Harian Metro Sepang Tangisan dan sorakan kegembiraan disusuli laungan Free...
To Debate Satanic Us Trade Deal

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

China Trade Deal Shows We Re Not Intimidated By Us Says Anwar

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

Quantum Sensing Transforming Measurement For Industry Innovation

Welcome Embrace No No But Rape Is Fine Pas Trolled Over Hypocrisy In Criticising Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Padang On Wheels Shah Alam Masakan Padang Asli Gurame Fresh Padu

Minyak Tak Meletup Dah 6 Bahan Rahsia Elak Minyak Merecik Ketika Goreng Ikan

Keropok Ikan Dari Masjid

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

Mywira Cara Mohon Pengeluaran Ltat 2025

Begini Cara Mengisi Arrival Card Taiwan Siapkan Passport Kamu