Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli


Nestlé Malaysia, Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli Bekalan air yang bersih dan selamat untuk diminum merupakan hak asasi manusia dan menjadi tunggak bagi membina komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan. Dalam usaha mencapai matlamat ini, Nestlé Malaysia telah memainkan peranan aktif selama beberapa tahun untuk menambah baik capaian kepada sumber yang berharga ini menerusi program Air Selamat, Komuniti Selamat. Lebih penting lagi, inisiatif ini bertekad untuk meningkatkan capaian kepada bekalan air bersih, sanitasi dan infrastruktur kebersihan bagi komuniti Orang Asli di seluruh negara. 
Sejak dilancarkan pada 2018 dengan kerjasama Yayasan Keamanan Global, program ini telah membawa manfaat kepada lebih 1,000 keluarga. Beberapa komuniti telah menerima infrastruktur yang amat diperlukan seperti sistem penapisan air, pam kuasa solar, sistem air berasaskan graviti dan juga bilik air.
 

 
Di samping itu, latihan Air, Sanitasi dan Kebersihan (WaSH) telah diberikan untuk menggalakkan amalan kebersihan lebih baik bagi meningkatkan tahap kesihatan komuniti Orang Asli. 
Berbekalkan hasil usaha yang dilaksanakan dan pengajaran yang ditimba sebelum ini, Nestlé Malaysia dan Yayasan Keamanan Global Malaysia telah memulakan inisiatif membina empangan dengan sistem bekalan air graviti yang ditambah baik, yang akan menjamin bekalan air selamat dan stabil bagi penempatan Orang Asli di Kampung Lumut, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Pembinaan empangan baharu ini, dan juga pemasangan sistem paip baharu, dan pembinaan tangki air dan talian paip di kawasan perkampungan akan membolehkan bekalan air dikawal selia dan ditambah baik.
Selain daripada membekalkan air bersih untuk minuman, memasak, bercucuk tanam dan menjaga kebersihan keseluruhan, penduduk kampung juga akan dilatih menerusi inisiatif ini untuk menggunakan dan menyelenggarakan infrastruktur, memupuk kebertanggungjawaban dan mampu diri komuniti dalam jangka panjang. 
Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, berkata: “Kami sukacita untuk sekali lagi berganding bahu dengan Yayasan Keamanan Global untuk membawa kesan positif berkekalan kepada komuniti Orang Asli di Malaysia.
 

 
Usaha ini mencerminkan agenda penjagaan air lebih luas Nestlé, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan tumpuan melindungi sumber air, meningkatkan daya tahan komuniti dan mencipta nilai jangka panjang bagi insan dan juga bumi kita.
Di Malaysia, kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Yayasan Keamanan Global, yang telah membolehkan kami menyantuni banyak komuniti Orang Asli di seluruh negara bagi membekalkan air selamat, membina infrastruktur penjagaan kebersihan asas dan meningkatkan kesedaran tentang amalan kebersihan.
Kami akan terus meluaskan inisiatif ini untuk mencetus perubahan positif berkekalan dalam kalangan komuniti yang memerlukan. Dengan membina empangan pada hari ini, selain daripada meningkatkan taraf hidup hidup komuniti Orang Asli di Kampung Lumut dengan serta-merta dan untuk jangka panjang, kami juga membina simbol berkekalan kerjasama kami dengan Yayasan Keamanan Global dengan matlamat bersama untuk memperkasakan komuniti yang terlibat dan menambah baik kehidupan mereka.
 

 
Saya juga ingin memuji kesungguhan ramai rakan sekerja di Nestlé, yang secara sukarela meluangkan masa untuk bersama kami pada hari ini, membuktikan bahawa platform sukarelawan kakitangan Nestlé Sayang Komuniti ternyata amat bermakna.”
Dr. Teh Su Thye, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Keamanan Global Malaysia menambah, “Kerjasama ini memperlihatkan kuasa kerjasama. Empangan di Kampung Lumut memberikan talian hayat yang meningkatkan kesihatan, punca pendapatan dan harga diri komuniti Orang Asli. Dengan menggabungkan komitmen Nestlé, kepakaran kami, dan penyertaan aktif orang kampung, kami telah mencipta penyelesaian yang lestari dan dimanfaatkan oleh komuniti selama bertahun-tahun akan datang.” 
 

 
Ukai Bin Badak, Tok Batin Kampung Lumut, berkata, “Selama bertahun-tahun lamanya, kami bergantung kepada sistem lama dan empangan yang telah rosak. Agak sukar untuk kami mendapatkan bekalan air bersih yang secukupnya, dan kami sering bimbang tentang kesihatan keluarga kami.
Dengan sistem baharu ini, kami berharap untuk mendapatkan sumber bekalan air yang boleh dipercayai untuk rumah kami. Kami benar-benar terhutang budi kepada Nestlé dan Yayasan Keamanan Global Malaysia kerana membantu kami mengembalikan sesuatu yang amat penting bagi komuniti kami.” 
 

 
Memandangkan perubahan iklim meningkatkan impak terhadap alam sekitar, Nestlé Malaysia dan rakan-rakan kerjasamanya; termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan yang berwibawa, dan kumpulan masyarakat menunjukkan bagaimana kerjasama yang berkesan boleh membawa impak yang positif terhadap masyarakat dan alam sekitar.
Menerusi program penyelesaian strategik yang membina, usaha ini sejajar dengan aspirasi Syarikat untuk membentuk masa depan lebih cerah bagi negara, masyarakat majmuknya dan juga bumi kita.
The post Nestlé Malaysia, Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/25/nestle-malaysia-yayasan-keamanan-global-sediakan-sumber-air-komuniti-orang-asli/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itm 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global

Itm 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2474 hits
ITM 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global KUALA LUMPUR Islamic Tourism Month 2025 atau Bulan Pelancongan Islam 2025 kini kembali dengan edisi keempat yang mewarnai pengalaman pelancongan dan hospitaliti mesra Musl...
Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 701 hits
Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia Sempena sambutan Hari Pengasas Bata jenama kasut ikonik ini meraikan dua detik bersejarah 131 tahun legasi global dan 95 tahun perjalanan di Malaysia di mana ia telah menj...
Peserta Malaysia Dalam Global Sumud Flotilla

Peserta Malaysia Dalam Global Sumud Flotilla

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 292 hits
Kita doakan semua peserta selamat dalam perjalanan dan mencapai matlamat Kepada Allah kita berserah Laporan The Star 2 10 2025 6 51 pagi PETALING JAYA Global Sumud Flotilla vessels which had Malaysians aboard has been intercepted by the Isr...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR Beberapa kapal bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju Gaza dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa pada Rabu malam waktu tempatan memetik laporan CNN Dalam kenyataan GSF berkata kapal Alma Sirius ...
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 846 hits
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial KUALA LUMPUR Tumpuan dunia bakal terarah kepada Malaysia apabila Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Forum lima hari ...
Teknologi Yang Digunakan Oleh Influencer Malaysia Anda Pun Boleh Guna

Teknologi Yang Digunakan Oleh Influencer Malaysia Anda Pun Boleh Guna

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1481 hits
Teknologi Yang Digunakan Oleh Influencer Malaysia Anda Pun Boleh Guna Siapa kata nak jadi influencer atau content creator perlukan bajet besar Sebenarnya ramai influencer Malaysia bermula dengan setup bajet tetapi gunakan peralatan yang tep...
Iphone 17 Dengan Ios 26 Berbaloi Ke Untuk Orang Malaysia

Iphone 17 Dengan Ios 26 Berbaloi Ke Untuk Orang Malaysia

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1791 hits
Views 1 iPhone 17 iOS 26 Semua Ciri Baharu dan Kenapa Ia Penting untuk Pengguna Malaysia Pengenalan Apple baru sahaja melancarkan iPhone 17 bersama sistem operasi iOS 26 membawa beberapa perubahan yang menarik bukan sahaja dari segi spesifi...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd