Gsf Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye


GSF: Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Sebanyak 23 rakyat Malaysia anggota delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) yang berada dalam tahanan sejak Khamis, telah selamat dibawa keluar dari Israel.
Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan pesawat khas membawa semua aktivis Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel menuju ke Istanbul, Turkiye pada 6.45 petang waktu Malaysia.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu siaran langsung di Facebook hari ini memaklumkan kesemua 23 rakyat Malaysia terlibat dalam misi GSF itu akan berada di Istanbul untuk tempoh sekurang-kurangnya sehari bagi pemeriksaan kesihatan akibat trauma dan tekanan daripada tindakan keras dan zalim Israel, sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
Anwar yang juga penaung misi Sumud Nusantara menegaskan bahawa kejayaan membebaskan dan membawa pulang 23 rakyat Malaysia daripada tahanan Israel ialah hasil rundingan diplomatik yang panjang.
Beliau berkata proses pembebasan itu melibatkan koordinasi erat pada peringkat antarabangsa termasuk melalui perbincangan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan kerajaan Jordan, serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama-sama Utusan Khas AS ke Timur Tengah Steve Witkoff.
BACA JUGA: Anwar Hubungi 9 Lagi Aktivis Malaysia Kini Sedang Menuju Ke Gaza Perdana Menteri berkata kejayaan itu juga ialah hasil rundingan beliau sendiri bersama dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan serta Ketua Keselamatan Negara Turkiye Dr Ibrahim Kalin.
Menurut Perdana Menteri, perancangan dan rundingan membawa pulang dan menyelamatkan semua mangsa tidak hanya terbatas pada keselamatan delegasi dari Malaysia dan Turkiye, tetapi turut melibatkan beberapa negara lain antaranya termasuklah Indonesia serta Eropah.
Pada Khamis, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera Israel selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.
Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).
Selain itu, turut ditahan ialah Razali Awang yang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).
GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel, sambil menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi catatan di Facebook berkata kesemua 23 rakyat Malaysia yang terlibat berlepas menaiki pesawat khas kerajaan Turkiye, TK6921 dari Lapangan Terbang Ramon.
Beliau berkata Kedutaan Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul akan menguruskan kediaman semua yang terlibat untuk bermalam di Istanbul sebelum dibawa balik ke tanah air.
“Terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri dan Recep Tayyip Erdogan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post GSF: Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/04/gsf-pesawat-bawa-keluar-rakyat-malaysia-selamat-berlepas-ke-turkiye/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 246 hits
GSF Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat KP SNCC SEPANG 2 Okt Kesemua peserta misi Global Sumud Flotilla termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel diyakini berada dalam keadaan selamat Ketua Pengarah Su...
Malaysia Mohon Bantuan Turki Bawa 23 Aktivis Gsf Keluar Dari Israel

Malaysia Mohon Bantuan Turki Bawa 23 Aktivis Gsf Keluar Dari Israel

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 208 hits
Faiz ZainudinPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata proses membawa pulang dijangka ambil masa dua atau tiga hari jika semua rundingan berjalan lancar Seramai 23 aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia ditahan tentera Israel KUALA LUMPUR ...
23 Rakyat Malaysia Dibebaskan Dalam Perjalanan Ke Turkiye

23 Rakyat Malaysia Dibebaskan Dalam Perjalanan Ke Turkiye

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR Seramai 23 rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla kini dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon Israel sebelum diterbangkan ke Istanbul Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan re...
Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 253 hits
GSF Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini SEPANG 4 Okt Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla dan kini berada di Istanbul Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel...
Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

Pm Anwar Umum Perhimpunan Khas Rai Aktivis Gsf Lambang Keberanian Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 227 hits
erdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menganjurkan perhimpunan khas bagi meraikan kepulangan para aktivis Global Sumud Flotila yang baru sahaja dibebaskan daripada tahanan tentera Israel Perhimpunan khas sambut w...
Sembilan Rakyat Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Ffc Tmtg Dibebaskan Kini Selamat Di Istanbul

Sembilan Rakyat Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Ffc Tmtg Dibebaskan Kini Selamat Di Istanbul

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 197 hits
PUTRAJAYA Kementerian Luar mengesahkan bahawa kesemua sembilan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza telah dibebaskan sepenuhnya hari ini Tiba Selamat Di Istanbul Menurut ke...
Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 183 hits
Kejayaan membawa pulang 23 rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla membuktikan kekuatan diplomasi MADANI yang berpaksikan prinsip kemanusiaan keadilan dan maruah rakyat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasuti...
Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 183 hits
Kerajaan jamin bantu keluarga 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza selain memastikan sokongan disalurkan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berk...
Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 306 hits
Status terkini aktivis Malaysia yang ditahan rejim Israel atau terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara setakat jam 11 50 pagi 2 Oktober 2025 KUALA LUMPUR 2 Okt Kemaskini senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dal...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Grand Mercure Diperkenalkan Di Bukit Bintang Kuala Lumpur Malaysia

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Bisikan Qarin Di Sebalik Seram Terselindung Pesanan Akidah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun