Ffc X Tmtg 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air


FFC X TMTG: 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air
SEPANG, 12 Okt (Bernama) — Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG), selamat tiba di tanah air petang ini.
Mereka menaiki pesawat Turkish Airlines TK60, pada Ahad 1.40 pagi dari Istanbul dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada 4.01 petang.
Kepulangan mereka disambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, anggota keluarga dan penyokong yang setia menunggu dengan sabar di Balai Ketibaan.
Gambar: BERNAMA Misi kemanusiaan FFC x TMTG itu melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara, menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad, yang dipintas tentera Zionis ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada Rabu lepas, sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod dan kemudiannya dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel.
Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil, manakala seorang lagi doktor perubatan Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad.
BACA: Dr Fauziah, Wartawan Astro Awani & 7 Lagi Aktivis Malaysia Sah Ditahan Pada 8 Okt, misi FFC ke Gaza telah dipintas tentera Israel pada 10.50 pagi waktu Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh tentera zionis Israel, yang menahan kapal misi kemanusiaan itu.
Perdana Menteri berkata tindakan menahan kapal yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.
Pada hari sama, Wisma Putra telah menghubungi Turkiye dan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Christopher Landau, sebagai usaha menyegerakan pembebasan sembilan aktivis Malaysia yang ditahan tentera Israel.
Pada 10 Okt, sembilan aktivis itu dibebaskan dan telah dipindahkan keluar dari Israel menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dan tiba di Istanbul, Turkiye, pada pukul 2.30 petang (waktu tempatan) atau 7.30 malam (waktu Malaysia).
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Anwar memaklumkan telah menghubungi Presiden Turkiye Presiden Recep Tayyip Erdogan, berhubung usaha menyelamatkan aktivis Malaysia dan usaha diplomatik sedang dijalankan bagi menguruskan proses penghantaran pulang rakyat Malaysia.
Turkiye merupakan antara negara yang membantu Malaysia dalam proses membawa pulang 23 aktivis yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah di Laut Mediterranean sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.
BACA: Kapal FFC Dipintas, Anwar Gesa Semua Aktivis Malaysia Dibebaskan
Sumber: BERNAMA
The post FFC X TMTG: 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/12/ffc-x-tmtg-9-aktivis-malaysia-selamat-tiba-di-tanah-air/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air

Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 211 hits
Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air SEPANG 3 Okt Lima rakyat Malaysia dan seorang rakyat Brunei yang sebelum ini terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla selamat tiba di tanah air semalam Ketua Penga...
Sembilan Rakyat Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Ffc Tmtg Dibebaskan Kini Selamat Di Istanbul

Sembilan Rakyat Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Ffc Tmtg Dibebaskan Kini Selamat Di Istanbul

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 207 hits
PUTRAJAYA Kementerian Luar mengesahkan bahawa kesemua sembilan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza telah dibebaskan sepenuhnya hari ini Tiba Selamat Di Istanbul Menurut ke...
Gsf Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi

Gsf Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 234 hits
GSF Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi KUALA LUMPUR 4 Okt Seramai 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla dari Malaysia yang dibawa keluar dari Israel selamat tiba di Istanbul T rkiye malam ini Menteri Komunikasi Datuk Fahmi F...
Video Aktivis Flotila Malaysia Tiba Di Terminal Vip Di Istanbul

Video Aktivis Flotila Malaysia Tiba Di Terminal Vip Di Istanbul

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 213 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANAntara aktivis Malaysia yang tiba di Terminal VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di Turkiye hari ini PUTRAJAYA Seramai 23 aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla selamat mendarat di Lapangan Terba...
27 Aktivis Gsf Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

27 Aktivis Gsf Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 253 hits
27 Aktivis GSF Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air Kira kira 27 warganegara Greece yang ditahan di Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dilaporkan akan pulang ke tanah air hari ini lapor AFP Kenyataan Kemente...
Gsf Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air

Gsf Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 185 hits
GSF Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air SEPANG 7 Okt Sebanyak 23 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza selamat tiba di tanah air malam...
Selamat Tiba Di Turki Aktivis Gsf Dedah Detik Hitam Ditahan Israel

Selamat Tiba Di Turki Aktivis Gsf Dedah Detik Hitam Ditahan Israel

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 200 hits
Selamat Tiba Di Turki Aktivis GSF Dedah Detik Hitam Ditahan Israel Sekumpulan aktivis antarabangsa yang tiba di Istanbul selepas dideportasi dari Israel mendakwa mereka diperlakukan dengan kasar selepas flotila bantuan Gaza yang mereka sert...
Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 278 hits
GSF Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini SEPANG 4 Okt Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla dan kini berada di Istanbul Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel...
Gsf Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di Klia Malam Esok

Gsf Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di Klia Malam Esok

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 193 hits
GSF Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di KLIA Malam Esok PUTRAJAYA 6 Okt Kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla akan tiba di tanah air malam esok Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara Datuk Dr ...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia