23 Sukarelawan Malaysia Gsf Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam Sncc


23 Sukarelawan Malaysia GSF Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam – SNCC
SEPANG, 3 Okt (Bernama) — Kesemua 23 peserta Malaysia Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini ditahan Israel, dijangka diterbangkan dari Ashdod dalam tempoh 48 jam.
Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata perkembangan baik itu susulan usaha berterusan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penaung Sumud Nusantara dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
“Dengan usaha yang dimainkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Turkiye, SNCC menjangkakan fasa untuk menerbangkan mereka dari Ashdod akan berlaku dalam tempoh 48 jam lagi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sani Araby berkata ketika ini, proses rundingan diplomatik pada tahap maksimum antara Perdana Menteri bersama dengan pimpinan Turkiye, Qatar dan Amerika Syarikat serta beberapa negara rakan strategik bagi memastikan pembebasan segera peserta Malaysia yang ditahan.
“Insya-Allah dalam sedikit masa lagi, kita dapat menjemput mereka (peserta) pulang ke Malaysia, mungkin melalui Ankara ataupun Istanbul,” katanya.
BACA: Wisma Putra: 23 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Flotila Ke Gaza Selamat, Akan Dihantar Pulang Sani Araby berkata usaha membawa pulang rakyat Malaysia itu akan diketuai oleh kerajaan Turkiye dan perkembangan baik itu dimaklumkan sendiri oleh Anwar kepada beliau pada 8.10 pagi tadi.
“Beliau (Anwar) bukan sahaja memberikan komitmen penuh, tetapi juga memaklumkan bahawa usaha membawa pulang sedang berjalan.
“Beliau (Anwar) sendiri telah menghubungi berkali-kali Presiden Erdogan, Presiden Qatar serta pihak Amerika Syarikat,” katanya.
Sani Araby berkata Perdana Menteri juga memberikan jaminan bahawa beliau akan mengetuai sendiri proses terbabit dengan sokongan langsung Presiden Turkiye dan peranan aktif Kementerian Luar.
Beliau berkata Malaysia bersama-sama Turkiye dijangka menjadi antara negara pertama yang akan membawa pulang rakyat masing-masing. Sani Araby berharap seluruh rakyat Malaysia meneruskan doa dan melihat objektif utama misi GSF, iaitu mendesak perang dihentikan, kebuluran ditamatkan dan membuka koridor kemanusiaan segera untuk memastikan bantuan dapat disalurkan.
“Insya-Allah dengan doa dan sokongan semua, kita dapat pastikan keselamatan peserta serta meneruskan perjuangan untuk Palestin,” katanya.
Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan Israel.
Kementerian Luar sebelum ini mengesahkan kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF telah ditahan Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Sumber: Bernama
The post 23 Sukarelawan Malaysia GSF Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam – SNCC appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/03/23-sukarelawan-malaysia-gsf-dijangka-diterbangkan-dalam-tempoh-48-jam-sncc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumud Flotilla Sncc Terputus Hubungan Dengan 10 Sukarelawan Malaysia

Sumud Flotilla Sncc Terputus Hubungan Dengan 10 Sukarelawan Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 244 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANPaparan terkini menunjukkan senarai sukarelawan Malaysia yang terputus hubungan dengan SNCC sebentar tadi SEPANG Pusat Kawalan Sumud Nusantara mengeluarkan laporan telah terputus hubungan dengan 10 sukarelawan Malaysia...
Gsf Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi

Gsf Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 213 hits
GSF Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi KUALA LUMPUR 4 Okt Seramai 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla dari Malaysia yang dibawa keluar dari Israel selamat tiba di Istanbul T rkiye malam ini Menteri Komunikasi Datuk Fahmi F...
Peserta Gsf Dipaksa Melutut Tangan Bergari Sekitar Lima Jam Ketua Pengarah Sncc

Peserta Gsf Dipaksa Melutut Tangan Bergari Sekitar Lima Jam Ketua Pengarah Sncc

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 145 hits
Peserta GSF Dipaksa Melutut Tangan Bergari Sekitar Lima Jam Ketua Pengarah SNCC KUALA LUMPUR Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan para peserta Global Sumud Nusantara Flotilla dipaksa melutut dengan tangan ber...
Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 243 hits
GSF Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat KP SNCC SEPANG 2 Okt Kesemua peserta misi Global Sumud Flotilla termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel diyakini berada dalam keadaan selamat Ketua Pengarah Su...
Gsf Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air

Gsf Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 163 hits
GSF Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air SEPANG 7 Okt Sebanyak 23 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza selamat tiba di tanah air malam...
Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 182 hits
Melalui laporan Harian Metro Pusat Kawalan Sumud Flotilla Nusantara melaporkan 12 sukarelawan daripada Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel berada dalam keadaan selamat var currentUrlTwo window location hostname window location pa
Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 297 hits
Status terkini aktivis Malaysia yang ditahan rejim Israel atau terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara setakat jam 11 50 pagi 2 Oktober 2025 KUALA LUMPUR 2 Okt Kemaskini senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dal...
Gsf Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye

Gsf Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 202 hits
GSF Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye KUALA LUMPUR 4 Okt Sebanyak 23 rakyat Malaysia anggota delegasi Global Sumud Flotilla yang berada dalam tahanan sejak Khamis telah selamat dibawa keluar dari Israel Pusat G...
Freedom Flotilla Coalition Dijangka Masuk Zon Kuning Dalam 24 Jam

Freedom Flotilla Coalition Dijangka Masuk Zon Kuning Dalam 24 Jam

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 185 hits
Freedom Flotilla Coalition Dijangka Masuk Zon Kuning Dalam 24 Jam SERDANG 4 Okt Pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition yang turut disertai sembilan rakyat Malaysia dijangka memasuki zon kuning iaitu 300 batu nautika dari pesi...
Prn Sabah Bukan Calon Lompat Parti Rafizi Ingatkan Pkr Semangat Reformasi

Wti Analisis Harga Ramalan Peningkatan Pengeluaran Menurunkan Nilai Minyak

7 Ulam Power Untuk Badan Sihat

Perkembangan Terkini Redenominasi Rupiah Apa Yang Perlu Anda Tahu

Pemimpin Sekolah Mendapat Autonomi Dalam Pelaksanaan Pengajaran Bersama

Vpn Terbaik Untuk Pengguna Malaysia Selamat Laju

Jenis Daging Lembu Panduan Lengkap Power Untuk Pilih Potongan Terbaik

Bel M Tower Panduan Lawatan Pelancong Muslim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Wagyu Beef Joint Recipe

Birthday Dinner Di Secret Recipe

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Kali Kedua Dak Akak Masuk Raudah

Filem Penghukum Nusantara Assassin

Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk Ini Penjelasan Sebenar