Gsf Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul Fahmi


GSF: Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul – Fahmi
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Seramai 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang dibawa keluar dari Israel selamat tiba di Istanbul, Türkiye, malam ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim.
“Alhamdulillah, Datuk Sani Araby baru maklum bahawa 23 sukarelawan GSF dari Malaysia telah selamat tiba di Istanbul.
“Semoga Allah SWT memberi mereka semangat dan mempermudah segala urusan untuk kembali dengan selamat ke Malaysia,” katanya dalam hantaran di media sosial malam ini.
Terdahulu, SNCC memaklumkan bahawa pesawat khas membawa semua aktivis Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel, pada 6.45 petang waktu Malaysia.
Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi catatan di Facebook berkata semua 23 rakyat Malaysia berkenaan berlepas menaiki pesawat khas kerajaan Turkiye, TK6921.
Pada Khamis, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.
BACA: GSF: Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).
Selain itu, Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).
GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel, sambil menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
Sumber: Bernama
The post GSF: Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul – Fahmi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/04/gsf-sukarelawan-malaysia-selamat-tiba-di-istanbul-fahmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 200 hits
Melalui laporan Harian Metro Pusat Kawalan Sumud Flotilla Nusantara melaporkan 12 sukarelawan daripada Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel berada dalam keadaan selamat var currentUrlTwo window location hostname window location pa
Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 266 hits
GSF Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat KP SNCC SEPANG 2 Okt Kesemua peserta misi Global Sumud Flotilla termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel diyakini berada dalam keadaan selamat Ketua Pengarah Su...
23 Sukarelawan Malaysia Telah Dibebaskan Terbang Ke Istanbul Anwar Ibrahim

23 Sukarelawan Malaysia Telah Dibebaskan Terbang Ke Istanbul Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 166 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kesemua 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla dari Malaysia yang ditahan rejim Israel telah dibebaskan dan kini dalam perjalanan pulang Menurut Anwar kumpulan berkenaan sedang dibawa ke La...
Gsf Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye

Gsf Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 225 hits
GSF Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye KUALA LUMPUR 4 Okt Sebanyak 23 rakyat Malaysia anggota delegasi Global Sumud Flotilla yang berada dalam tahanan sejak Khamis telah selamat dibawa keluar dari Israel Pusat G...
Gsf Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di Klia Malam Esok

Gsf Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di Klia Malam Esok

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 205 hits
GSF Semua 23 Aktivis Malaysia Akan Tiba Di KLIA Malam Esok PUTRAJAYA 6 Okt Kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla akan tiba di tanah air malam esok Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara Datuk Dr ...
23 Sukarelawan Malaysia Gsf Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam Sncc

23 Sukarelawan Malaysia Gsf Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam Sncc

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 308 hits
23 Sukarelawan Malaysia GSF Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam SNCC SEPANG 3 Okt Kesemua 23 peserta Malaysia Global Sumud Flotilla yang kini ditahan Israel dijangka diterbangkan dari Ashdod dalam tempoh 48 jam Ketua Pengarah Pusat Ge...
Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 204 hits
Kerajaan jamin bantu keluarga 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza selain memastikan sokongan disalurkan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berk...
Selamat Tiba Di Turki Aktivis Gsf Dedah Detik Hitam Ditahan Israel

Selamat Tiba Di Turki Aktivis Gsf Dedah Detik Hitam Ditahan Israel

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 208 hits
Selamat Tiba Di Turki Aktivis GSF Dedah Detik Hitam Ditahan Israel Sekumpulan aktivis antarabangsa yang tiba di Istanbul selepas dideportasi dari Israel mendakwa mereka diperlakukan dengan kasar selepas flotila bantuan Gaza yang mereka sert...
Gsf Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air

Gsf Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 200 hits
GSF Air Mata Syukur Iringi Kepulangan 23 Sukarelawan Malaysia Ke Tanah Air SEPANG 7 Okt Sebanyak 23 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza selamat tiba di tanah air malam...
Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

Singgah Cendol Borhan Tanjung Karang

More Than Just Sound Get The Crowd Moving With Jbl Partybox 720

Lelaki Misteri Lrt Bangsar Serang Wanita

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

Coros Pace 4 Bakal Dilancarkan 8 Disember Ini

Airasia Perkenal Pilihan Hijab Untuk Kru Kabin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Tiram

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Gelar Isteri Perompak Kerana Ambil Wang Rm50 Beli Makanan