Goreng Ikan Keli Tak Meletup



       Kjee pasti ramai yang kenal apa itu Ikan Keli. Omputih panggil catfish kot. Kenapa?  Mungkin catfish ada misai panjang macam kucing. Pepandai lah mokcik. 😁🤭       Anyway,  Kjee belajar makan ikan ini dari arwah bapak. Hanya Kjee sorang yang ikut citarasa dia berkaitan ikan keli. Adik beradik lain ditakut-takutkan oleh Arwah Mak yang kononnya ikan ini licin macam ular. Justeru semua tak berani makan. Arwah bapak akan beli lauk ikan keli apabila dia balik kerja. Hanya untuk Kjee dan dia
       Mujurlah my husband dan anak suka makan ikan ni. UnclePali sekadar ikut jer. Makan pun cara kuis-kuis. 😁       Mungkin ada benarnya badan ikan Keli licin macam ular. Entahlah Kjee tak pernah pegang ular. Nauzubillah. Eeee nak sebut pun dah beremang bulu roma!


       Sebenarnya selain ikan ini licin,  ia juga meletup-letup ketika digoreng. Awas korang!  Satu dapur terpercik minyak kalau tak reti tekniknya
       Kjee tak lah terer tapi kena tahu caranya untuk elakkan ikan itu meletup-letup ketika digoreng
       First thing,  korang pilih ikan keli yang sudah siap disiang. Tak payah nak tunjuk terer beli ikan yang masih hidup dan melompat-lompat dalam baldi peniaga


       Kemudian korang letak ikan dalam besen dan lumur ikan dengan asam Jawa yang sudah dicampur dengan sedikit air. Kalau ada limau tak kesahlah limau kasturi atau limau nipis,  boleh gunakan.        Dah dilumur,  perap lebih kurang 20 minit. Pastu baru diurut-urut seluruh badan ikan itu dengan air asam Jawa atau limau sehingga lendir itu hilang. Kemudian cuci bersih
       Lendir pada ikan itu kalau tidak dicuci akan menyebabkan ia meletup-letup masa digoreng


       Toreh2 badan ikan dan letak kunyit dan garam pada ikan dan biarkan ia duduk dalam fridge lebih kurang 20 minit gitu. Lepas tu gorenglah macam biasa. Insya Allah dapur dan nyawa korang terselamat
       Kjee suka cicah ikan Keli goreng dengan air Asam. Cara buatnya,  hiris bulat nipis2 bawang besar,  sedikit belacan goreng,  cili padi yang diricik,  air asam jawa,  sedikit gula dan sedikit jus limau kasturi. Bancuh semua tu


      So kalau yang selama ini suka makan Ikan Keli tapi serik goreng meletup-letup macam nak perang,  cubalah teknik Kjee ini


       Masak lauk Lemak Cili Api sama belimbing buluh, pun sedap. Podeh-podeh. Tapi orang Nismilan salai dulu. Sodap tau! 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2022/08/goreng-ikan-keli-tak-meletup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ikan Goreng Style Orang Lama Padu Tak Ingat Confirm Nasi Bertambah

Resipi Ikan Goreng Style Orang Lama Padu Tak Ingat Confirm Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 227 hits
Tak perlu kuah bersantan atau sambal pedas cukup hanya ikan goreng pun buat kita makan nasi bertambah Jika kebiasaannya kita goreng ikan dengan kunyit dan garam sahaja ubah kelainan style orang lama Apa resipi orang lama Tidak hanya kunyit ...
Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 252 hits
Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Assalamualaikum Salam Sejahtera Hi korang Hari ini Murni nak berkongsi resipi sambal tomato ikan bilis goreng Masakan ni boleh dikatakan salah satu makanan yang Murni suka makan dan yang pastinya bila ...
Makan Pulut Gaul Nyor Bersama Ikan Rebus Goreng Sangat Sedap

Makan Pulut Gaul Nyor Bersama Ikan Rebus Goreng Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 266 hits
Buat orang Pantai Timur menu pulut bersama kelapa parut yang digaul dan ikan masin atau ikan rebus goreng memang menjadi kegemaran Memang tak pandang kiri kanan dah kalau jumpa menu sarapan macam ni Ringkas tapi menyelerakan Resipi yang dik...
Makan Ikan Bakar Tapah

Makan Ikan Bakar Tapah

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 297 hits
Assalamualaikum wbtSEJAK awal Pak Inche merancang untuk singgah makan tengahari di Tapah dalam perjalanan balik ke Johor selepas majlis konvokesyen Iman Ikan bakar Tapah ni antara tempat yang best la untuk makan ikan bakar dan pelbagai jeni...
Resipi Petai Berlado Ikan Bilis Ada Lauk Ni Memang Berselera Makan

Resipi Petai Berlado Ikan Bilis Ada Lauk Ni Memang Berselera Makan

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 294 hits
Sajian Petai Berlado Ikan Bilis ini tentunya menjadi kegemaran ramai Jarang ada yang menolak bila disua menu ni Resipi yang sangat ringkas namun sedapnya tu memang tiada tandingan Saudari Suriani Mohd ada kongsikan resipinya Jom cuba CARA M...
Tekan Angka Stunting Kkp Dan Forikan Perkuat Gerakan Memasyarakatkan Makan Ikan

Tekan Angka Stunting Kkp Dan Forikan Perkuat Gerakan Memasyarakatkan Makan Ikan

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 273 hits
KKP berkolaborasi dengan Forum Peningkatan Konsumsi Ikan dalam kampanye Gerakan Memasyarakatkan Makan Ikan di berbagai daerah
Ikan Masak Sos

Ikan Masak Sos

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 570 hits
Ikan masak sos yang sedap Hari ni aku nak share resepi mudah sambal tumis yang sedap Kali ni aku nak share resepi ikan yang sangat sedap dimakan dengan nasi yang baru dimasak panas panas Resepi ikan masak sos ni juga masih sedap dimakan wal...
Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng Nutri Licious Yang Lebih Sihat

Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng Nutri Licious Yang Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 250 hits
MAGGI baru baru ini telah memperkenalkan rangkaian mi segera yang baharu MAGGI Nutri licious khusus untuk pengguna yang mencari pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati MAGGI Nutri licious menjadi mi segera pertama di Malaysia yang diiktira...
Spaghetti Goreng Tomyam

Spaghetti Goreng Tomyam

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 587 hits
masak dengan bahan apa yang ade dalam stok jer kiranya derhakakan resepi lah ni ya tapi kita yang buat dia kan so sesedap rasa tekak kita yang nak makan lah apa pun memang sedap lah walau pun tak cukup bahan jom check resepi dari cmg ni BAH...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity

Dia Hasut Untuk Bercerai Saya Tanggung Rugi Puluhan Ribu Pempengaruh Elcah Putus Kawan Dengan Syada Amzah

Solat Jumaat Tak Pernah Tinggal Gaji Sebulan Cecah Rm5k Pekerja Asing Akui Enggan Pulang Ke Bangladesh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

Sme Bank Xcess Buka Laluan Rm45 Juta Untuk Pks Malaysia

Trump Umum Kenaikan Tarif 100 Peratus Ke Atas Produk Farmaseutikal

Gun Drawn As Cops Nab Wanted Man In Tuaran

Ron95 Blanket Subsidy May Backfire

The Amazing Health Benefits Of Onions