Makan Ikan Bakar Tapah
Assalamualaikum wbt
SEJAK awal, Pak Inche merancang untuk singgah makan tengahari di Tapah (simpang Cameron Highlands) dalam perjalanan balik ke Johor selepas majlis konvokesyen Iman. Ikan bakar Tapah ni antara tempat yang best la untuk makan ikan bakar dan pelbagai jenis lauk-pauk kampung cuma yang tak syoknya, ruang dalam kedai agak sempit. Sebetulnya, Sk kurang pasti nama kedai yang sebenar. Pulak tu, masa datang kali ni hanya sebuah kedai sahaja yang dibuka daripada dua kedai. Datang sebelum ni, tak ambil gambar sebab moody dok berhimpit dalam tu. Ambil gambar buah bacang je, hehehe.
Ini kali kedua kami ke sini makan tengahari. Pernah dulu datang sarapan jer. Bersusun-susun ikan sedang dibakar. Cuma tak ada ikan kembung atau siakap. Yang ada cencaru, keli dan talapia.
Ambil Sotong Bakar. Ada sotong biasa tapi ambil sotong katak ni sebab tamak tengok dia besar ngat-ngat. Tapinya, liat, huhu.
Pak Inche ambil Gulai Kawah. Tak habis pun, bungkus suruh Cikwa bawa balik KL dengan sotong.
Ambil Siput Masak Lemak dan Pucuk Paku Masak Lemak. Rupa-rupanya, dalam siput tu pun ada sayur pucuk paku jugak. Siputnya ada yang pendek sangat dipotong dan susah nak sedut. Hampir nak habis makan, Menteri Sumber Manusia, Datuk M Saravanan datang bersama rombongan.
Nasi Putih 3, Semangkuk Gulai Kawah, Semangkuk Pucuk Paku Masak Lemak, Semangkuk Siput Sedut Masak Lemak, Ulam-ulaman, Sambal Belacan, Sotong Bakar, Ikan Cencaru Bakar, Ais Limau 2, Air Kelapa 3, Jumlah RM94. Masa Pak Inche nak bayar, kakak kedai tulis jumlah harga tu dalam buku dan beritahu Datuk Sara belanja. Ya, dia belanja satu kedai ya, rezeki sungguh.
Sebagai tanda kesyukuran, Pak Inche belanja Setabak seorang secawan
Kali ni, Sk tak nak Americano
Lepas hantar Cikwa, berhenti Rawat & Rehat di Petronas selepas Tol Sungai Besi. Tengoklah bapak dan anak ni
Rehat & Rawat lagi di R&R Machap. Bihun Soto untuk Pak Inche, Nasi Paprik untuk Iman, Mee dan Kuey Teow Goreng untuk Sk.
Lepas ni kita rancang percutian lain pulak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/08/makan-ikan-bakar-tapah.html