Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng Nutri Licious Yang Lebih Sihat


MAGGI baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian mi segera yang baharu, MAGGI Nutri-licious, khusus untuk pengguna yang mencari pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati. MAGGI Nutri-licious menjadi mi segera pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan logo Pilihan Lebih Sihat. Ini merupakan satu inisiatif pelabelan bahagian hadapan pembungkusan oleh Kementerian Kesihatan bagi pilihan makanan yang lebih sihat.

MAGGI Nutri-licious menawarkan dua pilihan berinspirasikan Itali, Aglio Olio dan Tomato Delight. Kedua-dua mi segera ini diperbuat daripada tepung gandum bijian penuh dari Australia. Mi ini juga dihasilkan melalui teknologi pengeringan udara dan tanpa digoreng untuk mengurangkan kandungan lemak dan mencapai tekstur mi yang lebih kenyal. Selain daripada kebaikan bijian penuh, mi ini juga menjadi sumber protein, serat dan vitamin B6 bagi memberikan pilihan yang lebih sihat untuk seisi keluarga.
Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, MAGGI Nutri-licious diperkenalkan tepat pada masanya ketika trend makanan dan gaya hidup sihat menjadi semakin popular. “Makanan ruji bagi rakyat Malaysia kebanyakannya ialah nasi dan mi. Menyedari tentang perubahan trend kesihatan dan peningkatan bilangan pengguna yang peka dengan kesihatan mereka, maka kami telah menambah baik mi segera kegemaran Malaysia dengan menawarkan buat pertama kali, rangkaian mi segera MAGGI yang lebih sihat dan dipenuhi dengan nutrien penting seperti protein dan serat.

Selaras dengan janji jenama kami, Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan, MAGGI terus menyokong pemilihan makanan yang lebih sihat dan lebih enak melalui inovasi produk kami yang terkini selepas mendapat gambaran tentang gaya hidup, tabiat penggunaan dan trend pemakanan mereka. Pengguna yang mencari hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan serta mudah disediakan kini mempunyai pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati. Mereka juga digalakkan untuk menambah sayur-sayuran dan sumber protein kegemaran seperti udang, sotong, daging atau telur untuk hidangan yang seimbang dan lebih berkhasiat,” kata Juan.
Mi yang baharu ini menawarkan cita rasa Eropah melalui dua pilihan ala Itali yang enak dan belum pernah dibuat sebelum ini. Tomato Delight merupakan gabungan perisa masam manis pes tomato manakala Aglio Olio pula menggunakan minyak bawang putih yang menyelerakan untuk membangkitkan selera penggemar.
Sebagai langkah permulaan oleh jenama MAGGI di Malaysia, MAGGI Nutri-licious menggunakan 30% pembungkusan plastik boleh kitar semula untuk bungkusan luaran bagi menyokong usaha memelihara alam sekitar. Usaha ini mengukuhkan lagi komitmen Nestlé dalam memenuhi matlamat syarikat untuk mengurangkan penggunaan plastik yang baharu sebanyak satu pertiga menjelang tahun 2025.
Pakar dietetik Indra Balaratnam menyarankan pengambilan bijian penuh dalam diet harian. Bijian penuh adalah berkhasiat serta kaya dengan serat makanan, vitamin dan mineral untuk memberikan pelbagai manfaat kesihatan. “Pengambilan bijian penuh dikaitkan dengan kadar risiko penyakit jantung, diabetes Jenis 2 dan sesetengah jenis kanser yang lebih rendah, selain menyokong fungsi penghadaman dan pengurusan berat badan.”
Indra juga menekankan bahawa kita perlu menganalisis ramuan dan nilai pemakanan makanan yang dimakan. “Hidangan yang seimbang adalah sangat penting – setiap orang digalakkan untuk mengamalkan konsep “Suku Suku Separuh” ke arah membentuk tabiat makan yang lebih sihat,” tambah Indra.

Konsep Suku Suku Separuh Pinggan Sihat Malaysia merupakan teknik visual pantas untuk membantu merancang hidangan yang seimbang dengan membahagikan makanan di dalam pinggan dengan cara berikut:
Suku pinggan dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi atau roti
Suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau telur
Separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MAGGI Nutri-licious, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-nutri-licious/
The post Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng NUTRI-LICIOUS Yang Lebih Sihat appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/08/maggi-memperkenalkan-mi-bijian-penuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I Kao Jepun Memperkenalkan The L Gance Premium Set Untuk Kulit Yang Lebih Sihat Dan Bersinar

I Kao Jepun Memperkenalkan The L Gance Premium Set Untuk Kulit Yang Lebih Sihat Dan Bersinar

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 242 hits
i Kao Jepun Memperkenalkan The l gance Premium Set Untuk Kulit Yang Lebih Sihat dan Awet Muda Assalamualaikum Korang nak kulit yang sihat licin dan bersinar macam orang Jepun Kalau nak Ana nak recommend korang untuk cuba produk dari i Kao j...
Sedap Rangup Lebih Sihat Resipi Kerepek Labu Lemak Manis Paling Enak

Sedap Rangup Lebih Sihat Resipi Kerepek Labu Lemak Manis Paling Enak

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 217 hits
Pernah cuba makan Kerepek Labu Sedap tau Rasa rangup lemak lemak manis memang sangat enak walaupun tidak ditambah garam atau sebarang perisa lain Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Nomie Harun Pasti puas hati dengan rasanya Sesua...
Kebaikan Dan Khasiat Avokado Untuk Badan Lebih Sihat

Kebaikan Dan Khasiat Avokado Untuk Badan Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 277 hits
Avokado atau nama saintifiknya Persea Americana mempunyai banyak kebaikan dan khasiat yang tersendiri Menurut laman sesawang Avokado dipercayai berasal dari Puebla Mexico Penggunaan avokado dalam makanan kurang popular di Malaysia berbandin...
Rahsia Sotong Goreng Tepung Lebih Rangup Tak Hancur

Rahsia Sotong Goreng Tepung Lebih Rangup Tak Hancur

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 177 hits
Kalau makan sotong goreng tepung di kedai memang layan Sepinggan pun boleh habis Harga pun boleh tahan mahalnya Jadi apa kata membuatnya sendiri Lebih puas makan dan kerangupannya memang tak boleh bawa bincang Sotong Goreng TepungBahan baha...
Rating Big Mouth Cecah Lebih 10 Buat Pertama Kali

Rating Big Mouth Cecah Lebih 10 Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 180 hits
Tidak salah pertaruhan Lee Jong suk drama Big Mouth terus mendapat sambutan hangat dari peminat K Drama ARTIKEL BERKAITAN Sudah pun memasuki 6 episod naskhah MBC ini tidak menunjukkan tanda untuk berhenti mencipta rekod baru apabila ia berj...
Najib Mahu Umno Bn Menang Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti Lebih Besar Pru 15 Ini

Najib Mahu Umno Bn Menang Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti Lebih Besar Pru 15 Ini

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 189 hits
PEKAN Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu UMNO dan BN memenangi Pekan dan keempat empat kerusi DUN dalam parlimen itu dengan majoriti undi yang jauh lebih besar pada pilihan raya umum akan datang Kedudukan kita hari ini kuat d...
Gambar Ini Telah Di Lihat Lebih Dari 1 Billion Kali

Gambar Ini Telah Di Lihat Lebih Dari 1 Billion Kali

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 160 hits
Jika anda ingin tahu gambar mana yang paling banyak dilihat sepanjang masa mungkin ini lah jawapannya Sangat mungkin foto ini tidak asing di mata anda Dipetik dari petapixel com foto ini telah dilihat lebih dari 1 000 000 000 kali Foto yang...
Surat Berusia 101 Lebih Dipamer Di Muzium Antarabangsa Hamburg

Surat Berusia 101 Lebih Dipamer Di Muzium Antarabangsa Hamburg

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 159 hits
Sekeping surat dalam botol yang dicampak ke laut di Jerman 101 tahun yang lalu dipercayai yang tertua di dunia diserahkan kepada cucu pengirimnnya Seorang nelayan menemui botol bir dengan sekeping surat di dalamnya ketika menarik pukat di L...
Lebih Muatan 19 Pelajar Terperangkap Dalam Lif

Lebih Muatan 19 Pelajar Terperangkap Dalam Lif

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 157 hits
Lebih muatan dipercayai punca lif sebuah bangunan di Kota Damansara tersangkut menyebabkan 19 mangsa terperangkap di dalamnya Klik linktr ee sinar harian di Bio selain swipe up di Story SinarHarian SinarTerkini Lif PelajarTerperangkap Viral...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord