Gm Klang Kini Rasmi Operasi Dengan Waktu Baharu 10 Pagi Hingga 10 Malam Setiap Hari


GM Klang Kini Rasmi Operasi Dengan Waktu Baharu 10 Pagi Hingga 10 Malam Setiap Hari GM Klang melakar sejarah baharu apabila secara rasmi melanjutkan waktu operasi kepada 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, menandakan fasa transformasi penting pusat borong terbesar di Malaysia ini ke arah menjadi hab komuniti dan gaya hidup yang lebih dinamik, siang dan malam.
Majlis pelancaran pada 1 November telah disempurnakan oleh Datuk Haji Abd Hamid Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), dan disaksikan oleh Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, serta Datuk Lim Seng Kok, Pengarah Urusan GM Klang. Peristiwa ini turut menjadi simbol penghargaan kepada jutaan pelanggan yang menjadi nadi kejayaan GM Klang sejak 2009.
Datuk Haji Abd Hamid bin Hussain (Datuk Bandar MBDK) menyempurnakan gimik pelancaran Waktu Operasi Baharu GM Klang bersama Chua Yee Ling (CEO Tourism Selangor) dan Datuk Lim Seng Kok (Pengarah Urusan GM Klang). Menempa satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan transformasi GM Klang, majlis turut diserikan dengan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara GM Klang dan enam rakan strategik baharu dalam segmen rekreasi, sukan dan gaya hidup. Majlis menandatangani MoU disaksikan oleh tetamu kenamaan yang sama semasa majlis pelancaran.
Menandatangani bagi pihak GM Klang ialah Foo Loke Ping, Ketua Pegawai Operasi GM Klang. MoU ini melibatkan D2 Arena (Futsal), Kfitness Gym (Gimnasium), JAQS Padel & Pickle PLT (Pickleball dan Paddleball), Doremart (Pasar Raya), 33 Food Court (Medan Selera) dan Positif@Klang (Kendera Saji). Kesemuanya bakal memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem perniagaan serta memperluas tawaran gaya hidup di GM Klang.
Datuk Haji Abd Hamid bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), menyampaikan ucapan perasmian sambil menzahirkan sokongan terhadap inisiatif GM Klang dalam memperkukuh ekonomi dan pelancongan di Bandar Diraja Klang. Menurut Foo, pemeteraian ini merupakan langkah strategik ke arah menjadikan GM Klang bukan sahaja destinasi borong terkemuka, malah hab gaya hidup moden yang menarik pelbagai lapisan pengunjung, daripada pemborong dan peruncit hinggalah kepada keluarga serta komuniti tempatan.
“Kerjasama ini bukan sekadar membuka peluang perniagaan baharu, tetapi turut memperkukuh konsep B2B2C (Business-to-Business-to-Consumer) di GM Klang, di mana kesemuanya berinteraksi dalam satu persekitaran lengkap, progresif dan menarik yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi setempat,” ujarnya.
Sebagai simbolik kepada pelaksanaan waktu baharu ini, GM Klang dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Selangor, Tourism Selangor dan MBDK telah menganjurkan acara “Ceritera Selangor”, himpunan persembahan budaya yang mengetengahkan keindahan serta kepelbagaian warisan Negeri Selangor.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datuk Haji Abd Hamid bin Hussain (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling (kelima dari kiri); Pengarah Urusan GM Klang, Datuk Lim Seng Kok (kelima dari kanan); dan Ketua Pegawai Operasi GM Klang, Foo Loke Ping (keempat dari kiri) selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara GM Klang dan enam rakan strategik – D2 Arena, Kfitness Gym, JAQS Padel and Pickle PLT, Doremart, 33 Food Court dan Positif@Klang, membawa lebih elemen sukan dan gaya hidup ke GM Klang. Inisiatif ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga usaha memperkukuh kempen Tahun Melawat Selangor 2025, selaras dengan peranan GM Klang sebagai salah satu Duta Pelancongan Bandar Klang.
Persembahan selama dua jam itu menampilkan gabungan tarian tradisional, persembahan Mah Meri, Cempuling dan pelbagai elemen kebudayaan yang mencerminkan keunikan negeri ini.
Menurut Datuk Lim Seng Kok, Pengarah Urusan GM Klang, pelanjutan waktu operasi ini mencerminkan satu evolusi penting dalam memperkasa nilai keseluruhan yang ditawarkan kepada pengunjung hari ini.
GM Klang menganjurkan persembahan kebudayaan, Ceritera Selangor yang meraikan warisan Selangor. “Kami bukan sekadar melanjutkan waktu operasi, tetapi menambah nilai pengalaman. Ia merupakan tindak balas kepada kehendak pengunjung dan peniaga yang mahukan pengalaman yang lebih fleksibel, selesa dan holistik.
Dengan pembangunan pesat di sekitar Bandar Botanik, termasuk projek LRT3, ini adalah masa terbaik untuk membawa GM Klang ke fasa baharu sebagai destinasi borong dan pelancongan gaya hidup yang lebih relevan dengan keperluan masa kini,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa kejayaan GM Klang dalam meraih pengiktirafan Anugerah Emas di bawah program Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) baru-baru ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan GM Klang untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan keseluruhan pengalaman pelanggan.
“Dengan kelebihan lokasi strategik serta sokongan komuniti yang berterusan, kami yakin GM Klang akan terus berkembang sebagai hab borong, pelancongan dan gaya hidup pilihan, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat serantau,” ujar Datuk Lim.
Bersempena dengan kempen waktu operasi baharu ini, GM Klang turut memperkenalkan pelbagai aktiviti dan program menarik untuk pengunjung, antaranya:
1. Night Crazy Deals – promosi eksklusif bermula jam 7 malam setiap hari;
2. Monthly Lucky Night Draw: Shop & Win – cabutan bertuah bulanan dengan hadiah utama seperti motosikal, mesin basuh dan pengering, serta TV pintar 55”; dan
3. Rioooh Malam Sabtu – siri acara mingguan bertema yang menawarkan hiburan dan pengalaman unik setiap hujung minggu.
 
GM Klang menganjurkan persembahan kebudayaan, Ceritera Selangor yang meraikan warisan Selangor. Kesemua inisiatif ini mencerminkan komitmen GM Klang untuk kekal segar dan progresif dalam mendukung agenda pelancongan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pelancaran waktu baharu turut menyaksikan pengenalan Dataran GM Klang, ruang acara utama yang diwujudkan untuk merancakkan aktiviti komuniti, kebudayaan, hiburan dan keusahawanan.
Direka dengan konsep terbuka dan lokasi mesra pengunjung, dataran ini bakal menjadi platform tetap bagi acara yang meraikan kepelbagaian serta menggalakkan keterangkuman masyarakat setempat memperkukuh peranan GM Klang sebagai hab komuniti dan destinasi gaya hidup utama di Klang.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti mingguan dan promosi terkini, layari www.gmklang.com atau ikuti laman sosial rasmi GM Klang di Facebook, Instagram dan TikTok.
The post GM Klang Kini Rasmi Operasi Dengan Waktu Baharu 10 Pagi Hingga 10 Malam Setiap Hari appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/04/gm-klang-kini-rasmi-operasi-dengan-waktu-baharu-10-pagi-hingga-10-malam-setiap-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 249 hits
Di Malaysia status Halal bukan sekadar suatu label malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal Luckin C...
6 Hari 5 Malam Ke Sana Ke Sini

6 Hari 5 Malam Ke Sana Ke Sini

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 272 hits
Selama 6 hari 5 malam saya dan Encik Suami ke sana ke sini atas urusan kerja dan juga pulang ke kampung halaman kami Buat kali pertama saya gunakan automatic pet feeder untuk bekalan makanan Jojo si anak bulu dan gunakan automatic watering ...
Phone Casing Sampai Di Malam Hari

Phone Casing Sampai Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum guys Tak sangka ramai berkenan dengan but warna nbsp cream nbsp dalam older post ai tu Tergamak tau uollz racun ai macam ni sekarang terpaksalah ai menabung untuk membelinya pula Kasut hitam yang aritu pun baru dapat claim s...
Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 57 Pendatang Asing Tanpa Izin Dalam Satu Operasi Bersepadu Di Kuantan Hari Ini

Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 57 Pendatang Asing Tanpa Izin Dalam Satu Operasi Bersepadu Di Kuantan Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Jabatan Imigresen Malaysia Pahang menahan 57 pendatang tanpa izin dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sekitar Kuantan hari ini JIM menerusi hantaran di memaklumkan dalam operasi tersebut seramai 25...
Plts Status Pagi Hari Ini

Plts Status Pagi Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 191 hits
Baterai PLTS semalem tidak sampai pagi karena kemarin hujan penuh dari jam 12 siang Bisa dilihat pada grafik di bawah Inverter aktif mulai jam sekitar 11 siang kemarin sampai jam 4 pagi tadi Pada grafik diatas pada jam 4 pagi voltase pada L...
Cukai Taksiran Baharu Sanusi Gesa Pihak Terkesan Hantar Bantahan Rasmi

Cukai Taksiran Baharu Sanusi Gesa Pihak Terkesan Hantar Bantahan Rasmi

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 142 hits
Menteri besar Kedah seru manfaatkan masa sehingga 5 Nov ini untuk kemuka bantahan sebelum sesi pendengaran awam Maki hamun dan usaha bina persepsi di media sosial tidak mengikat secara sah di sisi undang undang kata Menteri Besar Kedah Sanu...
Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 246 hits
Sidang Kemuncak ASEAN Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini SEPANG 25 Okt Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul yang baru dipilih untuk menjawat jawatan masing ma...
Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Semua Rm5 Di Kedai Rafizi

Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Semua Rm5 Di Kedai Rafizi

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 183 hits
Rachel KohBekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan eksperimen sosial dengan penubuhan kedai makan yang menawarkan hidangan sarapan makan tengah hari dan makan malam dengan harga hanya RM5 Malah dia juga memperkenalkan syarikat serbane...
Lifebuoy Perkenal Siri Skin Solutions Baharu Penjagaan Kulit Kini Bermula Dari Ruang Mandi

Lifebuoy Perkenal Siri Skin Solutions Baharu Penjagaan Kulit Kini Bermula Dari Ruang Mandi

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 148 hits
Cuaca panas lembap pencemaran udara dan gaya hidup serba cepat antara punca utama kulit rakyat Malaysia sering terjejas Sama ada berpanas di bawah matahari atau duduk lama di pejabat berhawa dingin kulit kita sentiasa terdedah kepada tekana...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia