Cukai Taksiran Baharu Sanusi Gesa Pihak Terkesan Hantar Bantahan Rasmi


Menteri besar Kedah seru manfaatkan masa sehingga 5 Nov ini untuk kemuka bantahan sebelum sesi pendengaran awam.
Maki hamun dan usaha bina persepsi di media sosial tidak mengikat secara sah di sisi undang-undang, kata Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkait kadar cukai taksiran baharu.PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor menggesa pemilik dan pemegang taruh yang terkesan dengan kadar cukai taksiran baharu untuk kemuka bantahan melalui saluran rasmi, dalam tempoh yang berbaki kurang 48 jam
Beliau menyeru pihak berkenaan memanfaatkan masa sehingga 5 Nov ini untuk kemuka bantahan sebelum sesi pendengaran awam, menerusi saluran yang disediakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
“Saya menyeru semua pihak terutamanya 91,000 pemilik pegangan dan pemegang taruh dalam kawasan MBAS untuk mengemuka bantahan melalui saluran yang disediakan,” katanya kepada FMT.
Sanusi turut menasihatkan pihak di luar kawasan MBAS yang tidak terbabit bahawa maki hamun dan usaha bina persepsi di media sosial tidak mengikat secara sah di sisi undang-undang.
“Bantahan, maki hamun, ‘spin’ serta usaha mati-matian untuk membina persepsi buruk di media sosial tidak ‘legal bind’ untuk diambil kira dalam rumusan yang akan dibuat MBAS,” katanya.
Semalam, ketika mengumumkan MBAS sedang menjalankan proses penilaian semula cukai taksiran baharu, sebelum ia dikuatkuasakan bermula 1 Jan 2026, Datuk Bandar Abdul Gafar Yahya berkata 95,710 pegangan atau pemilik menerima notis penilaian baharu, yang diedarkan melalui pos sejak 9 Okt.
Katanya, penilaian semula itu wajar setelah 32 tahun tidak dilaksanakan, iaitu sejak 1993, dan semakan semula bertujuan menyelaraskan kadar cukai dengan nilai semasa hartanah. Kadar peratus digunakan mengikut kategori pegangan atau jenis harta.
Menurut laporan FMT semalam, MBAS berkata kadar cukai taksiran baharu itu berdasarkan nilai pasaran 2024, dengan rumah biasa dikenakan 0.11%, rumah kos rendah 0.09%, dan bangunan komersial 0.3%. Sebuah rumah setingkat bernilai RM350,000 akan dikenakan cukai sekitar RM385 setahun.
Semua hartanah di Alor Setar terlibat kecuali rumah ibadat, sekolah dan badan kebajikan. MBAS menjelaskan hasil cukai berkenaan digunakan untuk perkhidmatan asas seperti kutipan sampah, longkang dan lampu jalan.
Semalam, Persatuan Pengguna Kedah menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kadar cukai taksiran baharu yang diumumkan MBAS, kerana disifatkan terlalu tinggi.
Presiden Yusrizal Yusoff berkata ramai pemilik rumah menerima bil cukai baharu yang meningkat hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding sebelum ini. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/11/cukai-taksiran-baharu-sanusi-gesa-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Panching Gesa Pihak Berkuasa Bertindak Segera Baiki Ban Pencegah Banjir Runtuh Di Taman Bukit Rangin Perdana Dua

Adun Panching Gesa Pihak Berkuasa Bertindak Segera Baiki Ban Pencegah Banjir Runtuh Di Taman Bukit Rangin Perdana Dua

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 157 hits
KUANTAN Ahli Dewan Undangan Negeri Panching Mohd Tarmizi Yahaya menggesa pihak berkuasa bertindak segera membaiki ban pencegah banjir yang runtuh berhampiran Taman Bukit Rangin Perdana 2 di sini Beliau berkata keadaan itu sangat membimbangk...
Gm Klang Kini Rasmi Operasi Dengan Waktu Baharu 10 Pagi Hingga 10 Malam Setiap Hari

Gm Klang Kini Rasmi Operasi Dengan Waktu Baharu 10 Pagi Hingga 10 Malam Setiap Hari

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 294 hits
GM Klang Kini Rasmi Operasi Dengan Waktu Baharu 10 Pagi Hingga 10 Malam Setiap Hari melakar sejarah baharu apabila secara rasmi melanjutkan waktu operasi kepada 10 pagi hingga 10 malam setiap hari menandakan fasa transformasi penting pusat ...
Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 214 hits
Kes Thales kini kembali menjadi tumpuan apabila pihak berkuasa Perancis dan UK melancarkan siasatan semula mengenai dakwaan rasuah dalam kontrak pertahanan Ini termasuklah projek kapal selam yang melibatkan Malaysia pada tahun 2002 serta pe...
Zus Coffee Nafi Pecat Pekerja Mohon Hormat Privasi Pihak Terlibat

Zus Coffee Nafi Pecat Pekerja Mohon Hormat Privasi Pihak Terlibat

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR 10 NOVEMBER Rangkaian kopi tempatan terkemuka ZUS Coffee tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penularan video insiden melibatkan seorang pekerjanya di salah satu cawangan syarikat itu semalam Siasatan Menyeluruh Sokong...
Pm Anwar Tegur Pihak Lantang Kritik Tanpa Faham Isi Art 2025 Dah Baca Ke Belum

Pm Anwar Tegur Pihak Lantang Kritik Tanpa Faham Isi Art 2025 Dah Baca Ke Belum

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 194 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir pihak yang lantang kritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balik dengan Amerika Syarikat tanpa memahami kandungan sebenar perjanjian tersebut Lantang kritik tapi tak baca isi kandunga...
Kpkt Anjur Majlis Makan Malam Hargai Pihak Media Rakan Strategik Kementerian

Kpkt Anjur Majlis Makan Malam Hargai Pihak Media Rakan Strategik Kementerian

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 208 hits
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan Majlis Makan Malam Anugerah Kecemerlangan Media 2025 pada 17 November ini Majlis makan malam tanda hargai peranan media Menerusi kenyataan rasmi KPKT di media sosial majlis
Warga Bangladesh Berpakaian Sut Lengkap Diusir Cuba Tipu Pihak Berkuasa

Warga Bangladesh Berpakaian Sut Lengkap Diusir Cuba Tipu Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 201 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myENAM warga Bangladesh yang berpakaian korporat ditolak kemasukan masuk ke negara ini di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam FOTO ihsan AKPSBukit Kayu Hitam Lagak enam warga Bangladesh berpakaian korporat ketika c...
Indonesia Gesa Asean Manfaat Rcep Perkukuh Perdagangan Indo Pasifik

Indonesia Gesa Asean Manfaat Rcep Perkukuh Perdagangan Indo Pasifik

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 206 hits
Indonesia Gesa ASEAN Manfaat RCEP Perkukuh Perdagangan Indo Pasifik KUALA LUMPUR 27 Okt Indonesia menggesa ASEAN memanfaatkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau sebagai platform untuk memperkukuh daya tahan dan mempromosikan perdagan...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Telah Menyelesaikan 98 Peratus Urusan Pemilikan Tanah Peneroka Felda Di Negeri Ini

The Audi Gt50 Concept Marks 50 Years Since The First Audi 5 Cylinder Engine Was Made

Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan