6 Hari 5 Malam Ke Sana Ke Sini


Selama 6 hari 5 malam saya dan Encik Suami ke sana ke sini atas urusan kerja dan juga pulang ke kampung halaman kami.
Buat kali pertama, saya gunakan automatic pet feeder untuk bekalan makanan Jojo si anak bulu dan gunakan automatic watering system untuk menyiram anak pokok kangkung hasil semaian benih serta beberapa tanaman lain

Jojo memerhatikan kami pergi pada petang hari Rabu. Rasa sedih sebenarnya setiap kali terpaksa tinggalkan anak bulu dalam tempoh lama. Kalau anak manusia, boleh dibawa bersama. Sebelum pergi, berbakul nasihat saya buat Jojo


▶ RABU, 15 OKTOBER 2025Petang Rabu kami bertolak dari rumah Perlis. Dalam perjalanan, kami buat keputusan singgah bermalam di Ipoh, Perak. Saya buat carian hotel dengan ciri-ciri berikut - bilik bersih, kadar harga sederhana, ada tempat parkir khas hotel dan lokasi tak jauh dari exit tol

Sekitar pukul 9 malam kami mendaftar masuk di MH Hotel. Terdapat pilihan parkir kenderaan di luar bangunan atau dalam bangunan - parkir bertingkat

Penginapan kami - Superior Queen Bed tanpa tingkap dengan harga sekitar RM150. Ruang bilik kecil tapi masih muat untuk solat berjemaah. Tahap kebersihan sederhana - belum cukup memuaskan tapi tidaklah teruk. Masih selesa untuk sekadar tidur satu malam

Harga bilik sudah termasuk bufet sarapan pagi tapi kami tak bersarapan di sini. Puncanya - semasa membuat carian berkenaan MH Hotel, saya dapati status halal telah pun ditarik balik


▶ KHAMIS, 16 OKTOBER 2025Seawal pukul 7.30 pagi kami mendaftar keluar hotel. Cantik pemandangan pagi dari aras dua parkir MH Hotel - puncak bukit batu kapur nampak berbalam diselubungi kabus pagi

Dari Ipoh, kami menuju ke Gombak, Selangor. Selesai urusan Encik Suami di Gombak, perjalanan diteruskan ke Bentong, Pahang pula. Sebelum tiba di destinasi, kami singgah makan di Lemang To’ki.
Suatu masa dulu, tempat ini kerap kami singgah bila Encik Suami ada urusan kerja di Kuala Lipis. Alhamdulillah rasa lemangnya masih sedap lembut berlemak macam dulu

Saya beli juga gula kabung, pencicah air asam dan sambal hitam yang dijual di sini

Lewat malamnya - kami mendaftar masuk di The Everly Putrajaya Hotel, Putrajaya. Bilik penginapan kami jenis Deluxe Twin di aras 2

Semua dalam keadaan memuaskan, cukup selesa untuk kami menginap selama dua malam


▶ JUMAAT, 17 OKTOBER 2025Siang esoknya, barulah nampak pemandangan indah dari jendela penginapan kami

Selepas Encik Suami pergi kerja, saya keluar untuk aktiviti morning walk. Pengalaman kali pertama beriadah di Jejak Sisiran 1 - Putrajaya City Trail yang seronok! InsyaAllah catatannya di entri khusus


▶ SABTU, 18 OKTOBER 2025Seawal pukul 7.30 pagi, kami bertolak ke kampung halaman saya di daerah paling selatan Semenanjung Malaysia. Aliran trafik sesak, maklum saja cuti hujung minggu bersambung dengan cuti perayaan Deepavali. Hentian R&R penuh dengan lautan manusia

Pukul 2.30 petang, kami tiba di Pontian, Johor. Foto di atas - jambatan di bandar Pontian yang sudah bertahun lama masih belum siap dibina

Alhamdulillah keadaan kesihatan Mak semakin membaik walau masih tak mampu mengurus diri. Buat masa ini Mak masih menjalani fisioterapi dua kali seminggu bagi mengurangkan kesan masalah Scoliosis


▶ AHAD, 19 OKTOBER 2025Hari Ahad tengah hari kami tiba di kampung halaman Encik Suami di Batu Pahat, Johor.
Makan malam bersama Mak dan adik ipar sekeluarga di Restoran Nusrah, Tongkang Pechah. Ada gerai menjual sate di sini, harganya RM1.10 secucuk. Sedap rasa perapan rempah sate dan isi ayamnya lembut berjus. Kalau sate dagingnya pula, ada bahagian yang liat tak boleh dikunyah


▶ ISNIN, 20 OKTOBER 2025Seawal pukul 7.20 pagi kami memulakan perjalanan untuk kembali ke rumah kami di negeri paling utara. Alhamdulillah aliran trafik lancar sehingga kami tiba di Nilai, Negeri Sembilan

Kami singgah di Nilai untuk sarapan pagi di Salomak Sampodeh dan membeli stok makanan frozen di Seehat Store. Sejak dari dulu (sewaktu kami menetap di Nilai) memang inilah kedai tempat kami membeli pelbagai jenis makanan frozen. Ada banyak pilihan dan banyak yang sesuai dengan selera kami. Setiap kali berkesempatan, kami pasti singgah di sini

Paling banyak dibeli - keropok lekor Kepok Ikan Ssaje buatan Terengganu dan popia Otak-Otak Kempas buatan Johor. 
Perjalanan menuju ke utara tanah air tidak begitu lancar disebabkan hujan berterusan - kadang gerimis, kadang hujan lebat. Tapi sempat jugalah kami singgah makan di dua tempat - Eryna Sup Darat, Tapah dan Richiamo, Changlun.
Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah kira-kira pukul 8 malam









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/10/6-hari-5-malam-ke-sana-ke-sini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Semua Rm5 Di Kedai Rafizi

Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Semua Rm5 Di Kedai Rafizi

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 176 hits
Rachel KohBekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan eksperimen sosial dengan penubuhan kedai makan yang menawarkan hidangan sarapan makan tengah hari dan makan malam dengan harga hanya RM5 Malah dia juga memperkenalkan syarikat serbane...
Sa Focus Sangat Sibuk Hari Ini

Sa Focus Sangat Sibuk Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum A quick update dari pagi SA sibuk sangat sampai sarapan pun makan pukul 10 lebih lepas tu makan kuih je mee goreng SA beli tu SA makan tengahari hahaha Bila busy dan nak kena focus lepas tu nak kena betul betul lengkap dan k...
Terdapat Potensi Penurunan Pembetulan Dalam Usdx Hari Ini Khamis 09 Oktober 2025

Terdapat Potensi Penurunan Pembetulan Dalam Usdx Hari Ini Khamis 09 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 220 hits
USDX Khamis 09 Oktober 2025 Walaupun kedua dua EMA masih berada dalam keadaan Silangan Emas namun dengan kemunculan Pencapahan Menurun berserta RSI dalam kawasan Neutral Menurun ini menunjukkan potensi kelemahan pada USDX hari ini Tahap Uta...
Ais Krim Soda Sakura Rasa Masam Manis Yang Buat Hari Pun Ceria

Ais Krim Soda Sakura Rasa Masam Manis Yang Buat Hari Pun Ceria

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 191 hits
Comel dan menyelerakan ais krim soda sakura ni Nampak cantik macam ikan kecil kecil tetapi rupanya cebisan buah laici yang telah diwarnakan Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia di...
Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini

Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 231 hits
Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini ALOR SETAR Enam sungai di Kedah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 malam ini Menurut laman rasmi Public Info Banjir di Kedah Sungai Laka di Kampung Padang Pasir Kubang Pa...
Takiyuddin Keluar Malam

Takiyuddin Keluar Malam

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 235 hits
Ustz Al AsriTaki sanggup keluar malam sebab nak ceritakan kes APmm serang Masjid Rusilla pada Rina Bagus MP PAS ni
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 249 hits
Masjid Rahim Daerah KeningauSemoga apa juga amalan dihari Jumaat mendapat rahmat dan memberkati kehidupan ini Amalan di hari Jumaat sesungguhnya amat berkat di mata Allah Salma Jumaat Dari Etuza
Tenun Pahang Diraja Dari Penjara Bentong Hiasi Pemimpin Pada Jamuan Gala Sidang Kemuncak Asean Malam Ini

Tenun Pahang Diraja Dari Penjara Bentong Hiasi Pemimpin Pada Jamuan Gala Sidang Kemuncak Asean Malam Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Tenun Pahang Diraja hasil tangan prospek di Penjara Bentong bakal mencuri tumpuan apabila busana berasaskan tenunan eksklusif itu menghiasi para pemimpin ASEAN dan dunia pada Jamuan Gala Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang K...
Dengan Kemunculan Divergensi Bullish Hari Ini Doge Berpotensi Untuk Meningkat Ke Arah Rintangan Terdekatnya Jumaat 10

Dengan Kemunculan Divergensi Bullish Hari Ini Doge Berpotensi Untuk Meningkat Ke Arah Rintangan Terdekatnya Jumaat 10

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 161 hits
Doge Jumaat 10 Oktober 2025 Dengan kemunculan penunjuk RSI pada tahap Divergen Bullish mata wang kripto ini dijangka akan mengukuh ke arah rintangan terdekatnya Tahap Utama 1 Rintangan 2 0 26629 2 Rintangan 1 0 25695 3 Pivot 0 24910 4 Sokon...
Lirik Lagu Luka Awie Riez

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Simple Beef Lasagna Recipe Pinoy

Kadang Kadang Pilihan Terbaik Adalah Menerima

Auto Fabrica S K100 Is Inspired By Bmw S Iconic Concept Cars

Ayam Keledek Bakar Resipi Sihat Paling Mengenyangkan Menakjubkan

The 5 Commandments Of And How Learn More


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Qurban 1447h 2026 Deposit Ansuran Korban Lembu Di Malaysia

Kenapa Brand Kita Kalah Dari China Jawabannya Ada Di Roas 3

The Revival Of Analog Horror Why Retro Scares Are Dominating Modern Pop Culture

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Tahukah Anda Air Liur

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya