Tok Mat 3 Perkara Utama Perlu Dilakukan Jika Umno Mahu Kembali Ke Putrajaya




KUALA LUMPUR: Tiga perkara utama perlu dilakukan oleh ahli Umno sekiranya parti Melayu itu berhajat untuk kembali ke tampuk pentadbiran negara, khususnya menang dalam pilihan raya umum ke-15, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.
Mohamad berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah parti tu tidak boleh lagi terkeliru mengenai siapakah musuhnya yang sebenar.
Beliau berkata, adalah lebih mudah menentang musuh yang nyata berbanding musuh yang tersembunyi.
“Api dalam sekam sifatnya membakar lebih teruk, lebih sakit dan lebih memusnahkan. Umno sepatutnya sudah tahu siapa mereka, walaupun tanpa perlu untuk disebutkan di sini.
“Cuma, beringatlah, musuh kita amatlah licik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memusnahkan kita.
“Kedua, Umno mesti mengurus mereka yang berpura-pura mendukung Umno, tetapi jiwa mereka sebenarnya telah dibeli dengan murah sekali.
“Mereka ini masih memerlukan Umno untuk bernaung, tetapi cinta dan hati mereka sudah kepada orang lain,” katanya di ketika merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2020, di Dewan Merdeka, hari ini.
Katanya, kelompok ini sudah “digelapkan” dengan kesenangan yang bersifat kebendaan.
Beliau berkata, individu yang berpura-pura mendukung Umno ini tidak lebih daripada sekadar tunggangan.
“Apabila parti kuat mereka akan dekat dan apabila parti lemah, mereka akan mengalah.
“Umno ini bukan dayus. Sesiapa yang curang dan khianat, wajar ditinggalkan selama-lamanya.
“Ketiga, Umno mesti menegaskan kembali, bahawa sesiapa yang memusuhi orang Melayu dan Islam adalah musuh Umno.
“Selagi mereka tidak melepasi batas ini, Umno sangat terbuka untuk meneroka segala jalan kerjasama yang ditawarkan,” katanya.
Mohamad berkata, untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, ahli parti perlu bekerja lebih keras dan tidak terlalu asyik dan fokus dengan perbincangan politik di media sosial seperti Whatsapp dan Facebook.
Katanya, perbahasan di media sosial tidak akan membawa Umno ke mana-mana.
Sebaliknya kata beliau, ahli Umno di seluruh negara perlu menyantuni isu-isu berbangkit, menyelesaikan permasalahan serta bebanan dihadapi rakyat.
“Santunilah semua anggota masyarakat. Pengundi dan bukan pengundi Melayu dan bukan Melayu. Santuni semua.
“Ini kerana Umno adalah parti khidmat dan amal bakti untuk semua. Inilah sifir dan formula yang menjadikan kita pemerintah selama 60 tahun, iaitu amal dan usaha kita.
“Kepada ahli yang berada, berkorbanlah dengan berbahagi dan memberi kepada yang memerlukan.
“Kepada yang tidak berpeluang untuk memberi, hulurkan silaturahim dan keringat dalam kerja gotong royong kita kepada masyarakat,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/tok-mat-3-perkara-utama-perlu-dilakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno S Future Lies In Ideas And The Young Says Tok Mat

Umno S Future Lies In Ideas And The Young Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 239 hits
PETALING JAYA Umno has seen its greatest days in the 70s and 80s and probably its worst days in the past few years but one thing is certain for the 74 year old party it cannot afford to be stuck in the past Umno deputy president Mohamad Has...
Pau 2020 Ph Gagal Pn Tak Cekap Tiba Masa Bn Kembali Dalam Pru15 Tok Mat

Pau 2020 Ph Gagal Pn Tak Cekap Tiba Masa Bn Kembali Dalam Pru15 Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 193 hits
mykmu netUMNO perlu mengambil kesempatan mengetengahkan semula Barisan Nasional sebagai kerajaan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 selepas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dan ketidakcekapan kerajaan Perikatan Nasional Menurut ...
Who Is Umno S Pm Candidate You Re Talking To Him Now Jokes Tok Mat

Who Is Umno S Pm Candidate You Re Talking To Him Now Jokes Tok Mat

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 323 hits
Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan jokingly told reporters today that he will be the party s candidate as prime minister in the next general election However he later backtracked by saying that any decision will be left to the p...
Road To Putrajaya Can Anwar Change Harapan S Mind About Umno

Road To Putrajaya Can Anwar Change Harapan S Mind About Umno

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 252 hits
Opposition leader Anwar Ibrahim s plan to build a political bridge with Umno has one major obstacle disapproval from his own allies Barely a day after the PKR president confirmed that unofficial talks with Umno were underway representatives...
Video Berunding Dengan Umno Apa Kata Tok Guru Nik Aziz

Video Berunding Dengan Umno Apa Kata Tok Guru Nik Aziz

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 295 hits
March 21 2021 Semalam bila aku menulis ada mamat PKR kata takkan sampai tak boleh berunding dengan UMNO Punya jahil tak reti beza Kleptokrat dengan UMNO antara parti UMNO dan Individu UMNO Itu sebab aku ingatkan kata Tok Guru Nik aziz JELAS...
We Want A Core Race Not A Superior Race Says Tok Mat

We Want A Core Race Not A Superior Race Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 282 hits
PETALING JAYA The country has remained stagnant for the past three years and it is now in dire need of a strong and stable government to give it a much needed jump start says a top Umno leader Such a government must also represent all Malay...
Rundingan Pkr Umno Untuk Rampas Kerusi Bersatu Menuju Ke Putrajaya

Rundingan Pkr Umno Untuk Rampas Kerusi Bersatu Menuju Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 223 hits
puteradaily comTidak banyak yang diketahui mengenai rundingan tidak rasmi yang berlangsung di antara PKR dengan Umno setakat ini Malah beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno yang dihubungi Malaysiakini tidak mengetahui apa apa mengenai rund...
Ahli Parlimen Bertindak Sesuka Hati Demokrasi Kualiti Kepimpinan Merosot Tok Mat

Ahli Parlimen Bertindak Sesuka Hati Demokrasi Kualiti Kepimpinan Merosot Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 500 hits
PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata demokrasi dan kualiti kepimpinan semakin merosot dengan lebih ramai Ahli Parlimen bertindak sesuka hati berdasarkan kepentingan peribadi bukannya prinsip serta nilai Oleh itu beliau...
Demokrasi Malaysia Mesti Lebih Baik Tok Mat

Demokrasi Malaysia Mesti Lebih Baik Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 312 hits
Demokrasi Malaysia seharusnya lebih kukuh dan lebih baik dari sebelumnya Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan bahawa demokrasi kita semakin menyusut dan merosot Malaysia pasca moden sewajarnya boleh menjadi teladan kepada ne...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias