Adakah Umno 3 0 Untuk Sokong Pm Dari Parti Lain Soal Najib
Saya tak faham kenapa nama saya disebut sedangkan saya bukan presiden parti mahupun ahli MKT UMNO.
Malah, saya mungkin tak dapat pertahankan jawatan ketua bahagian Pekan pun jika hasrat kerajaan PN untuk membankrapkan saya berjaya.
Namun, sama ada Zahid kekal sebagai presiden atau diganti dengan pemimpin lain secara mutlak ataupun secara sementara dalam masa terdekat bukan isu paling penting sebab itu proses demokrasi melalui pemilihan parti dan keputusan MKT.
Akar umbi yang pilih, kita akur.
Yang paling penting ialah sesiapa yang ingin mengambil alih pimpinan tertinggi parti perlu peka dan akur pada kehendak akar umbi.
Jika niat pemimpin-pemimpin “UMNO 3.0” ini ialah mengambil alih parti hanya supaya UMNO akan sokong parti lain untuk menjadi PM maka ini bertentangan dengan suara akar umbi yang tidak mahu bekerjasama dengan PPBM.
Kenapa pula mereka mahu sokong parti lain yang telah merampas kerusi-kerusi UMNO melalui lompatan katak, menindas UMNO, pernah membeku akaun UMNO dan pernah cuba membatalkan UMNO?
Kenapa mereka mahu sokong parti yang ternyata gagal dalam pentadbiran ekonomi dan Covid negara?
Kenapa mereka tetap sokong parti yang terus memberi alasan mengarut kenapa parlimen tidak boleh bersambung dan demokrasi tidak dapat dipulihkan?
Kenapa mereka ingin sokong parti lain yang mendapat sokongan paling corot dalam survei-survei seperti survei UUM, survei Sinar Harian-SinChew, IDE dan UtusanTV baru-bari ini?
Adakah rancangan “scheme of things” untuk pecahkan UMNO sudah berjaya dan ramai telah disogok dengan jawatan-jawatan kerajaan?
Jika niat pemimpin-pemimpin UMNO 3.0 ini adalah untuk menentang kehendak dan suara akar umbi maka mereka akan dihukum dengan dashyat dalam pemilihan parti yang melibatkan 160,000 perwakilan.
Dan sejarah bakal berulang sebagaimana sebilangan pemimpin PAS kalah teruk dalam pemilihan PAS tahun 2015 sebab mereka bertentang dengan suara akar umbi PAS.
Dan akhirnya mereka yang kalah telah keluar dan membawa lari kerusi dari PAS tubuh parti PAN.
Inilah kebimbangan saya. pada parti tersayang saya.
Najib Razak
Umno 3.0 sedia ambil alih daripada Zahid, Najib, kata sumber dalaman
The post Adakah UMNO 3.0 untuk sokong PM dari parti lain, soal Najib appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/04/09/adakah-umno-3-0-untuk-sokong-pm-dari-parti-lain-soal-najib/