Genap Setahun Covid19 Melanda Malaysia


Genap Setahun Covid19 Melanda Malaysia

Rupa-rupanya sudah setahun kita hidup dalam norma baru. Genap setahun jugalah negara kita dilanda Covid19 yang kita tak tahu mana pengakhirannya. Kalau ikut angka kes jangkitan penularan yang semakin hari semakin mengganas rasanya agak kabur peluang nak sambut puasa dan raya macam biasa.

Sedih tapi itulah hakikatnya.

Sayu hati masa tonton berita TV3 tentang imbasan penularan Covid19 dekat negara kita. Mengikut data kesihatan sedunia yang dikeluarkan oleh WHO, lebih 96 juta kes Covid19 dicatatkan di seluruh dunia dengan angka kematian mencecah lebih dua juta kes.

Juga dijangka angka akan terus menaik selepas ini. Negara Malaysia sekarang berada di tangga ke 58 daripada 221 negara berdasarkan bilangan kes Covid19 Sumber WHO






Kronologi Setahun Covid19 Di Malaysia

25 Januari 2021 genaplah setahun negara dilanda pandemik dengan kes jangkitan yang masih tinggi. Berikut adalah imbasan penularan virus Covid19 di Malaysia. Aku rasa penting untuk aku kongsikan di dengan semua. Mana tahu tarikh-tarikh penting macam hari ini akan menjadi soalan peperiksaan anak-anak di masa hadapan.

Tanggal 25 Januari 2020, kes positif Covid19 pertama dikesan dinegara kita membabitkan tiga warganegara China yang masuk melalui Singapura. Detik hitam bermula dengan gelombang pertama apabila kes import dan tidak melibatkan rakyat tempatan.

Aku masih ingat waktu ni semua orang belum panik, masih boleh bercuti dan rasanya semua orang tak sangka yang wabak ini tersangatlah bahaya.

Kita terus di uji apabila berlakunya gelombang kedua. Jangkitan berlaku melibatkan penularan tempatan seorang lelaki dari Selangor yang disahkan positif. Rakyat dah mula tak senang duduk, risau dengan kesihatan dan kerajaan pun dah mula sebarkan awareness tentang wabak ni.

Artikel paling banyak dicari sepanjang Covid19


PKP 1.0 di Seluruh Malaysia

Malaysia mulakan PKP pertama pada 18 March 2020 disusuli dengan PKPD pada 27 March PKPB pada 4 Mei 2020 PKPP pada 10 Jun 2020.

Sukanya aku PKP waktu ini ialah rakyat patuh arahan pihak berkuasa. Semua orang duduk di rumah, tak berani nak keluar dan sentiasa patuhi SOP. Terbayang lagi berita tayangkan askar yang bertugas dalam kawasan yang dipasang kawat duri.

Lain betul dengan PKP 2.0 ni. Meriah dengan manusia dekat mana-mana.

Kematian pertama disebabkan Covid19 di Malaysia ialah pada 17 march 2020. Mangsa pertama merupakan seoarng Paderi yang berusia 60 tahun dari Sarawak.  8 dan 9 Julai 2020 menjadi detik bersejarah dan kegembiraan buat semua apabila kita akhirnya berjaya mencatatkan sifar kes tempatan untuk dua hari berturut-turut.

Mimpi ngeri bermula semula apabila ada sesetengah pihak buta mata, buta hati dan buta perut. Alpa dengan ancaman sedia ada dan akibat mementingkan diri sendiri rakyat menjadi mangsa. Maka terhasillah gelombang ketiga dan kes positif mencanak naik dan terus meningkat sehingga sekarang.

Masih ada sinar untuk kita kembali pulih? Entah.






PKP 2.0

Apa yang berlaku sekarang ialah sekali lagi kita berdepan dengan PKP 2.0 yang dimulai dengan enam negeri sahaja dikenakan sekatan dan kemudian disusuli dengan seluruh negara kecuali Sarawak.

Hari-hari kita disogokkan dengan berita salahlaku rakyat yang melanggar SOP, yang masih berdegil tak jaga penjarakan dan tak pakai penutup muka.

Menurut kenyataan Dato Ismail Sabri kesalahan paling kerap dilakukan yang menyumbang kes penularan Covid19 yang tinggi di Malaysia ialah kegagalan mematuhi penjarakan fizikal.

Walaupun rakyat di ingatkan dengan amaran dan juga dikenakan saman sebanyak RM1,000 tapi masih ramai lagi rakyat yang tak patuhi SOP. Kenapa ya? Rakyat penat? Rakyat stress?

Bila fikir tak lama je lagi kita akan bertemu bulan Ramadan dan kemungkinan nak lakukan ibadah seperti biasa tu tersangatlah tipis. Tapi, kuasa Allah siapa nak pertikaikan kan? Jomlah kita semua doa semoga wabak ini terhapus dari dunia.

Rindu nak solat dekat surau macam biasa, rindu nak berjalan tengok dunia, rindu nak menziarah adik beradik dan saudara mara, rindu kampung halaman, rindu nak sambut puasa dan raya, rindu nak ke pasar malam. eh banyaklah aku rindu.

Sempena satu tahun Covid19 di Malaysia, aku harap kau cepat lah pergi. Lenyaplah dari muka bumi  ni, suami aku lama dah tak pergi masjid sembahyang Jumaat. Jaga diri semua, jaga kesihatan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/01/genap-setahun-covid19-melanda-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuat Sebab Anak Anak Genap Setahun Covid Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit

Kuat Sebab Anak Anak Genap Setahun Covid Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 250 hits
Saya sentiasa berdoa wabak COVID 19 segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti dahulu kata seorang balu yang kematian suami akibat COVID 19 Noradilah Rani 33 berkata selepas kematian suaminya Mohammad Yusof Haron 34 p...
17 01 2020 17 01 2021 Genap Setahun

17 01 2020 17 01 2021 Genap Setahun

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 301 hits
Alhamdulillah genap setahun Angah dan Hannah mendirikan rumahtangga Majlis pernikahan yang ringkas namun sempurna hanya di Pejabat Agama Islam Sebagai ibu doaku untuk anak anak dan menantu menantuku adalah agar mereka hidup rukun damai sent...
Hanya 5 Pelaburan Asing Pergi Ke Malaysia Tahun Lalu

Hanya 5 Pelaburan Asing Pergi Ke Malaysia Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 299 hits
Malaysia tidak lagi menjadi destinasi tumpuan pelaburan langsung asing Bukan sahaja pelaburan yang dicatat sepanjang tahun lalu merosot namun pelabur yang menanam modal sejak bertahun tahun juga dilaporkan telah meninggalkan negara Bagi Pen...
Panas Malaysia Perlukan Menteri Kesihatan Yang Baru

Panas Malaysia Perlukan Menteri Kesihatan Yang Baru

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 300 hits
COVID 19 merupakan ancaman kepada kesihatan manusia dan kesihatan merupakan perkara asas bagi memastikan kesinambungan kehidupan Justeru itu dalam menangani pandemik Covid 19 sudah tentu Kementerian Kesihatan mempunyai tanggungjawab dan per...
Biden Jadi Presiden As Implikasinya Ke Atas Malaysia

Biden Jadi Presiden As Implikasinya Ke Atas Malaysia

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 358 hits
PETALING JAYA Dengan pelantikan Joe Biden sebagai presiden AS Malaysia mungkin menjadi kunci utama untuk dasar AS khasnya dalam isu perdamaian di Timur Tengah Menurut laporan AS Biden sudah menyenaraikan sejumlah arahan eksekutif termasuk m...
James Mahu Tembok Pagar Dibina Di Sempadan Malaysia Indonesia

James Mahu Tembok Pagar Dibina Di Sempadan Malaysia Indonesia

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 217 hits
Timbalan Ketua Menteri II Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu tembok ataupun pagar dibina di kawasan kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing ke dalam negeri ini Beliau berkata...
Perlukah Malaysia Amalkan Lese Majeste

Perlukah Malaysia Amalkan Lese Majeste

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 241 hits
MALAYSIA merupakan antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan Institusi raja di Malaysia adalah satu institusi tradisional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintah dan pentadbiran sesebuah k...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green