Biden Jadi Presiden As Implikasinya Ke Atas Malaysia




PETALING JAYA: Dengan pelantikan Joe Biden sebagai presiden AS, Malaysia mungkin menjadi kunci utama untuk dasar AS, khasnya dalam isu perdamaian di Timur Tengah.
Menurut laporan AS, Biden sudah menyenaraikan sejumlah arahan eksekutif, termasuk menyertai perjanjian perubahan iklim Paris dan mengarahkan agensi menyatukan keluarga terpisah selepas menyeberangi sempadan Mexico, mencadangkan beliau akan segera mengubah agenda tertentu Donald Trump.
Pakar berkata, pelantikan presiden baru jelas akan mempengaruhi kedudukan geopolitik dan ekonomi Malaysia.
Walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan muktamad, James M Dorsey, felo di S Rajaratnam School of International Studies di Singapura berkata, terdapat tiga bidang utama yang akan memberi kesan kepada Malaysia berikutan perubahan dasar berpotensi di AS.
“Yang mesti diperhatikan ialah bagaimana mereka berdepan China, hubungan mereka dengan Israel dan Palestin serta pendirian mereka mengenai hak asasi manusia.”
Katanya, AS mungkin cuba memanfaatkan pertikaian wilayah di Laut China Selatan dengan menawarkan bantuan sebagai pertukaran untuk dasar menguntungkan do Malaysia dan negara Asian Tenggara lain.
“Saya tidak fikir Malaysia mahu dilihat sebagai menyertai blok anti-China, tetapi itu tidak bermakna tidak ada cara lain untuk AS dan Malaysia bekerjasama.”
Katanya, Biden mungkin berusaha memperbaiki hubungan dengan Palestin, sama ada melalui bantuan atau perbincangan rasmi, agenda yang diabaikan Trump.
Bagaimanapun, AS juga boleh menggunakan kaedah memudahkan hubungan antara Malaysia dan Israel sebagai cara tidak langsung untuk memberi tekanan kepada Palestin, sekutu kuat Malaysia, dalam rundingan damai, jika perlu.
“Berkaitan hak asasi manusia, saya fikir ia penting kepada mereka kerana mereka perlu mengembalikan krebiliti dan kedudukan mereka. Membuat pendirian untuk menyokong hak asasi manusia mungkin salah satu caranya.”
Malaysia pernah menghadapi masalah dengan AS berhubung isu hak asasi manusia berkaitan perdagangan, dengan produk daripada beberapa pembuat sarung tangan tempatan dan pengeluar minyak sawit disekat Jabatan Kastam AS atas tuduhan penggunaan buruh paksa yang didakwa dilakukan syarikat pengeksport.
Dari sudut ekonomi, Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia menjangkakan pentadbiran Biden akan menjadi “berkecuali hingga negatif bersih” untuk Malaysia dalam jangka pendek.
“Jika dasar dalam negeri Biden meneruskan sekatan pergerakan Covid-19 yang merosakkan usaha pemulihan AS, atau jika pergolakan berterusan di AS, maka limpahan negatif akan memberi kesan ke atas perdagangan global dan serantau ketika AS cuba membaiki keadaan dirinya.
“Secara keseluruhan, saya rasa agenda domestik Biden muram dan tidak ada jalan pantas untuk membaiki ekonomi AS serta tidak berminat dalam isu antarabangsa sehingga masalah mereka selesai.”
Katanya, walaupun perdagangan dengan AS bertambah baik di bawah Trump, pembalikan keputusan tertentu yang dibuatnya boleh meningkatkan aktiviti ekonomi global dan dengan Malaysia.
“Jika beliau menerbalikkan keputusan Trump mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, ini dapat meningkatkan perdagangan serantau dan global.”
Walaupun tidak mungkin ada perjanjian perdagangan bebas dua hala antara AS dan Malaysia kerana batasan yang ditetapkan perjanjian lain, peningkatan dalam perdagangan global akan memberi kesan positif kepada Malaysia.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/biden-jadi-presiden-as-implikasinya-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Bijak Bagi Joe Biden Untuk Mengubur Pencapaian Manis Donald Trump Atas Korea Utara

Tidak Bijak Bagi Joe Biden Untuk Mengubur Pencapaian Manis Donald Trump Atas Korea Utara

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 262 hits
Kebijakan Amerika Serikat atas Korea Utara di bawah kepemimpinan Joe Biden yang akan datang masih menjadi teka teki Sejauh ini Biden belum menunjukkan langkah pasti apa yang akan diambilnya atas sejumlah pencapaian manis Presiden Donald Tru...
Siapa Dalang Serangan Ke Atas Presiden Umno Dan Apa Sebabnya

Siapa Dalang Serangan Ke Atas Presiden Umno Dan Apa Sebabnya

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 353 hits
Sebelum apa yang admin akan tulis ini kena spin harus admin jelaskan Solidariti Bersama Presiden UMNO yang admin maksudkan bukanlah solidariti terhadap batang tubuh individu yang menjawat jawatan Presiden UMNO sekarang ini tetapi apa yang a...
Awani Ringkas Joe Biden Angkat Sumpah Presiden As Ke 46

Awani Ringkas Joe Biden Angkat Sumpah Presiden As Ke 46

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 265 hits
Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke 46 Permohonan penstrukturan semula MAG diluluskan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FA...
Malaysia Mulakan Tindakan Undang Undang Ke Atas Eu

Malaysia Mulakan Tindakan Undang Undang Ke Atas Eu

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 171 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALIPUTRAJAYA Malaysia memulakan tindakan undang undang terhadap Kesatuan Eropah serta negara negara anggotanya dengan memfailkan suatu permohonan konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian P...
Realme X7 Pro 5g Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Januari 2021

Realme X7 Pro 5g Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Januari 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 328 hits
Teka teki akhirnya terjawab apabila Realme Malaysia hari ini berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai peranti misteri yang diacah sebelum ini Peranti yang dimaksudkan adalah Realme X7 Pro 5G dan ia kini disahkan bakal hadir ke pasaran Malay...
Microsoft Surface Hub 2s 85 Kini Di Malaysia Pada Harga Mencecah Rm100 000

Microsoft Surface Hub 2s 85 Kini Di Malaysia Pada Harga Mencecah Rm100 000

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 311 hits
Selain Microsoft Surface Pro 7 yang mula dijual minggu ini Microsoft Surface Hub 2S 85 juga pula akan dijual di Malaysia bermula 1 Mac hadapan pada harga RM105 959 Papan pintar ini menyasarkan penggunaan di pejabat Ia dilengkapi Skrin 85 IP...
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 471 hits
Senarai Pakej Bantuan Permai 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan Pakej Bantuan PERMAI yang bernilai sebanyak RM15 Billion Pa...
Betta Malaysia Hellboy Classic Modern

Betta Malaysia Hellboy Classic Modern

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 1698 hits
Betta Malaysia Hellboy classic Modern Assalamualaikum dan salam sejahtera Kali ini nak bercerita sedikit tentang betta Nampaknya penerimaan betta atau ikan laga semakin tinggi di Malaysia Buktinya telah banyak kedai kedai ikan betta atau ik...
Yoursay Harapan Has To Work With Anyone Who Can Help Save Malaysia

Yoursay Harapan Has To Work With Anyone Who Can Help Save Malaysia

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 272 hits
YOURSAY It must rise to the occasion unite the opposition and be an inclusive coalition Sarawakian I disagree with Upko president Wilfred Madius Tangau At this point of time the issues of race religion and populist issues like loan moratori...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025