Hanya 5 Pelaburan Asing Pergi Ke Malaysia Tahun Lalu



Malaysia tidak lagi menjadi destinasi tumpuan pelaburan langsung asing (FDI).
Bukan sahaja pelaburan yang dicatat sepanjang tahun lalu merosot namun pelabur yang menanam modal sejak bertahun-tahun juga dilaporkan telah meninggalkan negara.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, kenyataan ‘mengujakan’ di Facebook Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam, yang mengalu-alukan pembukaan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau Volkswagen di Tanjung Pelepas, Johor bolehlah dianggap percubaan untuk menyedapkan hati rakyat dalam suasana darurat.
Katanya, pembukaan pusat itu sebenarnya adalah bukti ekonomi dan pelaburan di Malaysia tidak kukuh. Projek pusat serantau itu telah diumumkan semenjak tahun 2016 dan dijadualkan siap pada penghujung tahun 2018.
“Di atas faktor ekonomi dan halatuju negara yang tidak meyakinkan, ianya hanya dapat beroperasi pada suku pertama tahun 2021.
“Oleh itu, saya menggesa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar lebih giat memainkan peranan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara.
“Aliran pelaburan antarabangsa di rantau Asia yang kini beralih ke negara jiran juga wajib diberi perhatian. Pakar-pakar ekonomi menyuarakan kebimbangan terhadap pengumuman PKP kedua dan pengisytiharan darurat oleh Kerajaan yang membawa kesan kepada keyakinan pelabur asing.
“Sebagai contoh, sektor automotif yang dahulunya berkembang pesat dalam Malaysia kini telah beralih ke Thailand, Indonesia dan Singapura. Syarikat-syarikat besar seperti Hyundai dan Mercedes-Benz cenderung untuk membuka cawangan di negara jiran Thailand dan Singapura,” katanya dalam satu kenyatan.
Menurut Ahli Parlimen Ledang itu lagi, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan Dan Pembangunan (UNCTAD) bagi Asia juga menunjukkan data yang tidak memberansangkan apabila Malaysia hanya mendapat cebisan FDI yang masuk pada tahun lalu.
“80% daripada AS$ 156 bilion aliran pelaburan asing untuk Asia adalah milik negara Indonesia, Singapura dan Vietnam. Manakala Malaysia hanya menerima 5% atau AS$ 7.8 bilion. Lebih kritikal, unjuran aliran pelaburan antarabangsa bagi negara membangun Asia menunjukkan penurunan 45% pada tahun 2020.
“Dengan itu, sikap kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi harus lebih konsisten dengan janji-janji yang diutarakan.
“Saya ingin berpesan kepada Datuk Seri Azmin Ali dan Tengku Zafrul Aziz agar berhenti bermain politik dan memberi fokus kepada usaha pemantapan ekonomi yang lebih tersusun.
“Jangan sekadar mengambil nama atas usaha pihak-pihak terdahulu. Buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan berpijak pada bumi nyata dan mempunyai perancangan yang kukuh untuk sektor ekonomi negara,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31293

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaburan Asing Di Malaysia Terus Berkurangan

Pelaburan Asing Di Malaysia Terus Berkurangan

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 210 hits
NEGARA terus mengalami kemeruduman dalam pelaburan asing apabila beberapa syarikat luar termasuk automotif jenama Hyundai Ini kerana syarikat pengeluar kenderaan dari Korea Selatan itu dilapor memindahkan memindahkan ibu pejabat Asia Pasifi...
Top Glove Tawar 9 000 Kerja Untuk Rakyat Malaysia Tahun Ini

Top Glove Tawar 9 000 Kerja Untuk Rakyat Malaysia Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 371 hits
KUALA LUMPUR Top Glove Corporation Bhd menawarkan sebanyak 9 000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan sepanjang 2021 bagi membantu menangani pengangguran di negara ini Dalam kenyataan hari ini syarikat tersebut berharap dapat mencapai sa...
Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan Pkp 2 0 Dan Darurat

Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan Pkp 2 0 Dan Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 642 hits
Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan PKP 2 0 Dan Darurat Seminggu berlegar desas desus akan diadakan PKP semula Walaupun penafian dibuat tapi sebagai rakyat memang kita sendiri dapat rasakan akan berlaku juga PKP2 dalam jangkamasa ter...
Jangan Dipukul Diherdik Anak 0 3 Tahun Untuk Mendidik Hanya Akan Jadikan Anak Itu Pemarah

Jangan Dipukul Diherdik Anak 0 3 Tahun Untuk Mendidik Hanya Akan Jadikan Anak Itu Pemarah

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 335 hits
Kenapalah anak saya ni buat perangai gini Selalu sangat mengamuk Aduhai stress saya dibuatnya Dulu asal tak nampak saya melalak kemain sekarang macam macam perangai yang mengeramkan saya Mana taknya mainan orang dia rebut kongsi emm jangan ...
Buat Duit Hari Hari Dengan Pelaburan Yang Halal Dan Selamat Di Malaysia

Buat Duit Hari Hari Dengan Pelaburan Yang Halal Dan Selamat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 423 hits
Buat Duit Hari Hari Dengan Pelaburan Yang Halal Dan Selamat Di MalaysiaJika anda ingin menjana pendapatan pasif secara harian mingguan atau bulanan Buat duit hari hari dengan company investment atau syarikat pelaburan yang halal dan selamat...
Hanya Warga Asing Dibenarkan Keluar Semasa Hujung Minggu Di Turki

Hanya Warga Asing Dibenarkan Keluar Semasa Hujung Minggu Di Turki

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 295 hits
Aduh dah seronok tak payah beratur panjang kedai pulak tutup https mlstudios my mehmetizudingul antarabangsa
Kita Amat Bimbang Dengan Perkembangan Ini 9 Hari Pertama Tahun 2021 Malaysia Catat 71 Kes Kematian Covid 19

Kita Amat Bimbang Dengan Perkembangan Ini 9 Hari Pertama Tahun 2021 Malaysia Catat 71 Kes Kematian Covid 19

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 406 hits
57 total views 57 views today Sehingga kini menurut kicauan di laman twitter KKMalaysia angka kematian yang disebabkan oleh wabak Covid 19 telah mencecah 71 kematian hanya dalam tempoh 9 hari sahaja dalam tahun baru 2021 Tahun lalu kes kema...
Kini Sudah 5 Tahun Sejak Netflix Ditawarkan Di Malaysia

Kini Sudah 5 Tahun Sejak Netflix Ditawarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 214 hits
Pada 7 Januari 2016 yang lepas Netflix telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka secara rasminya untuk pengguna di Malaysia Ketika pengenalan perkhidmatan Netflix ditawarkan pada harga bermula RM33 dan sejak daripada itu pel...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran