Gempar Mou Dengan Kerajaan Akhirnya Tony Pua Dedah Rahsia Disebaliknya




MoU dengan kerajaan, akhirnya Tony Pua dedah rahsia disebaliknya.

Pakatan Harapan (PH) akan terus memainkan peranannya sebagai pembangkang walaupun telah menandatangani perjanjian untuk menyokong kerajaan persekutuan di Dewan Rakyat secara bersyarat.

Dalam wawancara dengan KiniTV, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata sekarang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menunaikan janjinya, jika gagal, ia akan kehilangan kredibiliti dan sokongan PH.

Katanya, tidak ada apa-apa dalam perjanjian yang menghalang PH daripada memainkan peranan sebagai pembangkang dan mengkritik kerajaan apabila perlu.

“Jika kerajaan memenuhi syarat mereka … dengan melaksanakan semua reformasi dan (memenuhi) permintaan yang telah kami buat, maka rakyat dan demokrasi Malaysia mendapat manfaat.

“Ini tidak ada masalah bagi kami kerana kami tidak akan kehilangan apa-apa,” kata Pua.

Pada 13 September, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi pihak kerajaan Persekutuan, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tentang transformasi dan kestabilan politik dengan PH.
Melalui perjanjian itu kerajaan menjanjikan senarai panjang pembaharuan yang merangkumi reformasi parlimen, menurunkan had usia mengundi, meluluskan rang undang-undang antilompat parti, menghadkan tempoh jawatan perdana menteri ke dua penggal, memberi fokus kepada Covid-19, memastikan kebebasan kehakiman dan memenuhi Perjanjian Malaysia 1963.

Pelaksanaan pembaharuan ini akan dipantau oleh 10 Ahli jawatan orang anggota yang bersifat bipartisan dan akan bermesyuarat dua minggu sekali.

Pua berkata ahli parlimen PH tidak akan mendapat apa-apa keuntungan peribadi daripada perjanjian itu, tetapi gabungan itu secara keseluruhannya sekarang akan mempunyai suara dalam rang undang-undang kerajaan, terutama membabitkan belanjawan.

“Bagi saya itu adalah kemenangan bagi pembangkang, PH dan rakyat. Ini bukan situasi di mana pembangkang hanya menuruti setiap kehendak dan kemahuan kerajaan. Ini sebaliknya,” katanya.

Secara tradisinya, kerajaan persekutuan menggunakan pendekatan bermusuh dengan mengabaikan pembangkang, kata Pua. Namun, dengan perjanjian itu, pandangan pembangkang akan dimasukkan ke dalam dasar kerajaan.

“Saya telah berada di parlimen selama 12 tahun sekarang, 10 tahun daripadanya bersama pembangkang … Dalam 10 tahun itu, saya boleh menjerit seberapa banyak yang saya mahukan.

“Orang ramai menyukainya tetapi tidak ada yang benar-benar dipertimbangkan. Tidak ada manfaat besar yang diraih.

“Melangkah ke depan, kami berpandangan, secara tidak langsung atau sebaliknya, sebenarnya akan dipertimbangkan dari sudut pandang substantif dan dimasukkan ke dalam sebahagian rang undang-undang.

“Inilah kemajuan. Itu baik untuk demokrasi Malaysia,” katanya.

Pua, bersama rakan-rakan DAP Ong Kian Ming dan Anthony Loke, antara arkitek utama perjanjian itu bagi pihak PH.
Ketiga-tiga mereka telah membuat perjanjian serupa yang ditawarkan oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin pada 13 Ogos setelah kehilangan sokongan 15 ahli parlimen Umno yang diketuai oleh Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Namun, perjanjian itu ditolak oleh pimpinan tertinggi PH. Ini memaksa Muhyiddin mengundurkan diri dan membiarkan Ismail mengambil alih kuasa pada 22 Ogos.

Pua berkata dia terkejut kerana Ismail bersedia melakukan perjanjian itu pada awal pentadbirannya.

Menurut Pua, terdapat spekulasi perdana menteri yang baru khuatir jika dia akan mengalami nasib sama seperti Muhyiddin.

“(Ismail) melakukan ini untuk memastikan bahawa Zahid dan Najib sekarang tidak boleh mengancamnya dengan ‘Umno 10′ atau ’15’ dan menarik diri dengan alasan apa pun.

“Kita semua tahu bahawa mereka semua mahu keluar dari penjara dan mereka mahu kes mereka digugurkan. Itulah yang ingin kita hindari,” kata Pua.
Katanya dia difahamkan terdapat kebimbangan di kalangan penyokong PH bahawa Ismail dan Najib masih sekutu dan perjanjian itu seolah-olah perjanjian antara PH dengan Najib.

PH, kata Pua, telah menunjukkan kekuatannya dengan menandatangani perjanjian awam terlebih dahulu serta berharap Najib dan Zahid akan dapat dipastikan untuk menyelesaikan kes perbicaraan mereka.

“Pendirian saya sangat sederhana. Jika kami tidak menandatangani perjanjian dengan Ismail Sabri, dia pasti akan memutuskan perjanjian dengan Najib kerana dia memerlukan 114 (kerusi).

“Dengan perjanjian bersama Ismail Sabri, mungkin dia tidak akan mengalah (kepada Najib),” kata Pua.

Najib telah disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana menyelewengkan dana milik SRC International Sdn Bhd. Dia mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan turut menghadapi perbicaraan kes rasuah membabitkan 1MDB.

Zahid pula sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan mengubah wang haram melalui yayasan amal.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591496inforakyat.net
15/09/2021 6:00 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/gempar-mou-dengan-kerajaan-akhirnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 216 hits
September 14 2021 Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan agar bertemu di meja perundingan dengan beliau...
Gempar Ph Bakal Tarik Diri Dari Mou Dengan Kerajaan

Gempar Ph Bakal Tarik Diri Dari Mou Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 232 hits
September 19 2021 PH bakal tarik diri dari MoU dengan kerajaan Pakatan Harapan akan menarik diri sekiranya kerajaan tidak melaksanakan semua perkara yang dipersetujui dalam Memorandum persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang di...
Pm Fb Belum Ulas Mou Ph Kerajaan Kerana Terkedu Kemungknan Ke Penjara

Pm Fb Belum Ulas Mou Ph Kerajaan Kerana Terkedu Kemungknan Ke Penjara

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 302 hits
Mengapa Najib belum lagi ulas MoU kerajaan dengan PH Oleh FAZLI RADZI September 14 2021Tidak seperti kelazimannya Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat pantas mengulas isu isu politik semasa dengan ayat yang menarik Namun tidak nampaknya untuk...
10 Ragu Ragu Yang Sering Ditanya Berkaitan Mou Ph Dan Kerajaan 69

10 Ragu Ragu Yang Sering Ditanya Berkaitan Mou Ph Dan Kerajaan 69

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 270 hits
Setelah termetarai MoU Pakatan Harapan dan Kerajaan Pusat sudah tentu pelbagai persoalan akan timbul daripada penyokong kedua dua pihak Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim percaya ramai yang mengemukakan pertanyaan kepada kepimpin...
Anwar Dimalukan Mp Kerajaan Boikot Ucapan Perbahasan Selepas Mou

Anwar Dimalukan Mp Kerajaan Boikot Ucapan Perbahasan Selepas Mou

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 198 hits
AGENDA DAILY Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman berkongsi gambar dalam Twitter keadaan dalam Dewan Rakyat semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahas hari ini Walaupun Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dimert...
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 457 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
10 Tanya Jawab Mou Kerajaan Pn Ph

10 Tanya Jawab Mou Kerajaan Pn Ph

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 475 hits
Oleh Hassan Abdul Karim Soalan 1 Adakah Pakatan Harapan telah menyerah kalah kepada kerajaan Ismail Sabri Yaakob apabila menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan Jawapan Tidak PH tidak menyerah kalah PH tetap memainkan peranan...
6 Bidang Utama Mou Kerajaan Ph

6 Bidang Utama Mou Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 361 hits
September 13 2021 Pemimpin kerajaan dan Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman yang merangkumi enam bidang utama PETALING JAYA Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan Pakat...
Perjanjian Malaysia 1963 Antara 6 Perkara Dalam Mou Kerajaan Pembangkang

Perjanjian Malaysia 1963 Antara 6 Perkara Dalam Mou Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 226 hits
MALAYSIA NOW Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata memorandum tersebut adalah cara untuk mencari penyelesaian kepada sebarang permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia makmur inklusif dan mampan Wakil pemimpin utama kerajaan dan pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt