Gempar Ph Bakal Tarik Diri Dari Mou Dengan Kerajaan




September 19, 2021 PH bakal tarik diri dari MoU dengan kerajaan.Pakatan Harapan (PH) akan menarik diri sekiranya kerajaan tidak melaksanakan semua perkara yang dipersetujui dalam Memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimenterai pada Isnin lalu.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, ini kerana terdapat klausa keluar daripada MoU tersebut sekiranya kerajaan ingkar dan tidak mematuhi semua terma dalam perjanjian antara PH dan kerajaan itu.
“Jika perkara ini dibawa ke mahkamah (kerana kerajaan tidak melaksanakan perkara dipersetujui), PH juga tidak boleh menuntut ganti rugi.
“Tetapi kesannya jika siapa yang mungkir janji akan berdepan kemarahan rakyat. Jika MoU tersebut berjaya, ini adalah untuk manfaat rakyat keseluruhannya dan bukan untuk manafaat Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bakul makanan kepada lebih 20 penerima terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga yang terputus bekalan makanan di Taman Kota Puteri di sini pada Ahad.
Pada Isnin, senario politik tanah air mencatat sejarah apabila buat julung kalinya kerajaan Persekutuan dan pembangkang memeterai MoU bagi membentuk satu kerjasama dwi-partisan yang ampuh dan mantap.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, MoU itu merangkumi enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
Mengulas lanjut, Hassan berkata, pembangkang akan memantau pelaksanaan semua terma yang dipersetujui dalam MoU berkenaan dalam masa 10 bulan dan tempoh itu cukup untuk kerajaan melaksanakannya.
Dalam pada, beliau juga tidak bersetuju apabila ada pihak yang mengatakan PH sudah hilang peranan semak dan imbang apabila mementerai MoU tersebut malah tidak lagi lantang dan sudah ‘kendur’ kerana kini sudah dianggap menjadi ‘sebahagian’ daripada kerajaaan.
“Ini tidak betul. PH tetap meneruskan peranan semak dan imbang sebagai satu blok parti pembangkang yang terbesar di Parlimen. Menerusi MoU ini kita dapat laksanakan agenda reformasi yang kita perjuangkan sejak dahulu.
“Antara agenda reformasi PH yang kerajaan setuju laksanakan dalam MoU itu adalah pelaksanaan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti dan undi 18 tahun. Kerajaan setuju kerana berada dalam keadaan lemah dan tidak mahu tumbang,” katanya.
Melalui MoU tersebut juga katanya, Perdana Menteri bersetuju untuk tidak mencampuri urusan mahkamah termasuk tidak akan tunduk kepada desakan Kluster Mahkamah untuk campur tangan termasuk ‘melepaskan’ mereka.
“Ertinya tangan Perdana Menteri ‘diikat’, tidak boleh campur kes mahkamah Ahli Parlimen Pekan, Ahli Parlimen Pontian dan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO. Mungkin Perdana Menteri pun seronok tidak perlu berada di bawah tekanan Kluster Mahkamah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/gempar-ph-bakal-tarik-diri-dari-mou.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Akan Tarik Diri Jika Kerajaan Gagal Laksana Mou Kata Ahli Parlimen Pkr

Ph Akan Tarik Diri Jika Kerajaan Gagal Laksana Mou Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 225 hits
Seorang Ahli Parlimen PKR berkata Pakatan Harapan akan menarik diri daripada memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik yang dimeterai dengan kerajaan pada bila bila masa jika ia gagal melaksanakan perkara yang dipersetujui...
Gempar Mou Dengan Kerajaan Akhirnya Tony Pua Dedah Rahsia Disebaliknya

Gempar Mou Dengan Kerajaan Akhirnya Tony Pua Dedah Rahsia Disebaliknya

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 328 hits
MoU dengan kerajaan akhirnya Tony Pua dedah rahsia disebaliknya Pakatan Harapan akan terus memainkan peranannya sebagai pembangkang walaupun telah menandatangani perjanjian untuk menyokong kerajaan persekutuan di Dewan Rakyat secara bersyar...
Persoalan Yg Berlegar Siapa Yang Kena Check Mate Di Mou Kerajaan Dan Pembangkang

Persoalan Yg Berlegar Siapa Yang Kena Check Mate Di Mou Kerajaan Dan Pembangkang

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 308 hits
Kedua dua pihak telah memberi hujah masing masing dan yang paling bersungguh sungguh mempertahankannya adalah pembangkang Mereka bagai dikejar bayang sendiri dihantui dan takut penyokonng salahkan mereka Kaki ampu cybertrooper pembangkang p...
Perjanjian Malaysia 1963 Antara 6 Perkara Dalam Mou Kerajaan Pembangkang

Perjanjian Malaysia 1963 Antara 6 Perkara Dalam Mou Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 244 hits
MALAYSIA NOW Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata memorandum tersebut adalah cara untuk mencari penyelesaian kepada sebarang permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia makmur inklusif dan mampan Wakil pemimpin utama kerajaan dan pe...
Mou Kerajaan Ph Bukan Kerajaan Campuran

Mou Kerajaan Ph Bukan Kerajaan Campuran

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 239 hits
Terdapat beberapa kekeliruan penyokong Pakatan Harapan berhubung memorandum persefahaman antara Kerajaan Perikatan Nasional dan PH yang akan ditandatangani pada petang ini Menurut Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil tidak banyak berubah dal...
6 Bidang Utama Mou Kerajaan Ph

6 Bidang Utama Mou Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 371 hits
September 13 2021 Pemimpin kerajaan dan Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman yang merangkumi enam bidang utama PETALING JAYA Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan persekutuan dan Pakat...
Ahli Mt Umno Nasihat Mat Maslan Tarik Diri

Ahli Mt Umno Nasihat Mat Maslan Tarik Diri

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 235 hits
Ahmad Maslan wajar tarik diri dan batal hasrat tanding jawatan Timbalan Speaker pada bulan Oktober nanti Katanya Perdana Menteri yang cadang nama Ahmad Maslan Tetapi MP PPBM mungkin kekal tidak sokong Pengundian minggu lalu tangguh kerana s...
Anwar Jamin Ketelusan Mou Dengan Kerajaan

Anwar Jamin Ketelusan Mou Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 214 hits
Hari ini menandakan pembukaan Parlimen 2021 dengan penuh istiadat Saya percaya setiap daripada kita yang hadir hari ini hanya mengutamakan kepentingan rakyat Inilah masanya kita semua dapat mecapai titik persamaan dan melaksanakan perubahan...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn