Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri


 


September 14, 2021 Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan (PH) agar bertemu di meja perundingan dengan beliau.
Pada dasarnya ianya dikatakan usaha untuk memenuhi nasihat YDP Agong supaya suhu politik negara diturunkan dan kestabilan politik tercapai. Dalam erti kata yang lain, supaya PH tidak berusaha untuk menjatuhkan beliau.
Secara ringkas, tawaran itu adalah:
1. Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.
2. Pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat. Justeru, satu Rang UndangUndang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.
3. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
4. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang.
5. Setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
6. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.
7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.
‘Transformasi kerajaan’ ini memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum, dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia, kata Ismail dalam kenyataan beliau kelmarin.
Kesemua tawaran ini adalah satu cadangan reformasi Parlimen yang sememangnya menjadi teras dalam perjuangan Pakatan Harapan sejak sekian lama iaitu ‘Reformasi’. Ianya bukan semenyeluruh seperti yang diperjuangkan PH, namun tiada yang boleh menafikan ianya sebahagian dari agenda ‘Reformasi’ yang pernah dan sedang dibawa.
Hampir kesemua tawaran Ismail ini adalah bersifat prinsip dan perjuangan, bukannya tawaran jawatan untuk para ahli Parlimen sebagaimana tawaran ‘schemes of thing’ yang ditawarkan kepada Ahli Parlimen BN dan PN oleh Mahiaddin sebelum ini.
Tawaran yang sama kekal dilakukan oleh Ismail Sabri selepas beliau mengambilalih tempat Mahiaddin, termasuk status ‘bertaraf Menteri’ kepada Mahiaddin sendiri. Sememangnya itu sahaja bahasa dan tawaran yang boleh memikat hati gerombolan ini.
Namun Ismail Sabri faham, bahasa dan tawaran yang sama tak akan ke mana sekiranya ditujukan kepada Ahli Parlimen PH. Bahasa dan tawaran yang boleh menarik PH ke meja perundingan adalah tawaran Reformasi, bukan jawatan atau kedudukan. Maka inilah yang ditawarkannya, bukan kerana dia sendiri memperjuangkan prinsip-prinsip berkenaan tetapi itulah yang diinginkan PH.
Jaminan balas yang diminta oleh Ismail dari tawaran ini pula adalah jelas dan sangat minima, iaitu tidak berusaha menggugat kerajaan beliau demi mempastikan kerajaan yang ada stabil sehingga pilihan raya umum akan datang.
Ia termasuklah tidak membuat undi tidak percaya, tidak menolak Belanjawan yang akan dikemukakan nanti dan tidak membuat apa-apa usaha yang boleh menggugat atau menyebabkan diri dan kerajaannya jatuh. Itu pun diberikan jaminan bahawa sebelum Belanjawan atau Rang Undang-Undang baharu dibentangkan, ianya akan dibincang dan dipersetujui secara prinsip terlebih dahulu oleh PH.
Pada masa yang sama, ia tidak menghalang PH dari mengkritik dan membantah tindakan mereka dalam semua persoalan yang lain jika mereka menyeleweng dari tuntutan demokrasi dan keadilan.
Tawaran ini pula dikemukakan ketika PH sudah berusaha secara serius untuk mengembalikan mandat rakyat yang diberikan dalam pilihan raya ke 14 lalu, namun semua usaha itu gagal.
Mahiaddin Berjaya dijatuhkan, tetapi mereka kembali Bersatu setelah kelihatan berpecah untuk melantik Kembali sesama mereka sebagai Perdana Menteri.
Sememangnya para pengkhianat, pencuri, perompak dan penunggang agama lebih seronok dan selesa untuk kekal bersama dari membenarkan PH kembali berkuasa. Kalau PH Kembali berkuasa, sudah pasti segala jawatan mereka akan hilang begitu sahaja.
Atas kesedaran bahawa kesatuan gerombolan ini adalah begitu mantap dan kukuh, maka PH sudah mengambil keputusan, cukuplah, setakat itu sahaja. Tempoh untuk PRU 15 pun bukan lama sangat lagi dan oleh itu ‘politiking’ perlu ditamatkan supaya tumpuan boleh diberi kepada persoalan menangani pandemik dan kemerosotan ekonomi serta masalah kehidupan rakyat.
Selepas keputusan itu dibuat, kini Ismail membuat tawaran reformasi kepada sistem yang ada sebagaimana yang diperjuangkan PH sebelum ini.
Apakah kita harus menolaknya? Inilah yang perlu difahami oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.
Buat masa sekarang, Majlis Presiden Pakatan Harapan sedang membuat penilaian serius terhadap tawaran ini dan membuat tawaran balas kepada kerajaan Ismail.
Kita telah melantik jawatankuasa lima anggota untuk berbincang dengan lima jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan Ismail untuk membincangkannya.
Ada yang berkata, jika kita menyokong cadangan Ismail ini bermakna Ismail yang menang dan beliau adalah roformer sebenarnya.
Bagi saya, ia tidak begitu. Ismail terpaksa menyokong reformasi yang kita cadangkan sebelum ini. Inilah antara manifesto yang kita cadangkan sebelum PRU 14 lalu.
Ismail terpaksa membuatnya untuk kepentingan kerajaannya dan kita pula mendapat reformasi sistem yang kita perlukan untuk kepentingan rakyat dan negara ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana mengiktiraf bahawa perjuangan kami berpaksikan prinsip, dan oleh itu tawaran yang dibuat bersifat prinsip-prinsip Reformasi dan bukan tawaran jawatan. Ini satu pengiktirafan yang sangat berharga bagi kami.
Kedua, beliau melaksanakan program kami demi mendapatkan persefahaman bersama kami dan dengan itu membantu kami mencapai apa yang diperjuangkan kami selama ini. Rakyat dan negara akan mendapat manfaat dari Reformasi ini.
InsyaAllah PH akan mendapatkan kembali mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke 15 dan melaksanakan sendiri segala cadangan dan idealisme perjuangan yang telah kita canaikan bersama sebelum ini.
Ini kerana, akhirnya, yang perlu bukan sekadar reformasi dari segi peraturan dan perundangan tetapi juga kepimpinan yang komitted kepada prinsip-prinsip reformasi ini sebelum ianya boleh dilaksanakan sepenuh dengan jayanya.
KHALID ABD SAMAD
MP Shah Alam
Pengarah Komunikasi AMANAH
Pada 12 September 2021


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/panas-khalid-akhirnya-dedah-kenapa-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Kami Terima Tawaran Mou Ini Akhirnya Khalid Samad Buka Mulut

Kenapa Kami Terima Tawaran Mou Ini Akhirnya Khalid Samad Buka Mulut

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 220 hits
Kenapa kami terima tawaran MoU ini Akhirnya Khalid Samad buka mulut Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Hara...
Gempar Mou Dengan Kerajaan Akhirnya Tony Pua Dedah Rahsia Disebaliknya

Gempar Mou Dengan Kerajaan Akhirnya Tony Pua Dedah Rahsia Disebaliknya

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 350 hits
MoU dengan kerajaan akhirnya Tony Pua dedah rahsia disebaliknya Pakatan Harapan akan terus memainkan peranannya sebagai pembangkang walaupun telah menandatangani perjanjian untuk menyokong kerajaan persekutuan di Dewan Rakyat secara bersyar...
Mou Kerajaan Dan Ph Jaminan Buat Ismail Sabri Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Dan Ph Jaminan Buat Ismail Sabri Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 329 hits
MEMORANDUM persefahaman antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan bukan sahaja kepemimpinan dua pihak tetapi juga jaminan untuk perdana menteri baru kata penganalisis Ianya bersejarah kerana ini adalah pertama kali parti pemer...
Ph Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Tandatangan Mou Esok

Ph Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Tandatangan Mou Esok

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 321 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 12 2021 9 48 PMDikemaskini 10 02 PMPakatan Harapan dan kerajaan persekutuan pimpinan Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman esok Dalam satu kenyataan bersama wakil wa...
Panas Ini Dua Sebab Ismail Sabri Takut Hadapi Undi Percaya

Panas Ini Dua Sebab Ismail Sabri Takut Hadapi Undi Percaya

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 230 hits
September 6 2021 Dua kesimpulan dapat dibuat jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob enggan mengadakan undi percaya di Dewan Rakyat kata Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad Menurutnya kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa pe...
Panas Didewan Anwar Ibrahim Bertembung Ismail Sabri

Panas Didewan Anwar Ibrahim Bertembung Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 302 hits
Pertembungan pertama Pedana Menteri Ismail Sabri dengan Ketua Pembangkan Anwar Ibrahim di hari kedua sidang dewan Rakyat Apa isu isunya Masih terkawal setelah menanda tangani MOU semalam
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 509 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
A Kadir Jasin Ismail Sabri Jadikan Kerajaan Seperti Barang Mainan

A Kadir Jasin Ismail Sabri Jadikan Kerajaan Seperti Barang Mainan

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 355 hits
Malaysiakini Menganggapnya sebagai langkah semberono terbaru perdana menteri wartawan veteran A Kadir Jasin berkata Ismail Sabri sebenarnya tidak memiliki sedikit pun rasa hormat kepada orang ramai apabila mengangkat Muhyiddin Yassin menget...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Whatsapp

Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat